Tak 'Restu' Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!

Tak restu hobi suami? Tentu ada isteri yang tak berapa nak ‘restu’ hobi suami. Kenapa agaknya? Tapi, pernahkah suami tanya isteri?

Bukan Alasan Tak Teruskan Hobi

Bagi kebanyakan lelaki, perkahwinan bukan alasan untuk mereka ‘melupakan’ hobi mereka. Berbeza dengan wanita. Kebanyakannya secara rela akan melepaskan aktiviti yang mereka gemari sewaktu bujang kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga. Lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak. Soal hobi ditolak ke tepi sepenuhnya!

Lelaki pula selalunya tiada masalah untuk meneruskan hobi mereka selepas nikah. Tapi, bagaimana sekiranya isteri tidak merestui untuk suami meneruskan hobi itu? Pasti ada sebabnya.

Tak ‘Restu’ Hobi Suami, Mesti Ada Sebab Isteri Macam Tu!

Baca di sini:

Kita Ada Cara Tersendiri Reward Diri, Orang Lain Jangan Sibuk Mengata!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Tak Telus Dengan Isteri

Dari awal suami perlu telus dan berterus terang dengan isteri. Jika sudah berjanji dengan rakan-rakan untuk pergi bermain futsal selepas waktu kerja, jangan pula bagi alasan perlu kerja ‘overtime’! Konon tak nak isteri marah, Sebaliknya bayangkan kalau isteri tahu? Tidakkah isteri akan bengang? Kenapa nak tipu? Betul tak para isteri?

Sikap sebegini yang membuatkan isteri tidak mempercayai suami dan seterusnya akan menghalang meneruskan hobi itu. Ingat ye, tak rugi berterus terang. Mungkin kadangkala isteri akan membebel, tapi jauh di sudut hatinya dia menghargai kejujuran suami.

Bergantung Pada Jenis Hobi

Isteri mana tak marah, kalau dengan anak isteri nak keluar belanja pun berkira. Tapi keluarkan bajet untuk hobinya boleh pulak. Tambah-tambah hobi yang perlukan belanja besar. Contohnya kaki games. Memang kena keluar bajet banyak. Yang sakit hati, main sampai tak ingat dunia. Mengalahkan anak!

Lainlah hobi yang menguntungkan. Misalnya suka baking. Selain boleh masak untuk keluarga, mana tau boleh pula ‘open order’ pada orang lain? Dapat tambah pendapatan. Konfim isteri bagi restu!

IKLAN

Ada juga hobi suami yang bagi isteri membahayakan. Contohnya naik motorsikal berkuasa tinggi. Selain menelan belanja besar, faktor keselamatan juga timbulkan kerisauan di hati isteri. Sebab itu dia tak restu…

Buat Perjanjian

Tak dinafikan, isteri mana yang tak marah jika suami lebih pentingkan hobi daripada keluarga. Jadi, seeloknya isteri ajak suami buat MOU. Suami boleh teruskan hobinya, TAPI jangan sampai abaikan anak isteri! Hobi itu sekadar untuk menghilangkan tekanan kerja dan sedikit waktu bersama rakan-rakan. Bukan sampai fanatik!

Hadkan Masa

Selain itu, suami kena bijak bahagi masa. Ingat, keluarga paling utama. Jangan sebab hobi, keluarga terabai! Mungkin hanya dua kali dalam seminggu benarkan suami lakukan hobinya. Tidaklah setiap hari. Isteri mana yang tak sakit hati. Sudahlah seharian bekerja, di sebelah malam pula suami sibuk membuat aktiviti lain. Bila pula masa anda hendak luangkan bersama anak dan isteri? Belum bab nak tolong isteri di rumah!

Tak Ajak Isteri Dan Anak-Anak 

Pernah suami ajak anda dan anak-anak bersama melakukan aktiviti yang digemarinya? Jadi, anda akan lebih dapat faham dan mana tau, anda pula yang teruja?

IKLAN

Atau isteri boleh galakkan suami  bertukar hobi, selari dengan diri  yang sudah berkeluarga. Pilih hobi yang boleh disertai oleh isteri dan anak-anak. Misalnya hobi memancing. Ia juga boleh dijadikan waktu untuk anda luangkan bersama keluarga tersayang.

Jangan Lupa Telefon!

Selalunya isteri akan marah jika mereka telefon tak berjawab dan suami tak dapat dihubungi. Tentu isteri akan rasa risau. Jadi, suami tolonglah hubungi isteri sebelum bermula. Contohnya sebelum bermain futsal.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI