Wanita berjanggut, mungkin kita nampak janggal dan mulalah timbul keraguan sama ada lelaki atau perempuan. Mungkin ini juga boleh menimbulkan rasa malu pada diri sebab semua orang memandangnya.
Namun, bagi wanita berjanggut ini, dia langsung tidak kisah malah berbangga dengan apa yang dia miliki. Ya, dia perempuan tetapi mempunyai hormon lelaki berlebihan sehigga tumbuh janggut pada bahagian mukanya seperti seorang lelaki.
Wanita Berjanggut Hidap Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)
Inilah yang berlaku pada LaRae Perkins, 40 dari California, AS setelah dia didiagnosis dengan Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) pada usia 12 tahun.
Setiap kali orang melihatnya agak pelik, punyai bentuk badan wanita tapi berjanggut dan sering dipandang sinis oleh orang luar. Namun, dia sesekali tidak pernahterfikir untuk mencukur janggutnya.
Sebaliknya, dia ingin memberi kesedaran dan inspirasi buat wanita tentang Sindrom Ovari Polikistik (PCOS) ini dialami oleh wanita.
.
Segalanya bermula apabila dia mengalami masalah haid yang tidak teratur dan banyak menghasilkan hormon androgen lelaki dengan lebihan rambut pada badannya terutama di bahagian muka seperti seorang lelaki.
Sedih Lalui Zaman Kanak-kanak
Bila mengimbau kembali zaman kanak-kanak, kehidupan LaRae sangat menyedihkan. Ramai yang membuli dan mempersoalkan dirinya sama ada lelaki atau perempuan.
Dirinya sendiri rasa malu dan sendirian tanpa ada kawan-kawan yang memberi sokongan pada dirinya.
Lama-kelamaan dan dirinya semakin dewasa. Dia boleh lalui dan belajar untuk sayangdan cintai diri sendiri walaupun dia tidak seperti wanita lain.
Ads
Malah, dengan keunikan yang ada pada dirinya membolehkan dia melancarkan pakaian untuk membantu perempuan yang mengalami masalah sama untuk tingkatkan positif diri dengan slogan, “Ya, Saya perempuan” dalam rekaannya.
.
Kritikan orang luar telah membuatkan dirinya belajar untuk menyayangi diri sendiri dan tak kisah apa yang roang komen dan fikirkan. Sekurangnya dia ingin memberi contoh pada wanita yang senasib dengannya.
Mahu Kekalkan Imej Wanita Berjanggut
Memandangkan dia mempunyai peratusan hormon lelaki yang lebih tinggi daripada kebanyakan wanita lain, membuatkan dia mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan perlu mengambil pil perancang untuk mengawalnya
Pernah juga dia mendapat tawaran untuk merawat PCOS untuk membuang janggut dengna laser, waxing mahu pun bercukup. Tapi dia menolak untuk tidak melakukannya.
“Saya terlalu sayangkan muka dan kulit yang dimiliki ini. Jika saya lakukan, bimbang ia boleh memberi lebih banyak masalah lain. Biarlah saya dengan penampilan begini. Kalau saya lakukan juga bimbang ada kesan lain pada kulit dan boleh buatkan saya bertambah sedih dan rasa kurang cantik,” katanya.
Walau bagaimanapun, LaRea menggunakan peluang dengan menonjolkan diri dan menggunakan suara yang dimiliki untuk memberi kesadaran pada orang ramai serta rasa hormat kepada wanita yang mengalami masalah yang sama.
Bercakap Di Cermin
Kehidupan yang dilalui ini diharap dapat memberi inspirasi pada orang lain untuk terima diri seadanya.
Ads
.
“Setiap kali melihat diri di cermin saya akan bercakap dan beritahu bahawa ‘dia’ cantik dalam apa juga penampilan dirinya. Saya tetap makhluk cantik yang pernah saya lihat.
Dalam menghadapi kesukaran, LaRae berharap agar dapat memberi memberi inspirasi kepada wanita lain yang mempunyai PCOS untuk terima diri seadanya.
“Kami ‘wanita berjanggut’ tidak normal tetapi kami adalah manusia. Anda mesti menyayangi diri sendiri, terima kelemahan dan segala-galanya, untuk dihormati atau anda hanya akan menjadi orang yang bersembunyi dan cuba menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak sempurna ini.
“Ia adalah perjalanan yang paling hebat kerana mempunyai keunikan yang boleh dibanggakan,” katanya.
Mingguan Wanita : Apa nak dimalukan. Terima keunikan dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
17 kali gagal temuduga SPA, bila dapat terus nak lompat bintang. Gadis teruja dapat kerja gomen. Ramai di antara kita masih berharap dapat memasuki pekerjaan di jabatan kerajaan. Ini kerana selain jaminan pekerjaan, kemudahan lain disediakan seperti adanya pencen, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi membuatkan ramai mencuba nasib mengisi borang di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Mana tahu ada rezeki dipanggil untuk temuduga.
Biasanya, untuk mengisi kekosongan sedia ada, kita akan dipanggil untuk sesi temuduga serta menjalani peperiksaan sebelum diterima bekerja. Ramai juga yang dapat surat temuduga ini tetapi ramai juga yang tidak bernasib baik lulus dalam temuduga tersebut.
Satu perkongsian dari pengguna Tik Tik @ Mya Zainal cukup mengajar kita agar jangan berputus asa memohon dan mengisi di SPA kerana rezeki itu akan sampai tepat pada masanya. Selagi tidak berjaya dalam temuduga, teruslah mengisi borang di SPA. Mana tahu rezeki melekat.
Di Tik Toknya, Mya berkongsi, dia sudah 17 kali menghadiri sesi temuduga dengan SP bermula dari 2012 lagi tetapi kali ini tahun 2022 baru dapat. Semuanya berkat doa dari ibunya yang tak putus-putus memohon kepada Allah. Rasa teruja itu membuatkannya terasa ingin lompat bintang. Ya, bukan mudah tapi Allah janji, siapa yang tidak putus asa, akan hadir rezeki itu bila masanya.
Kata Mya, dia mula memohon SPA dari tahun 2012 bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 tapi semasa mengambil exam secara online, dirinya gagal. Dia kemudian memohon pula jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 tapi gagal peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE). Setiap tahun ceritanya masih sama dan dirinya pun tak pernah putus asa mengisi borang di SPA.
Hal ini berterusan sehinggalah 17 kali peperiksaan. Strugglenya hanya Allah yang tahu di saat dirinya down. Tapi emaknya sentiasa ada memberikan sokongan dan hinggalah rezekinya tertulis dapat kerja dan perlu melapor diri pada 17 hb lalu di Kementerian Pertahanan Malaysia.
Dalam pada gembira meraikan dapat kerja kerajaan itu, orang kuat yang sentiasa menyokongnya, Acu pergi meninggalkannya. Dan alhamdullilah, doa ibunya tak pernah putus buatnya dan akhirnya rezeki jadi miliknya. Kata Mya, benarlah, siapa ada emak orang itulah paling kaya. Keberkatan doa ibu itu tiada tandingannya.
Jadi bagi yang masih menunggu peluang kerja kerajaan, jangan berputus asa ya. Percayalah rezeki akan sentiasa ada.
Pelakon jelita yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha mengejutkan peminat seni tanahair apabila mengumumkan dia sudah bernikah.
Hannah baru saja sebentar tadi berkongsi khabar gembira tersebut menerusi entri di akaun Instagramnya. Kini pelakon yang baru saja berhijab ini telah selamat bergelar isteri kepada aktor dari negara sama, Imam Shah.
Namun pemilik nama sebanar Hannah Adlina Blackburne Birch , 25 ini tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.
Hannah Delisha Sah Bergelar Isteri Imam Shah
Malah dia juga meluahkan rasa bersyukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami. Pasangan pengantin ini juga kelihatan sama cantik sama padan menerusi busana berona putih.
“Finally, after 5 years. Alhamdullilah. “I love you @imamemy #imampadahannah” tulis Hannah.
Sedikit perkongsian Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun. Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu.
“Alhamdulillah Selesai Majlis Resepsi,” itu antara luahan rasa kesyukuran buat Penyanyi popular era 1980-an, Azian Mazwan Sapuwan,46 yang berkongsi berita gembira apabila selamat menerima menantu baru pada Sabtu lepas.
Anak lelaki Azian, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan hidupnya Mei Che Murni Atiera Nurfatehah. Majlis akad nikah diadakan pada 13 Ogos manakala majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan diadakan pada 14 Ogos lepas.
Penyanyi yang popular melalui lagu “Cinta Embunan Pagi” dan “Rumah Kecil Tiang Seribu” ini, turut meluahkan rasa syukur kerana majlis meraikan pengantin berjalan dengan lancar. Malah berterima kasih pada saudara mara dan kawan-kawan rapat yang turut serta menyertai majlis.
“Alhamdulillah selesai majlis resepsi dan bersanding meraikan pengantin baru.
“Kepada sebahagian saudara mara dan sebahagian kawan-kawan rapat yang turut serta dalam rombongan TERIMA KASIH banyak-banyak saya ucapkan. Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini. LOVE SEMUA.
“Saya juga mohon maaf kepada yang tak dapat jemputan, harap memahami,” ujar Azian yang juga pernah menyertai Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.
Mohon Doa Kebahagiaan Perkahwinan Anak & Menantu
Azian turut memohon doa agar anaknya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ini di berkati dan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Mohon doa semua semoga mereka berdua dapat melayari alam rumahtangga dengan baik, diberkati dan menjadi suami isteri yang soleh dan solehah..amin”
“Doakan ye semoga rumahtangga yang dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya.”
“Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yang penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yang diberkati.Aamiin ya rabb.
“Selamat datang ke dalam keluarga kami Mel dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel,” ujar Azian yang memiliki 7 orang cahayamata.
Mingguan Wanita:Tahniah buat Azian Mazwan dapat menantu baru. Memang sama cantik mak mentua dan menantu. Semoga dikurniakan cucu-cucu yang comel nanti.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.