Mudah je nak buat Spageti Buttermilk Chicken Popcorn untuk jamuan sekolah anak. Malah senang sangat 1 jam mak-mak dah boleh siapkan. Sesuai sangat menu ni untuk jamuan anak-anak, kita boleh ‘adjust’ kepedasan ikut selera anak-anak.
Boleh cuba resipi Spageti buttermilk chicken popcorn mudah seperti yang dikongsikan oleh Hurun’Iin Malik ini.
Sekolah kebangsaan dah setel, kena pikir menu jamuan sekolah agama pula kan. Nah ain buat menu ni senang siap dalam 1 jam je. 6 pagi start masak, pukul 7 dah siap-siap pack, anak dah boleh bawa ke sekolah. Alhamdulillah.
Spageti buttermilk chicken popcorn
Bahan-Bahan:
1 paket spageti Angel Hair
1 tin susu cair
10 ulas bawang putih
Cili padi (ikut kepedasan)
2-3 tangkai Daun kari
5 sudu besar butter
6 sudu besar tepung gandum
Air masak
Popcorn chicken (goreng guna airfryer)
Cara Membuat:
1.Rebus spageti hingga lembut.(Ain suka guna jenis angelhair sebab lebih halus dan senang nak makan).
2.Sementara tu biar je popcorn chicken dalam airfryer, masak sampai garing. (Ain guna brand saudi gold).
3.Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
Ads
4.Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
4.Masukkan 1 tin susu cair.
5.Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
Ads
6.Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.
7.Akhir sekali tutup bekas kemas-kemas dah siap untuk dibawa ke sekolah.
Mingguan Wanita:Bagi mak-mak yang tiada ada nak sediakan apa untuk jamuan anak atau ‘potluck’ dekat ofis ke, boleh cuba menu yang dikongsikan ini. Memang mudah, senang 1 jam siap!
Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai guna 4 bahan je. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Eja Derol ini;
Selalu bila bapaknye yang beli roti, dia tak beli apaa-apa cream/kaya buat sapu kat roti. Jadi saya buat sendiri je. Bahan-bahan pon senang je.
Bahan-Bahan:
100gm gula halus (saya blander kering gula kasar tu )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau Sedikit emulco pandan
Cara Membuat:
1. Mix gula dan majerin sampai gebus putih.
2. Selepas itu baru letak emulco dan perwarna, mix sekejap bagi sebati. Siap! boleh sapu dekat roti atau kek.
Info Ekstra!
Kalau letak suhu bilik 3-4 hari boleh tahan, kalau dalam peti ais boleh tahan 2-3 minggu.
Kalau tak nak rasa berpasir boleh guna air gula yang pekat. Guna sedikit esen rose akan dapat rasa butter krim dulu-dulu yang kek pasar malam tu.
Mingguan Wanita: Menarik resipi ni, macam resipi krim mak-mak kita selalu buat dulu-dulu, sapu dekat roti atau kek. Nak buat pun mudah, guna 4 bahan je.
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Kalau ada nasi lebih atau tak habis kat rumah tu, mak-mak boleh buat kuih serabai yang gebu lagi lembut ni. Guna tepung beras, nasi dan santan pekat sebagai bahan utama, disamping bahan-bahan lain. Nak buat pun mudah. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau sarapan pagi. Lebih berbaloi satu adunan boleh dapat 40 keping.
4 cawan tepung beras (cap teratai)
1 cawan nasi
1 cawan santan pekat
3 cawan air
2 sudu kecil yis
4 sudu kecil gula
sedikit garam
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan kecuali mauripan.
2.Masukkan adunan yang dah diblend tadi dalam mangkuk dan masukkan yis, gaul rata dan tutup. (Peram dalam 1 jam).
3.Panaskan acuan ,oleskan dengan minyak, masukkan adunan sesenduk-sesenduk dan tutup dengan penutup periuk.
4.Api slow ye, jangan diterbalikkan. Bila bawah dah kuning-kuning baru angkat.
Selamat Mencuba!
Info Extra!
Biasanya serabai dimakan dengan kuah santan lemak manis atau kuah gula.
Kalau tiada acuan serabai, guna kuali biasa pun boleh.
MW: Gebu sungguh kuih serabai ikut resipi yang dikongsikan ni. Memang berbaloi, nak buat pun mudah.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...