Kita sering membuat perbadingan betapa seronoknya pembelajaran kanak-kanak di luar negara. Ia berkonsepkan mendidik dan mendatangkan minat berdasarkan pada usia mereka. Namun bila dikaji sistem pendidikan kita, sudah terlalu banyak keluhan mengenainya. Soalan yang terlampau KBAT, beg sekolah berat serta berbagai-bagai lagi.

Terkini, seorang ibu berkongsi perasaannya di mana dia rasa ingin membakar saja ijazah diperolehnya kerana tak mampu menolong anaknya dalam darjah satu menjawap soalan diberikan. Dirinya boleh menjawap tapi menerangkan itu susah.

Baca perkongsian, Nur Atiqah Zulkiplee di fbnya dan isu ini ternyata mendapat respon dari mak-mak yang mengeluh hal sama.

Saya masih mencari dimana logiknya soalan ni ditanya pada budak darjah 1.

Budak tu nak beli pemadam pun puas kira syiling, kira baki pun salah lagi. Seluar dalam pun kadang-kadang pakai senget-senget, apatah lagi tudung sekolah.

Nak beli makanan kat kantin pun takut-takut lagi. Hingus pun lap kat lengan baju lagi!

Perlu ke kita gasak otak anak kita dengan tekanan yang boleh mengganggu perkembangan kebolehan soft skills anak-anak kita?

IKLAN

Zara ni, bila bagi dia sifir pun dia boleh faham dah konsep gandaan dan sifir sampai sifir 6 dah Zara tulis.

Selamba je dia tulis, pastu hulur..”mama, nah sifir 6”.

Maksudnya dia bukan budak yang ada masalah pembelajaran.

Tapi bila tengok soalan ni, ni agenda untuk latih anak jadi robot ke?

IKLAN

Ibu Rasa Nak Bakar Degree, Tak Mampu Ajar Anak Jawab Math Darjah 1. Soalan “Membunuh”

Tiba-tiba mama rasa nak bakar je scroll mama tuh..

Mama buat loan 22k untuk dapat scroll dalam bidang matematik, tapi masih tak dapat nak ajar anak darjah satu buat kerja sekolah subjek matematik? Entah siapa yang salah, ku tak tahuuuu..

Soalan buku teks darjah 1 sekolah kebangsaan.

IKLAN

Mama boleh la jawab, tapi nk explain dengan level pemahaman budak, bahasa budak, cuba buat tengok!

Serius tak logik.

Bagi saya, soalan macam ni boleh membunuh minat anak.
Kalau macam nilah soalan yang digunakan untuk nilai PBD or whatnot, anak saya dapat TP1 pun saya tak heran! Lantak la kpi sekolah ke kpi gb ke.

Kita sendiri boleh menilai kebolehan anak kita MENGIKUT PERKEMBANGAN UMUR DIA!

Ish emolah. Sebab tu lah kot kena lantik jadi AJK PIBG.
Sebab banyak komplenkan
Till next time.. good night.

BACA SINI:- Strawberry Peanut Butter Sandwich, Menu Paling Laris Masa Potluck Sekolah Anak!
ARTIKEL LAIN :- 'Spageti Buttermilk Chicken Popcorn' Jamuan Sekolah Anak, Menu Senang 1 Jam Siap!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI