Tak tau apa sebabnya nak sorokkan duit daripada isteri ditempat tidak sepatutnya, seorang suami yang menyembunyikan wang berjumlah 45,000 Baht (RM5,617) di dalam keretanya terpaksa berputih mata apabila wang tersebut digigit oleh tikus, lapor laman berita Detik.
Letak Bonet Kereta
Menurut sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pemilik akaun dengan nama @dyfo6zku7dh6, si suami menyembunyikan wang tersebut daripada isterinya dengan meletakkan wang itu di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka.
Bagaimanapun selepas diperiksa, sebahagian besar wang itu telah digigit tikus.
Lebih malang lagi, tikus-tikus tersebut juga telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lelaki itu.
Netizen yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya lelaki itu menukar wang tersebut di Bank of Thailand.
Mingguan Wanita: Tak perlu nak berkira dengan isteri, sampai kena sorok duit pada tempat yang tidak sepatutnya. Siapa sangka, nak sorok punya pasal duit pun jadi rosak apabila dimakan tikus.
Seorang isteri nekad goreng ikan arowana peliharaan suaminya kerana setelah kecewa minta cuci akuarium, hanya tinggal janji. Ini padahnya!
Setiap orang mempunyai hobi tetapi jangan sampai hobi ayah-ayah menyusahkan mak-mak di rumah. Siang malam melihat ikan berenang dalam akuarium yang kotor pasti menyakitkan mata.
Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.
Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.
Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.
Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri.
Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.
“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.
“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.
Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.
Video tersebut sudah ditonton lebih 2.7 juta kali dengan 73,000 tanda suka, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang netizen.
“Terus dicampak isterinya ke dalam kolam,” tulis netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Tindakan yang tepat daripada dibiarkan mati begitu saja, lebih baik digoreng dan dihidangkan pada pemiliknya. Harapnya suami dia insaf dan berfikir dua kali untuk meneruskan atau tidak memelihara ikan dalam akuarium.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Ujian terbesar bagi mak dan ayah apabila anak tersayang ‘pergi’ terlebih dahulu menemui pencipta.
Salam takziah buat pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob yang berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam. Ini juga merupakan kali kedua penyanyi ini diuji dengan kehilangan anak perempuan tersayang.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik kapsyen ringkas serta beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah anaknya telah dimasukkan di dalam van jenazah. Tanpa berkongsi punca kematian anaknya.
“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah. Aamin.” ujarnya.
Rakan-rakan artis dan para peminat turut bersimpati mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah. Antaranya seperti Zarina Zainuddin, Sharifah Shahora, Ezlynn, Wan Rashidah, Sharifah Shahira, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Selain Noor Shafiela, Safura turut mempunyai dua orang cahaya mata, Nurul Natasha Abd Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi menerusi perkahwinan terdahulu. Manakala perkahwinannya bersama pelakon Sahronizam Noor dikurniakan empat orang cahaya mata, Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7 dan Nur Aisyah Mariam yang juga telah meninggal dunia pada 2008.
Aliff Syukri anggap arwah nenek seperti ibu sendiri, akui apa yang ditakuti selama ini menjadi kenyataan. Namun Datuk Seri Aliff Syukri reda dengan pemergian nenek Allahyarham Hajah Aminah Satar.
Kehilangan insan tercinta sememangnya amat menyedihkan, menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Aliff memaklumkan nenek kesayangannya telah meninggal dunia. Arwah menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida ketika menuju ke hospital Kuala Kubu Bharu.
“Mohon doakan nenek ditempatkan dalam kalangan beriman.
“Al-Fatihah… Ibu, nenek dan buah hatiku… Video ini telah saya posting di IG Story dan ingin saya simpan supaya tak hilang untuk dikenang. Saya terlalu gembira ketika petang tadi (semalam) sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.
“Selepas 7-8jam nenek telah meninggalkan kami semua. Dalam kereta yang dipandu saya ketika jam 2 pagi… Doakan nenek saya di tempatkan dalam orang yang beriman. Al-Fatihah… Kri sayang nenek smpai syurga,” tulisnya.
Menerusi entri lain pula, Aliff telah memuat naik luahan hati yang cukup meruntun jiwa. Aliff meluahkan isi hatinya di atas pemergian nenek yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa neneknya sudah pergi menghadap Ilahi.
“Perjalanan yang paling menyedihkan… Ketika ini duit tak mampu beli nyawa nenek walapun mak @bondarozitaibrahim dah habis ratusan ribu dan saya dah iktiar semampunya saya. Akhirnya nenek ku pergi buat selama-lamanya… Kri akan sentiasa rindukan nenek… Tidak lekang mendoakan Kri berjaya walapun ketika Kri berniaga di pasar di tepi jalan.
“Nenek selalu cakap “cucu nenek hebat”… Nenek yang menjaga saya ketika kecil yang saya anggap macam ibu kandung saya sendiri. Nenek yang sentiasa berada di sebelah saya tatkala saya mempunyai masalah dengan musuh perniagaan atau personal. Nenek yang mempertahan perkawinan saya, nenek yang sweet tempat saya bermanja. Saya dah tiada sesiapa tempat saya nak bermanja.
“Saya tak pernah rasa dia nenek saya. Saya rasa dia ibu saya, mungkin sebab terlalu rapat walapun dah kawin saya masih tidur dengan dia. Saya cium dia, saya masakkan dia, saya bawa dia berjalan-jalan walapun dia dah lama lumpuh. Sukar untuk saya luahkan perasaan saya ketika ini yang masih tidak boleh terima hakikat nenek meninggal dunia dengan kereta ini.
“Saya ambil beliau daripada hospital dengan keadaan yang sehat dengan kereta ini juga saya hantar beliau untuk urusan pengkebumian nenek yang tiada ganti. Saya mohon untuk bacakan Al-Fatihah semoga roh nenek saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…” tulisnya.
Begitu lancar segala urusan perjalanan arwah nenek Aliff ke negeri abadi. Aliff juga turut berkongsi arwah nenek sudah selamat dikebumukan.
“Kali terakhir.
“Selamat Jalan Nenek ku sayang ke negeri Abadi…..yang saya anggap macam ibu saya sendiri…apa yang syukri takut selama ni dah jadi kenyataan..syukri takut hilang nenek… @bondarozitaibrahim @shahidadherbs banyak kuatkan saya…
“Syukri amat sedih tapi Syukri redha …syukri dan beri yang terbaik untuk nenek…gembirakan usia hujung nenek dengan kasih sayang…..
“Masa syukri kecil …nenek jaga syukri….syukri tidur dgn nenek…kalau syukri bergaduh dgn @yatie_kmrzmn mesti nenek akan menangkan kri……nenek minta syukri ambik nenek dia hospital…dan nenek pergi pun dgn saya ketika dalam kereta saya nek……dan kami hantar jenazah nenek di Felda Palong 7 Negeri Sembilan walapun jauh kri gigihkan..
“Kalau nenek masuk syurga jangan lupa tarik tangan syukri ya nenek…syukri yakin nenek akan dapat yg terbaik……
“Syukri juga akan menyusul…cuma berbeza waktu nek…Terima kasih yang mendokan nenek sy.. Hajah aminah binti satar arwah selamat di kebumikan.
“Terima kasih kepada Doktor dan kakitangan Hospital Kuala Pilah, KPJ Damansara yg merawat nenek saya…..dan juga Doktor, kakitangan Hospital Kuala Kubu yg menguruskan urusan jenazah nenek saya sehingga selesai..semoga Allah membalas kebaikan anda semua,” kongsi Aliff.