Mak ayah ada anak istimewa, itulah rezeki yang Allah telah tetapkan. DIA tahu kemampuan kita dan usah sesekali mengeluh atau salahkan diri dengan apa yang kita perolehi itu.

Sesetengah mak ayah tak dapat nak terima kehadiran anak istimewa dalam keluarga. Mungkin pada awalnya dan tidak tahu persediaan dan cabaran pada masa akan datang. Tapi kalau mak ayah terima dengan redha, pasti hari-hari akan dilalui dengan mudah dan tenang. Malah, bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Saya Akan Jaga Selagi Hayat..” Bapa Tunggal Tabah Jaga 5 Anak Istimewa

Lebihnya Anak Istimewa, Allah Akan Lindungi Di mana-mana, Jadi Mak, Ayah Jangan Risau Sangat Tau!

Mak Ayah Ada Anak Istimewa, Ujian Berbeza

Apa yang menjadi permasalahan pula, bila segelintir daripada kita memandang pelik pada anak istimewa ini. Tak kurang juga mengata dengan membuat andaian yang bukan-bukan sehingga boleh menjatuhkan perasaan penjaga itu

Bukan meminta tapi kalau itu dah rezeki maka ayah ada anak istimewa, terimalah. Sebagai orang luar, jangan sesekali mulut celupar dengan membuat andaian. Jagalah perasaan dan kata-kata bila berjumpa dengan mak ayah yang miliki anak istimewa ini.

Dalam hal ini juga, kita sbagai orang luar, elakkan daripada bercakap kepada mak ayah yang ada anak istimewa dengan kata-kata ini.

3 perkara yang TAK BOLEH CAKAP kepada ibu bapa yang mempunyai anak isitmewa:

  1. BADI

Di dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, badi bermaksud “kenan” atau kesan buruk kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu).

IKLAN

Bukankah perkataan “badi” ini adalah terlalu kasar untuk kita katakan kepada mak ayah anak-anak ini. Manusia bagaimanakah yang berurusan dengan bangkai binatang atau mayat orang yang mati terbunuh sehingga terkena “badi” nya pada anak? Adakah benar wujud situasi “badi” ini sebenarnya?
Wallahu’alam.

Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata kerana baik perkara hikmah mahupun kifarah, kita harus berpegang dengan kepercayaan kepada Allah semata-mata.Seeloknya kita,menjaga hati dan mulut daripada berkata yang bukan-bukan.

Adanya juga perkataan “badi” atau “kenan” ini digunakan oleh makcik pakcik yang berkata “tak boleh dekat dengan orang-orang cacat ni…nanti sendiri pun boleh terkena badi diorang”. Mintak mengucaplah & beristighfarlah wahai pakcik makcik sekalian.. hal-hal begini bukan kerja kita. Andai terjadi, kita perlulah berbalik kepada rukun iman yang terakhir iaitu percaya kepada qada’ & qadar.

Jadi, cukup-cukuplah menggunakan istilah badi ini walaupun termaktub dalam kamus dewan, tetapi ia hanyalah satu kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah kita terutama bagi yang beragama Islam.

2.BALASAN MASA LAMPAU 

Siapa kita yang boleh menghukum dosa dan pahala seseorang? Kita bukan Allah untuk menentukan seseorang itu berdosa dan tidak.

IKLAN

Memang betul ada yang kata,”balasan di dunia ni dapat kat dunia juga” tapi sekali lagi, berbaliklah kepada akidah masing-masing. Hati kita perlu dijaga dan dididik. Bukankah kehadiran insan-insan berkperluan khas ini juga adalah ujian untuk manusia-manusia “normal” macam kita?

Pandang sekeliling & renungkan apa yang kita boleh bantu untuk mak ayah yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Perincikan bantuan yang kita boleh berikan mengikut kemampuan kita:

JIKA MAMPU:
1. Menghulurkan duit, kita hulurkan.
2. Memberikan bantuan tenaga, maka berikan.
3. Berikan kata-kata semangat sudah memadai.
4. Jika tidak mampu juga, menjadi pendengar yang baik juga sudah cukup bagus. Tidak perlu menilai apa-apa, cuma dengar saja
5. Jika tidak mampu sangat, titipkan doa pun pastinya sudah membahagiakan mak ayah ini, malah mana tahu jika doa itu berbalik semula rezeki kepada kita yang mendoakan.

3. TAK MAKAN DENGAN BETUL/STRES MENGANDUNG

Seolah-olah menyalahkan ibu yang mengandungkan anak istimewa tersebut; mungkin kerana tidak menjaga kandungannya elok-elok dan sebagainya.

Sedangkan hakikat kejadian anak istimewa ini boleh jadi ketika mengandung, semasa kelahiran, dan selepas melahirkan.

IKLAN

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada semua perkara ini. Apa-apa pun, menyalahkan ibu yang mengandungkan adalah perkara yang sangat tidak masuk akal untuk kita katakan disebabkan oleh si ibulah, maka anak mendapat “cacat”nya.

Marilah kita sama-sama menjaga hati dan bermuafakat dalam urusan kita sehari-sehari.

“Spread love, kindness & care” kepada insan istimewa dan ahli keluarga mereka. Kerana hakikat balasan ini,tidak merugikan kita semua pun.

Mingguan Wanita : Rezeki tak salah alamat. Terima dengan redha dan Allah uji pada mereka yang berkemampuan.

Sumber: Little Rehab

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI