Seorang isteri nekad goreng ikan arowana peliharaan suaminya kerana setelah kecewa minta cuci akuarium, hanya tinggal janji. Ini padahnya!
Setiap orang mempunyai hobi tetapi jangan sampai hobi ayah-ayah menyusahkan mak-mak di rumah. Siang malam melihat ikan berenang dalam akuarium yang kotor pasti menyakitkan mata.
Isteri Nekad Goreng Ikan Arowana
Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.
Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.
Ikan Arowana Peliharaan Suami
Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.
Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri.
Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.
Minta Cuci Akuarium, Hanya Tinggal Janji
“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.
Ads
“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.
Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.
Mingguan Wanita : Tindakan yang tepat daripada dibiarkan mati begitu saja, lebih baik digoreng dan dihidangkan pada pemiliknya. Harapnya suami dia insaf dan berfikir dua kali untuk meneruskan atau tidak memelihara ikan dalam akuarium.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Dr Say menangis anak sulung disahkan autism, “kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?” begitulah sedihnya perasaan seorang bapa apabila mengetahui anak sulung kesayangan yang baru berusia dua tahun dikesan menghidap autism tahap sederhana.
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril tidak dapat menggambarkan perasaannya dan seolah tidak dapat menerima kenyataan selepas doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace disahkan menghidap autism tahap sederhana.
Namun pengacara Tanya Doktor ini akhirnya menerima dengan reda segala ujian yang diberikan oleh Yang Maha Esa dan berjanji pada dirinya untuk berikan yang terbaik untuk anak sulungnya itu.
“Daddy is going to stay with u till my last breath,” tegas Dr Say.
Ikuti luahan hati Dr Say mengenai Ace;
“Lama dah tak karang cerpen ber-part2 ni tapi sy rasa topik ni tak muat satu part. Ceritanya gini, wife sy perasan anak sulung kami Aezriel atau nicknamenya Ace kurang eye contact seawal dia berumur 6 bulan.
“Secara teorinya babies make eye contact around 3 months of age. Avoidance of eye contact ni is a very strong possible indication of autism. Tapi biasalah kami (lebih kepada sy) bagitau untuk “bagi masa dulu”. Bila Ace dah 9 bulan, wife perasan another red flag yakni Ace tak respond bila kami panggil nama dia. Biarpun panggil Aezriel ataupun Ace, dalam 10 kali panggil ada lah sekali atau 2 kali dia pandang tu pun sekilas lalu ja.
“Time tu bini start tengok video pasal autism & somehow banyak traits yang ada pada Ace tapi yelah hard to be 100% sure sebab masih terlalu awal. Ace tak tunjuk typical behaviour macam jalan berjengket, tangan ber-flapping tapi dia ada susun kereta in one line yang kalau kami kacau susunannya dia tak marah, bila bermain dia kadang-kadang join budak lain dan kadang-kadang dia main sendiri. Jadi saya agak sukar nak pick up whether ini betul autism atau just developmental delay tapi bini dah menangis-menangis sebab dia tersangat yakin yang something is “different” with Ace.
“Maka masa Ace 1 tahun 6 bulan (Nov 2020) we decide to assess Ace. Again masa ni pun masih terlalu awal untuk buat diagnosis what Ace is having tapi keputusan assessment tu tang social skill Ace memang jauh ketinggalan berbanding development yg lain. Maka kami start Ace on ABA therapy di @fitincdc untuk 6 bulan dari dia setahun 7 bulan (Dec 2020) sampai lah dia 2 tahun (May 2021). A lot of improvement seen tapi memandangkan ada pelbagai kekangan kami terpaksa hentikan terapi Ace. Masa ni pun kami dah dapat date untuk berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak which was on 13 Oktober baru-baru ni (buat appointment sejak Mac 2021).
“Jadi 13 Oktober kami bawak Ace berjumpa paeds developmental specialist, Dr Cindy di @sunwaymedical. InsyaAllah esok sy sambung Part 2. By the way, kami tak berjaya dapat U.N.I Klinik dan saya merasakan inilah Blessing In Disguise-nya yakni for us to focus on Ace. Thank u so much anyway atas doa kalian yg mengharapkan kami dapat klinik tu.
“Sambung kisah semalam. Maka assessment by Dr Cindy terhadap Ace bermula. Macam-macam yg di-assess-kannya sampai almost sejam setengah. Tu pun assessment terpaksa dipercepatkan sebab Ace dah restless, menangis-menangis tarik tangan saya dan bini ajak kami balik.
“Tapi Dr Cindy cekap, tak perlu masa yang lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu. Sy menjangkakan yg Ace hanyalah mild autism sebab bagi sy tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia sy jadi blank. Sy tak boleh terima.
“On the way back sy terdiam because its too much for me to grasp. Soalan yg sama keep on berulang dalam kepala sy “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”. Menangis sy sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam penyakit yg makan ubat boleh sembuh but its a condition yg akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat sy berlinang peeps. Inilah sebabnya why it took me a while to share this with the world. Mak sy, bini sy larang sy cerita benda ni tapi i think its necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal & perkembangan anak2. Jangan jadi alpa seperti sy “takpe bagi masa dulu” atau “biasela anak lelaki cakap lambat”.
“Slowly i am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it wont change the fact that my son is autistic. Apa yg kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention.
“I am lucky & blessed bini peka dengan kelainan Ace awal2 dulu & mujur kami dah start terapi awal2 dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace. InsyaAllah November kami akan start terapi Ace di @fitincdc sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luah Dr Say menerusi akaun Instagramnya.
Mingguan Wanita : Semoga Dr Say dan isteri Dr Azura tabah harungi dugaan dari Allah SWT. Pastinya ada hikmah setiap ujian yang diberikan olehNya.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr Say Shazril
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Selalu kita dengar, mak-mak cakap anak-anak susah nak tidur awal. Kalau ada pun, sebab siang hari lasak main itu dan ini. Kadang-kadang inilah keluhan yang mak-mak alami dan anak memang lali untuk tidur lambat.
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.
Bagi anak kecil pula, walaupun tidak bersekolah, jangan biasakan. Pernah juga mak ayah beritahu, malamnya akan berjaga siang hari akan tidur memanjang. Susah juga macam tu.
Sebenarnya, ada cara mak ayah nak ajar anak tidur awal. Inilah yang dipraktikkan oleh Nuraisyah Abu Husin untuk anak-anaknya.
Selalu kawan-kawan tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak confirm akan tidur setiap hari jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tip ni. Selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan suami jadi zombie.
Ada juga baca tip dari mak ayah di media sosial dan cuba praktikkan. Alhamdulillah, membuahkan hasil. Kami, suami isteri pun dapatlah ‘me time’ bersama.
Caranya:
Mak ayah boleh praktikkan dengan disiplin selama sebulan. Bila berjaya, mak ayah bolehlah habiskan masa berdua, menonton televisyen atau buat kerja rumah.
Tip ni kena kerjasama suami isteri ye..Tapi, kena ingat, jenis anak yang tidur awal, mereka akan bangun awal jam 5-6 pafi mata dah segar bugar.
Mingguan Wanita : Mak ayah boleh praktikkan juga untuk anak bersekolah. Inilah yang selalu mak-mak risau, kalau tidur lambat mahunya mengantuk dan susah nak bangun pagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Minta nombor telefon tak dilayan, beri kad nama hilangkan! Akhirnya bertemu juga jodoh “pramugari” ini dengan “penumpang” pesawatnya selepas beberapa tahun berlalu.
Benarlah peribahasa Melayu, ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu juga.
Biarpun pada awalnya pramugari ini seakan menjual mahal dan tidak ambil pusing, namun atas usaha penumpang ini akhirnya mereka disatukan sebagai suami, isteri.
Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.
Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kisah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.
“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan berkenaan,” kata Putri.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.
Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertinggal di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.
Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikecewakan oleh seorang lelaki, dan enggan mempunyai hubungan dengan lelaki lain serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.
“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada dia (suami) menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.
Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.
“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.
“Masyallah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.
“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sekuat mana pun kita menolak, jika itu takdirnya ianya tetap akan berlaku atas kehendak Allah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW