Jangan Ada Sikap Buruk Sangka, Nak Hidup Bahagia Maafkanlah Selalu “Orang buat kita Tak Apa, Jangan Balas”. Mencorak kehidupan adalah terletak pada tangan kita.

Jika hati dan perasaan sentiasa positif dan ikhlas hidup akan ceria dan gembira. Janganlah simpan dendam dek kerana dendam akan tersimpan kemarahan yang sukar dipadam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jangan Ada Sikap Buruk Sangka, Nak Hidup Bahagia Maafkan Selalu “Orang Buat Kita Tak Apa, Jangan Balas” 

Jangan Ada Sikap Buruk Sangka

Sebagai insan biasa terutama wanita amalkanlah sikap yang positif. Jika kita sering bersangka baik dengan orang lain tak salah. Seperti mana yang dikongsi oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya, sangat penting dalam mengamalkan kehidupan yang positif, tenang dan bahagia.

Ikuti nasihat yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita terutamanya golongan wanita.

10 PERKARA UNTUK KEKAL POSITIF, TENANG DAN BAHAGIA

Jangan Ada Sikap Buruk Sangka, Nak Hidup Bahagia Maafkan Selalu “Orang Buat Kita Tak Apa, Jangan Balas” 

-Paling utama ialah maafkan orang selalu. Tidak ada dendam.  Tidak ada rasa marah.  Tidak ada benci.  Tiada buruk sangka terhadap orang.  Tiada riak.  Tiada sombong.  Jaga hati kita.

-Usah sakiti hati orang lain. Orang buat kita tak apa. Jangan balas dan jangan kita buat orang.  Kita jaga hati orang, InsyaAllah Allah jaga hati kita dan buat kita bahagia.  Bahagia yang sebenar adalah dari hati.  Know that.

IKLAN

-Jangan sedih bila kita tak dapat apa yang kita mahu. Sentiasa redha dengan apa sahaja ketentuan Allah.  It is not easy, yes.  Tapi belajarlah untuk menerima dan bersyukur selalu.  Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang baik buat kita.  Sebab itu kadang kita tidak dapat segala yang kita hajatkan.  Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik.

 

-Bertenang dan selalu yakin bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Trust Allah. Yakin dan percaya bahawa Allah tidak pernah zalim.  Everything is going to be ok.  So keep calm.  Jalani hidup mu dengan tenang.

Jangan Ada Sikap Buruk Sangka, Nak Hidup Bahagia Maafkan Selalu “Orang Buat Kita Tak Apa, Jangan Balas” 

-Usah cepat marah. Cepat marah dengan anak.  Dengan pasangan.  Dengan orang yang tak jawab panggilan atau tidak membalas mesej.  Marah waktu memandu.  Mudah marah atas banyak perkara.  Marah adalah perbuatan yang sia-sia. Jika ada rasa kurang tenang, “pause” kan diri anda sebentar.  Bersabarlah.

IKLAN

-Jaga diri dengan cara yang paling baik. Jaga makan, minum, tutur kata, tingkah laku, kesihatan… apa sahaja. Berikan yang terbaik untuk diri sendiri.   Dari segi ilmu, rehat, hadiah (untuk diri atau self reward)… Everything.  Kita tidak akan pernah kecewa bila kita selalu berikan yang paling baik untuk diri kita.  Jaga juga hati kita sendiri selalu sepertimana kita sering berusaha menjaga hati orang yang kita sayangi.

Baca Disini : ‘Encik Tak Perlu Bayar Bil Apa-apa,’ Semuanya Kerana Sekeping Buku Merah Lusuh

Ramai Salahkan Isteri Bila Dia Beremosi, Sedangkan Segalanya Berpunca Daripada Sikap Suami

-Perlu tahu bahawa setiap manusia yang hadir dalam hidup kita adalah dengan izin Allah. Allah yang menggerakkan hati hati manusia itu untuk datang.  Samada untuk membawa bahagia atau kesedihan… Semuanya adalah untuk mendidik kita menjadi manusia yang lebih matang dan lebih baik.   Bila kita berfikiran begitu, kita akan lebih tenang.  And there’s nothing to regret.

-Beri ruang pada diri untuk berehat secukupnya selalu. Beri ruang untuk mencari bahagia.  Selalu maafkan diri kita cause we will never stopped from doing mistakes in our whole life.  Keep moving on no matter how hard.  Fokus pada diri.  Tidak perlu menjelaskan segala perkara kepada orang yang tidak menghargai kita.  Selalu ingatkan diri, cukup Allah tahu.  Kadang, lebih banyak kita jelaskan akan lebih menyulitkan.  Kerana, yang tidak menyukai mu, tidak akan pernah faham.

IKLAN

-Nampak tak saya selalu tulis untuk hargai diri. Reward diri.  Upgrade diri.  Fokus pada diri.  Maafkan diri… secara berulang kali dalam tulisan saya?  Sebab kebahagiaan adalah berpunca dari diri kita.  Bukan orang lain. Happiness is in our hands.  Ingat tu.

-Hidup ini hanyalah sementara. Every single thing hanyalah pinjaman sahaja.  Bahkan diri kita sendiri pun tidak kekal lama. Yang sering buat kita tidak bahagia adalah bila kita fikir apa yang kita ada milik kita selamanya.  Dan apabila ia hilang kita jadi sedih, kecewa, menangis.  Sedangkan tangisan dan kekecewaan itu sendiri juga tidak kekal…  Tidak ada yang kekal melainkan Allah.

Mingguan Wanita : Sememangnya jika kita sentiasa berfikiran positif akan menjadikan hidup lebih girang. Elakkan berfikiran negatif ya. 

 Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI