anak puasa

Zaman sekarang kebanyakan mak ayah semangat latih anak puasa walau anak baru berumur 4-5 tahun. Yang sekerat hari tu kira OK lagi, tapi yang jadi isu sampai mak ayah tahan anak nak berbuka semata-mata nak anak belajar berpuasa.

Alhamdulillah kalau ada anak-anak yang berjaya, tahniah buat mak ayah. Tetapi yang tak best bila ada kes anak-anak yang keluar masuk pergi sekolah dengan cuaca panas, tetap dipaksa puasa. Sudahnya sampai anak kurang air dalam badan.

Kalau anak dah akil baligh, memang patutlah mak ayah tegaskan. Ini anak baru 4-7 tahun. Kasihan. Rasanya ada betulnya pandangan Doktor Khairul Faizie ini, betulkan solat anak dulu baru latih puasa.

Patut Ke Latih Anak Puasa?

Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2- 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5. Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah (itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.

Beginilah..

IKLAN

Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini :

“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.

Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?

IKLAN

Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul (DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat.”

Pastikan Anak Dah Akil Baligh

Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH.

Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?

IKLAN

Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.

Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat. Datuk Seri Hassan Din berkata juga:

“Kalau anak kita dah biasa dengan solat (jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya.”

Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI