Suami Izinkan Isteri 'Pasang Badan', Tapi Akhirnya Curang Dengan Lelaki Lain!

Suami ini sedih dan menyesal kerana kasih sayangnya disia-siakan oleh isteri tersayang. Akhirnya mereka memilih cerai sebagai jalan terakhir. Ikuti luahannya kepada Mingguan Wanita.

Sebagai lelaki normal, Sham juga ingin berkahwin dan membina keluarga sendiri. Namun, ditakdirkan dia sukar mendapat jodoh sehinggalah usianya mencecah 38 tahun. Itu pun ahli keluarga yang carikan calon.

Jodoh Tiba Untuk Bergelar Suami

Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati Sham apabila mak long memberitahu lamarannya telah diterima. Mak long merupakan ibu saudara yang menjaganya sejak kecil setelah ibu kandungnya meninggal dunia. Ayah pula berkahwin lain dan tidak pernah lagi peduli tentang dirinya.

“Mak long harap kau bina keluarga bahagia nanti ye. Mak long sentiasa doakan kau bahagia,” ujar mak long.

“Baik mak long. Sham akan cuba untuk menjadi suami dan seorang ayah yang baik kelak.” Balas Sham. Dia memang menyimpan azam untuk membina keluarga yang bahagia dan menjadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab. Tidak seperti ayahnya.

Meriah

Akhirnya Sham telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Mastura, seorang guru, gadis yang berusia pertengahan 30-an. Sham sebenarnya seorang sangat kreatif dan berjiw seni. Dari dulu dia membantu mak long menjalankan kerja-kerja membuat pelamin, hantaran dan sebagainya.

Dia juga mampu menjahit dan mempunyai kedai jahit sendiri. Sham kuat bekerja dan tidak hairan jika dia mampu membeli rumah dan kereta. Pendek kata, Sham mampu memberikan kesenangan untuk keluarganya.

Majlis pernikahan Sham berlangsung meriah di sebuah dewan di pekan kecil tempat tinggalnya. Pelamin, hiasan dewan dan hantaran semua dibuat sendiri oleh Sham. Dia ingin yang terbaik untuk majlis perkahwinannya.

Layan Isteri Dengan Sepenuh Kasih Sayang

Selepas  berkahwin, Mastura tinggal di rumah yang dibeli Sham dan dia berulang alik ke sekolahnya kira-kira 40 minit. Sham melayan Mastura bagai menatang minyak yang penuh. Baju-baju kerja Mastura juga dijahit sendiri dengan pelbagai fesyen terkini.

IKLAN

Sham juga mengajar Mastura untuk menjaga wajah dan tubuh. Dahulunya Mastura yang berpenampilan ringkas mula pandai bergaya dan makin cantik. Sham pula rasa gembira dan tidak kisah bila ada yang mempertikaikan tindakannya itu. Tidak takutkah nanti jika Mastura diambil orang?  Bagi Sham, dia yakin Mastura akan setia dan sayang padanya walau pun mereka berkahwin atas aturan keluarga.

Suami Izinkan Isteri ‘Pasang Badan’, Tapi Akhirnya Curang Dengan Lelaki Lain!

Berubah

Selepas tiga bulan, Mastura hamil dan Sham adalah orang yang paling gembira. Mastura semakin dimanjakan. Segala kehendak dituruti. Akhirnya Mastrua selamat melahirkan sepasan bayi kembar. Sham sendiri yang menjaga Mastura sepanjang tempoh berpantang dan sanggup menjaga bayi kembarnya sendiri. Walau penat tapi dia bahagia kerana Tuhan telah makbulkan doanya untuk memiliki sebuah keluarga.

Mastura kembali ‘pasang badan’ selepas habis berpantang. Sham tidak kisah malah menggalakkan asal tidak seksi. Anak-anak juga Sham yang jaga memandangkan dia bekerja sendiri.

Ternyata kebebasan yang Sham berikan kepada Mastura telah disalahgunakan. Satu hari Mastura meminta izin untuk bermalam di rumah rakannya kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Sham mengizinkan tanpa banyak soal.

IKLAN

Terbongkar

Apabila Mastura pulang keesokan harinya,  dia kelihatan biasa dan sibuk melayan si kembar. Cuma Sham hairan mengapa Mastura memakai tudung seharian berada di rumah.  Lewat petang, Sham pura-pura tidur di dalam  bilik bersama si kembar. Mastura  membuka tudung dan bersiap hendak mandi. Kuasa Tuhan, Sham terpandang sesuatu yang amat memeranjatkannya. Ada beberapa kesan lebam di leher isterinya! Sham terus bingkas bangun dan Mastura terperanjat besar.  Tanpa berkata apa-apa Sham hanya mampu menuding jari ke leher Mastura.

Tiba-tiba saja Mastura terduduk sambil menangis. Dia sedar kecurangannya telah terbongkar. Sham menelefon mak long dan berapa orang ahli keluarga lain. Malam itu juga Sham bertanya kepada Mastura bersaksikan mak long dan yang lain. Mastura mengaku dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki dan mereka sudah terlanjur. Sham hampir pitam mendengarkan pengakuan Mastura.

Malu Suami Lelaki Lembut

Kata Mastura, dia sebenarnya malu apabila mengetahui suaminya seorang lelaki yang lembut. Sebab itu dia tidak pernah kenalkan Sham kepada rakan-rakannya.  Bahkan, katanya kalau dia tahu Sham begitu, sudah pasti di menolak untuk dijodohkan dulu.  Mastura mengaku tidak pernah ada rasa sayang pada Sham. Hanya ada rasa simpati kerana Sham teramat baik baginya.

Dipendekkan cerita, talak digugurkan malam itu kerana Sham tidak sanggup menerima kecurangan Mastura. Apatah lagi sedar Mastura tidak pernah sayang padanya. Atas persetujuan bersama, anak-anak diletakkan di bawah jagaan Sham.

Tiga tahun berlalu, Sham masih belum berjumpa pengganti. Namun dia bahagia dengan putera puterinya yang makin membesar. Merekalah yang menjadi keutamaan. Namun jauh disudut hati, dia tetap seorang lelaki yang inginkan belaian seorang isteri. Luarannya dia lembut, namun jiwanya lelaki sejati…!

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/isteri-kalau-nak-suami-tolong-cakap-terus-terang-takyah-berlapik/

https://www.mingguanwanita.my/isteri-tak-perlu-berkuasa-dalam-semua-hal-cukuplah-jadi-penyeri-hidup-suami-2/

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI