Bila berkahwin, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah batin dan zahir. Malah, berlakunya sesuatu penceraian adalah disebabkan perkara ini.

Biasanya yang menjadi menjadi isu sebab perpisahan adalah tidak tunaikan tanggungjawab nafkah zahir dari segi duit, perbelanjaan dan sebagainya. Jarang kita dengar perpisahan adalah disebabkan nafkah batin tidak diberikan.

Jangan pandang nafkah batin hanya pada hubungan intim saja. Ada banyak yang dikaitkan dengan hak ini. Bagi isteri, sampai bila harus bersabar kalau suami tidak lagi rasa kasih sayang dan sentiasa mendera mentalnya.

Inilah yang dikupaskan oleh Peguam syarie, Fahmi Ramli tentang hak nafkah batin, isteri berhak tuntut fasakh.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pembahagian Faraid Isteri Dapat Sedikit, Itu Bahagian BERSIH Dirinya Tidak Termasuk Nafkah Anak

Terlepas Pandang Tentang Nafkah Isteri, Punca Suami ‘Sempit Rezeki’

Nafkah Batin, Isteri Ada Hak

Salah satu sebab perkahwinan antara lelaki dan perempuan diberikan oleh syarak adalah untuk pasangan itu bersuka-suka atau melahirkan zuriat. Maka, nafkah seorang suami ke atas isteri itu bukan sahaja melibatkan nafkah zahir sahaja, tetapi hak nafkah batin.

Isu ini mungkin jarang berlaku. Biasanya lelaki jarang ‘miss’ nafkah batin, tapi selalu gagal atau culas nafkah zahir sahaja.

Tapi, ada juga di kalangan suami yang mempunyai masalah untuk bersetubuh dengan isteri. Sama ada disebabkan faktor kesihatan ataupun mungkin ketiadaan nafsu lagi ke atas isteri.

Apakah nafkah batin ini semata-mata persetubuhan sahaja?

Tidak, jika mengikut tafsiran umum, nafkah batin ini meluas. Ia termasuklah layanan dan kata-kata yang baik oleh suami ke atas isteri juga dikira nafkah batin.

Namun, dalam tafsiran untuk peruntukan fasakh, nafkah batin hanyalah isu mengenai PERSETUBUHAN semata-mata. Ia tidak melibatkan kepada kegagalan suami berkata-kata baik atau melayani isteri dengan teruk. Jika ada caci maki sebagainya, ia tertakluk di bawah penderaan mental, bukannya gagal nafkah batin.

Berapa lama tempoh kegagalan nafkah batin untuk isteri mohon fasakh?
Sekiranya suami gagal beri nafkah batin kepada isteri selama 1 tahun atau lebih, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh. Kegagalan itu mestilah disebabkan suami itu sendiri, dan bukannya datang daripada keengganan isteri.

Berbeza dengan nafkah zahir di mana suami yang gagal atau cuai menyediakan nafkah yang cukup kepada isteri selama 3 bulan sahaja, isteri berhak untuk tuntut fasakh.

Apakah yang perlu dibuktikan oleh isteri?

IKLAN

Jika isteri mendakwa bahawa dia tidak menerima Nafkah Batin lebih daripada 1 tahun, isteri mesti berikan keterangan terlebih dahulu yang dirinya tidak mempunyai sebarang permasalahan atau dihalang untuk bersetubuh. Misalnya masih datang haid atau mungkin tidak ada sebarang penyakit.

Jika isteri dakwa suami mempunyai masalah kesihatan misalnya suami mempunyai masalah kencing manis yang teruk sehinggakan dia tidak mampu untuk bersetubuh, maka beban ke atas isteri untuk buktikan. Jika sebaliknya suami menafikan dakwaan tersebut, maka suami perlu buktikan yang dia sihat.

Bagaimana jika suami yang enggan atau hilang lebih setahun?

Jika suami dengan sengaja enggan bersetubuh, selama satu tahun tersebut, maka fasakh boleh disabitkan. Atau mungkin ada sesetengah keadaan, suami telah menghilangkan diri dan meninggalkan isteri lebih daripada satu tahun.

Namun, jika suami ada sebab seperti isteri mempunyai penyakit kelamin, maka dia berhak untuk tidak memberi nafkah batin. Misalnya isteri ada HIV, maka, tak wajar untuk berlaku persetubuhan jika memudaratkan kesihatan.

Bagaimana jika suami tak bersetubuh, namun hanya ‘ringan-ringan’ sahaja?

Jangan gelak yer. Ini real tau. Ada suami yang tak bersetubuh, tapi dia keluarkan air mani d iluar sahaja. Sebagai orang yang berkahwin, anda patut tahu hal ini kerana ini tak dikira nafkah batin.

Jika isteri tidak mendapat kepuasan kerana perbuatan tersebut, maka, ia boleh dianggap suami tidak memberi nafkah batin. Atau ada juga keadaan suami yang ‘berejakulasi pramatang’. Belum sempat bersetubuh, dah selesai.

Tuan ada pengalaman kes macam ni ke?

Ya, pernah ada. Saya tidak mahu beritahu di mana. Tapi, antara alasan tuntutan fasakh difailkan adalah disebabkan suami tersebut dikatakan gagal memberikan nafkah batin melebihi satu tahun.

IKLAN

Walaupun ada balik rumah dan sebagainya, suami tersebut mempunyai masalah mudah ereksi hingga terjadi ‘ejakulasi pramatang’ atau tak tahan lama. Antara sebabnya adalah masalah berat badan dan penyakit kencing manis.

Ada juga orang yang mempunyai masalah berat badan atau kencing manis masih mampu, namun, masalah ejakulasi pramatang ini satu masalah yang mungkin juga berlaku kepada mana-mana lelaki.

Kesimpulan,
Bab ini mungkin sensitif, tapi kita perlu belajar dan tahu. Terutamanya yang sedang dalam perkahwinan atau mungkin yang bakal berkahwin.

Selain daripada soal bersetubuh, saya nak ingatkan sekali lagi, nafkah batin juga adalah layanan dengan kata-kata lembut dan baik kepada isteri. Jangan hanya pandai bersetubuh, tapi layanan batin lain ‘ke laut’.

Seharusnya seiring. Bergaullah dengan isteri dengan layanan dan kata-kata yang baik. Jaga soal nafkah zahir juga. Jangan kahwin kalau hanya pandai bagi nafkah batin sahaja.

Mingguan Wanita : Sebagai suami, kena faham betul-betul tanggungjawab pada isteri dan keluarga.

Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie & Wealth Planner

Suami Tak Mampu Beri NAFKAH BATIN, Isteri Ada Hak Mohon FASAKH

IKLAN

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI