Buah Pinggang merupakan antara ‘organ berharga’ dalam tubuh badan. Tindakan menjual buah pinggang orang lain tanpa pengetahuan sangat tidak bertanggungjawab.Apatah lagi dilakukan oleh orang pasangan hidup sendiri.
Seorang wanita di Malkangiri, India terkedu selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya, empat tahun lalu, iaitu pada tahun 2018.
Ranjita Kundu, 31, kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.
Didakwa Ada Ketulan Batu
Rahsia itu terbongkar selepas Ranjita mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.
Mengingati kembali kejadian, Ranjita memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana dikatakan ada ketulan batu.
“Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius,” katanya.
12 Tahun Berkahwin
Ranjita memaklumkan suaminya seorang warga Bangladesh dan mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dengan memiliki dua anak.
IKLAN
“Lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.
“Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami,” katanya.
Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.
“Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan,” katanya.
Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan.
Mingguan Wanita: Tergamaknya suami buat macam ni pada isteri. Suka hati je jual buah pinggang isteri sedangkan isteri tak tahu menahu pun. Malah berbahagia kahwin lain dan abaikan isteri pula.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar santuni pengawal sekolah di pagar sekolah. Ketepikan pangkat, inilah didikan terbaik anak-anak. Hidup jangan pernah sombong. Merasa diri itu bagus adalah sifat manusia bongkak. Belajarlah menunduk diri tidak kira dengan siapa kita berhadapan.
Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi diri sendiri.
Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia .” (Riwayat Muslim).
Anak-anak ibarat kain putih. Jika dididik dengan baik, insya Allah mereka akan meletakkan Allah di hadapan dalam langkah kehidupan mereka.
Namun manusia itu sifat hatinya berbeza-beza. Ada yang berasa bangga dengan pangkat dan kekayaan dimilikinya. Tak kurang juga merasakan kenapa perlu bergaul dengan orang bawahan sedangkan pangkat mereka tinggi.
Sebelum merasakan kesombongan terus meraja dalam hati, ingatlah kita balik ke alam kubur dengan kain kapan sahaja. Pangkat, darjat, kekayaan semua ditinggalkan.
Satu perkongsian video yang mampu membuat hati kita tersentuh dan dirakam oleh Azwan Mahmin dan dikongsikan di Tik Tok @oh!aldro satu situasi luar biasa yang sangat jarang kita dapat lihat.
Satu situasi di mana kesemua pelajar SK Luagan, Keningau Sabah menyalami pengawal sekolah (tak pasti sama ada waktu balik atau baru masuk ke sekolah) dan hal ini jarang terlihat di sekolah-sekolah lain khususnya di bandar besar.
Budaya hormat menghormati ini diterapkan di kalangan pelajar sekolah ini dan pastikan anak-anak diajar untuk menghormati orang lebih tua darinya tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Ya, inilah yang patut diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Bukan viral video, ini wajib kita buat kalau terserempak kemalangan kebakaran di lebuh raya, banyak nyawa boleh diselamatkan. Sejak dua hari viral video raungan seorang suami Muhamad Redzuan yang menyaksikan isteri kesayangannya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang meninggal akibat kenderaan dijilat api dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai.
Urusan pengkebumian arwah Nurul Nazihah sudah disempurnakan semalam dan alhamdulilah menurut ahli keluarganya jasadnya ditemui sempurna, seakan-akan sedang duduk di antara dua sujud selain tidak terkupas walau dijilat api marak.
Bukan viral video, Ini WAJIB KITA BUAT Kalau Terserempak Kemalangan Kebakaran Di Lebuh Raya
Dalam pada kejadian menyayat hati ini, pasti ada sesuatu yang sama-sama boleh kita belajar iaitu bersedia dengan pemadam api di dalam kenderaan masing-masing. Walau tidak meminta kejadian sebegini berulang dan menimpa ahli keluarga kita tetapi sekurangnya kita boleh menolong orang lain kalau terserempak kemalangan begini, bukan meviralkan video kejadian.
Dikongsi dari FB Harima Abdul Rahman yang pernah disyer beberapa tahun lalu, wanita ini pernah kongsikan 3 tindakan pantas kalau terserempak kemalangan melibatkan kebakaran di lebuhraya. Moga ianya bermanfaat buat semua.
Baca perkongsiannya :-
Pada 25 Disember 2015, sebuah Land Rover hilang kawalan dan merempuh papan tanda jalan Jambatan Sungai Dohol sebelum melanggar sebiji Toyota Corolla di arah bertentangan. Selepas itu kedua dua kereta itu terbakar.
Orang Kota Tinggi Johor pasti ingat kejadian ini. Ini adalah antara kemalangan yang paling menyanyat hati. Pemandu wanita Toyota Corolla itu meninggal. Manakala yang lagi dasyat pasangan suami isteri dalam Land Rover bersama seorang anak perempuannya rentung.
Kemalangan ini sangat menyentuh hati kerana sebelum meninggal, ibu di dalam Land Rover itu sempat memecahkan cermin dengan kudrat yang ada untuk mencampakkan seorang lagi anaknya ke atas jalan raya. Anak lelakinya selamat dan dihantar ke hospital, walaupun selepas itu ibu bapa bersama kakaknya hangus dijilat api.
Ramai orang melihat detik detik itu secara live. Tetapi tak ada satu video pun yang sempat dirakam. Bukan sebab tak ada telefon atau kamera. Tapi difahamkan, semua yang berdiri di tempat kejadian tak sanggup untuk merakam video apabila melihat mangsa yang meraung raung dijilat api di dalam kereta. Betapa dasyatnya kejadian tersebut, tak ada seorang berani untuk jadi juara viral. Tapi sedihnya, walaupun ramai yang berhenti melihat kejadian tersebut, tak seorang pun yang mampu atau berani untuk menolong keluarga malang itu. Hanya air mata yang mampu dikeluarkan melihat betapa seksanya mangsa dijilat api.
Bukan orang kita tak ada hari perut, tapi kita tak tahu macam mana nak kendalikan jika kita melihat kecelakaan semacam itu berlaku. Sekarang musim perayaan datang lagi, kemalangan kereta sehingga terbakar tak mustahil akan berlaku lagi. Peristiwa anak yang akan kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata tak mustahil berulang kembali. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?
Maafkan saya jika terlewat. Tapi saya baru sahaja semalam hadir ke satu kursus kebakaran. Atas kesedaran ini, saya ingin berkongsi sedikit macam mana kita patut lakukan jika kita melihat kebakaran yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Nauzubillah. Tapi saya berharap sangat kalau awak sudi baca semoga lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Moga lebih banyak nyawa diselamatkan kalau cepat buat 3 tindakan ini
PERTAMA:-
Tolong hubungi segera Bomba dan Penyelamat. Boleh dail 999 atau 112 terus jika awak melihat kemalangan macam ni. Tolong la jangan gaduh nak jadi raja viral. Tak payah la bila tengok eksiden tak sabar nak ambik video. Simpati la dekat orang lain. Telefon bomba dahulu sekurang kurangnya.
KEDUA :-
Bomba tak terus sampai ke tempat kejadian. Paling laju pun mungkin 10 minit hingga 15 minit. Terlalu lama bagi makhluk seperti api untuk menjilat mangsa. Jadi orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa dan padam kebakaran ialah orang di sekitar kejadian yang berlaku.
Macam mana nak tolong?
Padamkan api yang membakar dengan alat pemadam api. Alat pemadam api ialah cara paling berkesan untuk memadamkan api api yang tak berapa besar ni. Jika ada simpat alat pemadam api dalam kereta, ambik dan gunakan dahulu. Itulah kepentingan bila kita simpan alat pemadam api dalam kereta kita.
Jika tak simpan alat pemadam api?
Yang ni ramai yang tak tahu. Sebenarnya undang undang negara kita mewajibkan tiga jenis kenderaan ini menyimpan alat pemadam api.
Lori, Bas, Teksi.
Jika awak melihat ketiga tiga kenderaan ini, tolong tahan dan pinjam alat pemadam api mereka. Cukup lima pemadam api, insyaallah boleh padamkan kebakaran tersebut.
Tapi disebabkan tak tahu, kita boleh biarkan bas atau lori lalu je dari tempat kejadian. Entah entah, drebar bas atau lori sendiri pun tak ingat dia ada alat pemadam api. Kalau kereta polis atau ambulans, lagilah ada alat pemadam api.
Jika tak ada juga pemadam api?
Gunakan dulu air. Tapi kalau boleh jangan bagi air tu kena dekat mangsa. Sebab mangsa lagi seksa kalau air terkena badan dia. Pernah curahkan air ke atas ekzos motor yang panas? Berasap kan? Lebih kurang macam tu la mangsa akan rasa.
Alternatif lain, kalau tak jumpa jugak air. Jika ada air berkabonat macam air tin atau air botol boleh guna. Buka dulu penutup botol. Tutup dengan ibu jari, lepas tu goncang. Dah elok berbuih, lepas kan ibu jari dan halakan ke arah api. Insyaallah boleh. Kalau goncang sebelum buka penutup botol, air tu tak memancut macam air bomba tu.
KETIGA
Semasa sedang memadamkan api, orang lain boleh cuba untuk keluarkan mangsa dari kenderaan. Kalau macam bahaya sangat, padamkan la dulu api.
Kalau la cermin tu tak pecah lagi, boleh pecahkan cermin kereta itu guna alat pemadam api, kunci stering, tukul, atau apa apa sahaja benda keras. Untuk lebih mudah nak pecahkan cermin kereta, ketuk pada bucu bucu cermin. Kat situ lebih mudah untuk pecah berbanding ketuk dekat tengah.
Jika mangsa telah keluar dari kenderaan, dan badan masih terbakar, jangan biarkan dia berlari. Berlari boleh buatkan dia lagi terbakar. Suruh dia bergolek di atas tanah atau tar sehingga api padam.
Setakat ni, itu sahaja yang saya tahu. Kalau ada lagi cara yang lebih efektif boleh la kongsi.
Saya tak pernah mengharapkan orang share status saya. Tapi untuk kesedaran ini, saya mohon sangat kalau awak sudi kongsi status ini kepada orang lain. Nak copy paste tak bagi kredit pun saya tak kisah. Apa yang saya harapkan, lebih ramai nyawa diselamatkan. Sumber : FB Harima Abdul Karim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gagal 5 subjek masa trial hingga ibu rasa “useless mother”, rupanya bangkit score A+ masa SPM. Semalam keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah diumumkan. Ramai ibu bapa berkongsi kisah kejayaan anak-anak khususnya mereka yang mendapat straight A dan berasa bahagia dengan kejayaan diraih anak.
Namun setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri dalam merai kejayaan anak dalam SPM. Ini kerana sekeping sijil yang diterima semalam adalah usaha keras anak namun ia bukan penentu penuh kejayaan sepenuhnya kerana masa hadapan masih panjang.
Anak Dapat 5 G Masa Trial Hingga Ibu Rasa “Useless Mother”
Satu perkongsian dari seorang ibu yang hebat boleh kita sama-sama jadikan panduan. Ini kerana ibu ini pernah bertanya dalam dirinya adakah dia seorang “am I useless mother” kerana anaknya yang bersekolah di Sekolah Tinggi As Sofa gagal dalam lima subjek yang mana tertera G di keputusannya.
Namun ternyata, si anak bangkit dan membuktikan bahawa “kesilapan” tak harus terjadi dalam kehidupannya. Dari 5 G, langsung tiada A, dalam keputusan SPM semalam anaknya buktikan ada 2 A termasuk A+ serta keputusan lain yang sangat memberangsangkan.
Ya ibu-ibu, anak boleh berjaya dengan caranya sendiri.
Baca catatan dikongsi oleh ShantyNur Mamalsyqi di facebooknya.
Sekali Rebah, Bangkitlah Menujah Langit!
Akhirnya, debaran yang memuncak berakhir tadi.
Sejujurnya, aku rasa tak nak bangun dari katil untuk ambil result SPM anak sulung sendiri.
Sebab? Macam-macam….
First bila aku tengok result percubaan SPM, semua failed kecuali BM. Masa tu aku terus terpikir “am I a useless mother? Apa lagi aku kena buat? Kat mana salah aku? Kenapa dia fail??
Hey, mulut boleh cakap “gagal SPM bukan bermakna hidup akan gagal” but untuk mak yang cuba sedaya upaya nak besarkan anak dengan pendidikan terbaik, that’s statement absolutely wrong! Aku tak nak anak aku gagal wey (emoji nangis).
Tengah-tengah malam ketika semua dah tidur, mak ni yang menangis senyap-senyap terkenang result tu. Aku ni pernah jadi ibu tunggal, susah peritnya nak besar anak 2 orang masa tu. Kalau SPM yang aku harapkan dapat ubah nasib diri sendiri ni pun tak serius, aku tak tahu nak letak kat mana dah muka ni.
Tapi kata-kata tu hanya monolog diri. Dengan dia, tak terluah. Cuma satu ayat je aku mampu cakap “Sayang, peluang dah bagi untuk masa depan sendiri tapi awak persiakan” lain-lain tak terluah.
Rupanya Bangkit Score A + Masa SPM
But pagi tadi, entah dari mana datangnya semangat aku terus siap and tell to myself “whatever result dia hari ni takpe, as a mom aku akan hadap. I will take full responsibility.”
Perjalanan anak aku masih jauh, kalau mak mengalah, bagaimana anak berjuang???
And on the way ke Rembau, dalam kereta dia bagatau online result. Aku & Izz Isyqi was freezing sekejap. Jadi batu! keras sebab terkejut!
A – for Accounting & Bahasa Melayu!
Subjek Ekonomi, paper Syariah, Al Quran & Teras semua kredit.
Tergelincir tang Add Math & Arabic tapi tak pelah. Faham, bukan mudah untuk 2 subjek ni bagi dia.
Paling best En Mantan call, “Betul ke result dia tu? Bukan trial exam dia fail semua??”
And proudly aku bagitau “Ilhan is one the best accounting student for SPM!”
Kuddos my Ilhan Isyqi . Thanks for made me proud. Gagal sekali terus bangkit!!! That’s my boy!!!!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...