Semua mak ayah nak yang terbaik, jadi tak pelik kalau tetiba termarah anak tanpa sengaja. Bukan kerana benci tetapi sebab nak mendidik dan mungkin kerana terlalu penat.
Namun kesan marah pada anak itu mungkin boleh jadi barah, jadi mak ayah kena cepat-cepat pujuk si kecil dan jelaskan keadaan sebenar. Nak lagi jelas, ikuti perkongsian Puan Siti Aminah Sulaiman ini…
Tipulah kalau ada parents yang cakap mereka tak pernah marah-marah anak dirumah.
Setiap kita buat macam-macam kesalahan dalam mendidik anak,
tapi ibu bapa yang baik ialah yang sentiasa berusaha nak perbaiki kesalahan diri sendiri.
Ini 5 amalan penting yang perlu setiap ibu ayah lakukan sepanjang membesarkan anak-anak.
Kita tak sempurna tapi berusahalah untuk beri yang terbaik pada anak-anak.
Moga diringankan hisab didepan Allah nanti.
1) BANYAKKAN ISTIGHFAR
Bila rasa nak marah, tahan mulut dari cakap apa-apa.
Sebaliknya Istighfar kuat2..lama2 akan hilang sendiri perasaan nak marah pada anak tu
Perangai anak ada kaitan dengan dosa kita pada Allah.
Ramai orang Alim yang kuat solat dan rajin berdoa pada Allah untuk dapatkan anak yang soleh.
Saya yang biasa-biasa dan berlambak dosa lagilah perlu gandakan amal ibadat jika berhajat nak anak soleh dan solehah.
Jadi sambil buat kerja dapur tu rajin-rajin lah istighfar minta maaf pada Allah.
Ads
Teringat Puan Cahaya Norhaini Sulaiman beritahu maksud ialah أستغفر الله
“saya minta maaf ya Allah”
Deep tu meaning dia!
2) SOLAT TAUBAT BILA KITA TERMARAH ANAK
Alhamdulillah..yang ni ubat paling berkesan untuk rawat dosa kita, saya dah cuba sendiri.
Pernah baru-baru ni saya kurang sihat, habis anak lelaki saya kena marah teruk dan saya rasa sangat menyesal.
Saya dirikan solat taubat dan minta Allah bantu saya kawal marah.
Rasa macam MAGIC sungguh kesan dia lepas solat taubat
kerana saya boleh kawal marah sepenuhnya.
Hanya Allah yang mampu beri kekuatan pada HambaNya, mintalah pada Dia yang pegang hati kita.
3) KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN MENDENGAR
Ni sangat penting bila anak mula melangkah umur 7 tahun dan keatas
Ads
Kurangkan membebel..lebihkan mendengar cerita anak.
Banyak sangat anak nak cerita especially bila mereka pulang dari sekolah
Nak cerita pasal kawan, pasal cikgu..
Dengarkan je la cerita anak tu walaupun dia dah cerita berpuluh kali cerita yang sama
Jadilah BFF anak, jangan sampai anak kecewa sebab kita tak nak dengar cerita mereka..
Nanti anak cari teman lain
Ingat! teman kat luar sana bukan semuanya baik dan jujur dengan anak kita.
4) PELUK ANAK SETIAP HARI
Ini WAJIB ye..
Kajian pun dah banyak buktikan peluk anak setiap hari akan beri kesan positif untuk imuniti badan anak, kurangkan tantrum, anak lebih bijak, bina self esteem tinggi..
banyak lagi kebaikkan tak sempat nak tulis semua.
Ads
Kesimpulannya mesti peluk anak 20 saat setiap hari.
20 saat saja..
Dah peluk anak hari ni?
Kalau belum, anak balik sekolah ni nanti boleh peluk mereka.
Tunjukkan kasih sayang kita pada anak melalui pelukan
Kita mesti ‘be expressive’ dalam menunjukkan perasaan.
Orang Barat sangat expressive berbanding orang melayu,
ikut contoh yang baik dari mereka
5) KURANGKAN EXPECTATION PADA ANAK
Sebab utama kita jadi stress ni biasanya kerana kita expect lebih-lebih dari anak
Minta anak cuci pinggan kena sampai berkilat-kilat baru kita puas hati!
Kalau tak berkilat habis anak tu kena bebel.
Ingat balik kita masa kecik macam mana?
Kita juga kurang sempurna, jadi jangan dewasakan anak sebelum usia mereka.
Kesian anak kita..
benarkan anak buat silap..selalu saya pesan pada anak saya tak pe buat silap..yang penting kena usaha unuk tak ulang lagi kesilapan yang sama.
Sebab Muslim yang baik tak jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali..ini pesan saya pada anak
InshaAllah kalau dapat buat 5 perkara diatas ni, hidup kita akan lebih bahagia melayan karenah anak-anak kita.
Semoga Allah bantu kita dalam menahan perasaan amarah, dan sentiasa dapat berkata-kata yang baik pada anak walau apapun kesalahan mereka lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekali pun sibuk dengan kerjaya, kehadiran anak-anak dan kerja-kerja rumah menjadi alasan utama ramai wanita mengabaikan hubungan intim. Tapi yang ada yang memenuhi keperluan ini bagai melepaskan ‘batuk di tangga’.
Tambah pula hidup zaman IT yang dijamu dengan pelbagai kemudahan teknologi siber sehingga waktu senggang sebelum tidur dipenuhi dengan aktiviti WhatApps atau Facebook. Tanpa disedari kebiasaan ini boleh menghancurkan rutin ‘bermanja’ anda bersama pasangan.
Percaya atau tidak, ini antara kebiasaan yang sering para isteri lakukan:
1. Sibuk dengan gajet
Taksub sangat dengan kemudahan gajet boleh ganggu hubungan manja dengan pasangan. Kalau dah setiap jam sibuk dengan media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram mahupun You Tube, memanglah pasangan boleh hilang mood.
Ya, mungkin juga anda berdua-dua mempunyai tabiat sama tapi alangkah ruginya. Rugi kesempatan bersama itu tidak digunakan untuk menikmati hubungan intim.
2. Lewat atau banyak makan
Ramai isteri mengatakan stres dan jadual padat menyebabkan mereka makan makan lambat waktu malam. Bukan hanya tidak sihat malah boleh buat anda tidak selesa masuk ke bilik tidur, sedangkan suami sudah menunggu di kamar. Ubah tabiat ini dan tukar persepsi dengan menjadikan ‘hubungan manja’ sebagai hidangan akhir anda nikmati sebelum tidur. Jangan terlalu banyak makan dan makan lebih awal agar anda ada lebih tenaga untuk melayani pasangan.
3. Baju tidur ikut selesa
Jangan tutup selera suami anda dengan pakaian besar. Pakaian tidur sangat mempengaruhi keinginan anda dan pasangan. Baju tidur yang seksi boleh bangkitkan sensual yang lebih hangat sehingga sang suami tak sabar menunggu anda memberikan reaksi.
4. Tak hargai tubuh sendiri
Selalu mengeluh depan cermin? Jangan, buangkan prasangka negatif dan banggalah dengan susuk tubuh. Semua ini bukan penentu kepuasan tapi bergantung kepada keyakinan dan kreativiti anda berkomunikasi dan layanan sepanjang aktiviti seksual bersama pasangan.’bermanja’.
5. Masa ‘bersama’ selalu berubah
Cuba tetapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk anda dan pasangan menikmati hubungan ‘manja’ dan keintiman sebagai pasangan suami isteri. Curi masa atau tetapkan rutin seks sebagai salah satu kerja yang perlu anda lakukan seperti mana pekerjaan lain. Manusia perlukan perhatian, kerelaan, dan keikhlasan kerana hanya anda dan pasangan sahaja dapat tafsirkan kenikmatan batin pasangan yang bergelar suami isteri.
Mudahkan nak bahagia? Bukan pada harta saja, tapi kalau lima perkara ini terjaga anda dan pasangan pasti lebih harmoni sekali gus boleh tepis tekanan hidup setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah mana yang tak sayang anak. Lahir dari benih cinta mak ayah. Lebih-lebih kalau anak pertama, ditatang bagai minyak yang penuh dan overprotect. Apa yang anak nak semua boleh dan ditunaikan.
Ini belum lagi dari segi penjagaan. Anak kena kemas, tak boleh comot dan serba serbi kena overprotect. Biar mak ayah yang tolong buatkan. Kalau anak menangis, mak ayah cepat-cepat pujuk.
Sebenarnya, cara mak ayah buat itu salah. Jangan terlampau overprotect, bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah. Hadam perkongsian daripda Mohd Fhais Salim ini.
Tak boleh dengar anak menangis sikit, memang tak keruan nak tenangkan dia.
Tapi sekarang lepas dah tahu natijah buruk overprotect ni, terus ubah.
Bahaya tau terlalu overprotect.
1. Anak boleh jadi terlampau manja 2. Dia jadi makin mengada-ngada 3. Tak boleh terima rejection 4. Memang menangis la jawabnya 5. Ssebab dia tahu, bila menangis 6. Semua boleh dapat
Itu yang tak tahan, makin lama makin menjadi jadi pula permintaan dia.
Tak boleh jadi memang kena ubah.
Sekarang dah kurang overprotect & kurang micromanage.
Banyak biarkan anak urus diri sendiri (self-manage)
Bila nangis ajar dia tenangkan diri sendiri.
Nak apa-apa ajar dia ambil atau buat sendiri.
Terjatuh sekalipun saya suruh dia bangun sendiri.
Alhamdulillah, nampak banyak perubahan positif.
Anak dah makin matang, makin mudah dengar cakap dan makin pandai berdikari.
Mingguan Wanita : Ajar anak berdikari dan tidak terlalu bergantung pada mak ayah.
Bagi mak ayah yang telah membuat permohonan anak ke Tahun Satu dan Prasekolah bagi ambilan 2019 pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 lalu, kini bolehlah menyemak keputusan status penempatan bagi sekolah atau prasekolah yang dimohon tersebut bermula 1 Ogos 2018.
Semakan keputusan penempatan ini, hanya untuk anak berusia 6 tahun bagi sesi persekolahan tahun 1 tahun 2019 atau anak berusia 4 dan 5 tahun untuk sesi prasekolah 2019 sahaja.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2019
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
Semak status pendaftaran selepas berjaya log in.
Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan yang dilampirkan sama semasa membuat urusan pengesahan.
Cetak surat yang dilampirkan dan hantar ke sekolah untuk proses perakuan.
Sekiranya tidak berjaya memohon sekolah yang diminta atau ingin menukar pilihan sekolah, ibu bapa boleh membuat rayuan penempatan boleh mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018.
Ibu bapa diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/08/2018 hingga 30/09/2018 secara dalam talian. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
NOTA TAMBAHAN BAGI PEMOHON DI PUTRAJAYA
* Keputusan penempatan murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Putrajaya buat masa ini ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Bagi sebarang pertanyaan, hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8899 0000.
** Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, permohonan Tuan/Puan perlu disemak kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. – Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2019
Ibu bapa yang telah mendaftarkan anak berumur 4 dan 5 tahun bagi sesi prasekolah secara online, semakan status penempatan prasekolah sesi 2019 boleh disemak mulai 5 Ogos 2018 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/
Caranya, log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Jika terlupa, klik pada butang ‘lupa kata laluan’ untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
Buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke sekolah bagi proses perakuan.
Bagi keputusan penempatan prasekolah yang tidak berjaya atau ingin diubah, rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang dimohon.
Semoga Bermanfaat!
Kongsikan juga buat mak ayah yang bakal mempunyai anak ke darjah satu dan prasekolah pada tahun 2019 sebagai panduan!