Kita tak mampu nak puaskan hati orang. Baik macam mana sekali pun, kalau orang dah tak suka, ia tetap akan pandang kita ‘lain macam’. Lepas tu, kita yang menderita dan merana.
Ingatkan dengan cara nak puaskan hati orang, mampu buat kita bahagia. Rupanya, silap. Ia belum cukup untuk kita rasa bahagia. Sementelah bila kita buat itu langsung tidak dikenang.
Jadi, terus ke hadapan, bahagiakan diri kita sendiri. Bukan untuk pentingkan diri tapi kita berhak untuk perolehinya.
Puaskan Hati Orang Belum Tentu, Carilah Bahagia Sendiri
Bahagia itu ada pada kita. Kenapa perlu tunggu orang lain untuk bahagiakan kita? Sedangkan kita sendiri mampu untuk membahagiakan diri sendiri. Selagi kita percaya pada takdir ALLAH.
Ads
Selagi kita redha dengan ketentuanNya. Kita akan dapat kebahagiaan yang kita inginkan. Hidup ini pilihan, apapun yang membuat kita sedih, tinggalkan. Apapun yang membuat kita tersenyum, pertahankan.
Berdamai dengan diri sendiri itu lebih baik daripada memaksa orang lain untuk mengerti. Belajarlah untuk memaafkan diri sendiri agar dapat mengubati luka hati dan mendamaikan jiwa.
Kita berhak bahagia, jangan biarkan bahagia kita di tentukan oleh orang lain. Jangan sibuk menyenangkan orang lain sampai lupa buat menyenangkan diri sendiri. Dalam hidup, orang tidak akan pernah berhenti untuk mengecewakan kita. Namun tetaplah berbahagia dengan belajar memaafkan dan melupakan.
Bahagia itu ada pada kita, jangan sesekali mengharapkan orang lain untuk memberi kebahagian buat kita. Kadang-kadang kita perlu pentingkan diri sendiri. Utamakan diri sendiri. Gembirakan hati sendiri.
Jangan Pandang Rendah Pada Diri
Jaga hati kita sendiri, sedarlah orang lain tidak akan lakukan untuk kita. Balas dendam terbaik adalah menjadikan diri kita lebih baik. Terserah orang memandang rendah kemampuan kita. Yang penting! Kita tidak memandang rendah diri sendiri.
Ads
Jadikan semua itu sebagai batu loncatan untuk kita melompat lebih tinggi. Buktikan pada mereka, bahawa kita mampu! kita boleh! Perkara terpenting dalam hidup yang membuat kita bahagia adalah bersyukur.
Berterima kasih pada ALLAH atas semua nikmat yang diberi. Nikmat sihat, nikmat waktu yang luang, ibadah, nikmat rezeki dan semua nikmat kita dapat.
Kenapa perlu sibuk nak puaskan hati orang? Kita bukan malaikat. Buatlah macam mana pun, dia tetap tak akan puas hati. Kita tak akan mampu puaskan hati orang.
Tugas kita bukan untuk puaskan hati orang, tapi cukup tidak menyakiti hati sesiapapun. Maka, jadilah diri kita sendiri dalam apa jua keadaan. Tiada siapa boleh mengembirakan kita selain diri kita sendiri. Bila kita terlalu baik, kepala kita akan dipijak-pijak.
Buat baik berpada-pada, jaga nawaitu. Tuhan tahu. Bahagiakanlah diri dulu, jadi apa yang kita nak jadi. Jika ada yang tak suka, biarkan dia. Bahagia satu pilihan. Hidup bukan untuk puaskan orang.
Ads
Sumber: Kita sanggup menderita atas kebahagiaan orang lain. Tak perlu, pentingkan diri sendiri dulu. Orang susah kita mampu tolong tapi kalau kita susah, adakah orang ingin membantu. Fikirlah sendiri.
Sebagai seorang suami, jangalah anda mengambil ringan bab nafkah, kewajipan dan tanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak. Perkara ini akan disoal kelak. Sekiranya anda tidak menunaikan perkara-perkara ini, ianya umpama menzalimi diri sendiri.
Suami yang tidak menunaikan nafkah, kewajipan serta tanggungjawab dengan sebaiknya, maka dia adalah suami yang menzalimi diri sendiri…
Dia adalah suami yang rugi…
Rugi kenapa? Kerana dia telah menderhaka kepada Allah SWT. Allah SWT telah mengamanahkan dia seorang isteri dan anak-anak untuk dia jaga, untuk dia bimbing, untuk dia didik, untuk dia tunaikan kewajipan serta tanggungjawab terhadap mereka…
Namun jika dia mengabaikan amanah ini, maka dia telah mengundang murka Allah SWT. Suami yang menyakiti, membebani dan menzalimi isteri disebabkan perbuatannya adalah seorang suami yang tidak baik…
Suami harus ingat akan pesanan Rasulullah s.a.w :
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” – Riwayat Tirmizi.
Zalimi Diri Sendiri
Kegagalan suami untuk menunaikan nafkah, menjalankan tanggungjawab serta kewajipannya terhadap isteri dan anak-anak diibaratkan seperti dia sedang menzalimi dan menganiayai dirinya sendiri kerana dia akan dibalas dengan balasan yang sangat dahsyat di hari akhirat kelak…
Dia tidak sedar bahawa dia sedang mengumpul dosa disebabkan perbuatannya sendiri…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada suami di luar sana akan tidak lupa akan tanggungjawab dan kewajipan dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jangan biarkan anda menzalimi diri sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pada mulanya, anak-beranak ini berborak soal agama dan siapa sangka ia berakhir tragedi berdarah. Suami isteri warga emas ini dibunuh kejam anak sendiri.
Berborak Soal Agama Berakhir Tragedi Berdarah
Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar anak sendiri di rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta, semalam.
Dalam kejadian 11.55 malam itu, lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berumur 64 tahun maut ditikam dan dikelar di leher oleh anak mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati anak mangsa yang berusia 34 tahun adalah penganggur.
Suami Isteri Dibunuh
“Kejadian berlaku ketika suspek bersama ayah dan ibunya sedang berborak.
“Tidak lama kemudian, ibu suspek masuk ke bilik. Suspek berborak dengan ayahnya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa ternampak mata bapanya bertukar hitam dan seakan hendak menyerangnya menyebabkan dia mengambil parang dalam bilik dan menetak mangsa.
Dibunuh Kejam Anak Sendiri
“Ibu suspek yang nampak kejadian cuba membantu tetapi suspek menyerang wanita itu dengan menetak dan menikam di leher dan kepala.
“Ibu suspek sempat melarikan diri keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar.
“Suspek keluar mencari ibunya tapi tidak nampak sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia seterusnya keluar dan berjalan sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Suspek Ditahan Orang Kampung
Mohd Yusri berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.
Katanya, penduduk kemudian ke rumah suspek dan ternampak bapanya terbaring di lantai manakala rumah dipenuhi darah.
Beliau berkata, ibu suspek pula ditemukan terbaring di kawasan berumput dekat pagar.
Katanya, penduduk menahan suspek sehingga polis tiba dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita : Allahuakbar, sudah pasti kejadian yang berlaku ini menyentap perasaan seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga supek mendapat pembalasan yang setimpal jika dia benar-benar bersalah.
Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja. Tapi boleh bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Sementelah kalau suami tidak membantu langsung dalam kerja rumah.
Mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami. Hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal ruamh tangga.
Bab-bab ‘mengungkit’ nie, bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami. Tapi mungkin kerana isteri penat sehinggakan suami mula senang hati sebab isteri dapat mengurangkan beban.
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
Bukan Tidak Ikhlas
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa…
Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan…
Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, Nursery anak saya bayar, Bil-bil utiliti pun saya tanggung, abg boleh plak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?”
Suami : “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit mcm ni…”
Isteri Bayar
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana dah pun dibayar isteri…
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU…
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…
Kita kena ambik balik apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita dah mampu bayar…
Buat Perjanjian
Jangan terus pejam mata sbb dah buat agreement, rumah dgn kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan agreement tu plak dibuat di awal usia perkahwinan dahulu…
Now anak dah 3…belanja dapur yg isteri kluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima…same goes to bil-bil utiliti dan sebagainya…kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana dah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang…
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia…
Ingat, kita akan dikira “berhutang” dgn isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar…
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...