Suami, isteri tanpa sedar boleh menyakiti perasaan antara satu sama lain. Sama ada melalui percakapan mahupun perbuatan tentunya kedua-dua elemen ini mampu menimbulkan ketidakpuasan hati sama ada bagi pihak suami mahupun isteri.

Sama ada suami mahupun isteri berusahalah untuk tidak menyakiti hati masing-masing. Jagalah percakapan dan perbuatan bila berkomunikasi dengan suami mahupun isteri. Dalam perkahwinan, kedua-dua sang suami dan sang isteri memainkan untuk menyemarakkan rumah tangga.

Suami & Isteri, Jagalah Kelakuan Supaya Tidak Menyakiti Perasaan Antara Satu Sama Lain

Berikut perkongsian  daripada Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang merupakan bekas Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Suami & Isteri, Jagalah Kelakuan Supaya Tidak Menyakiti Perasaan Antara Satu Sama Lain

Saya ingin menekankan beberapa perkara penting dahulu tentang anda sebagai seorang isteri atau suami dan tingkah laku anda. Hanya selepas itu saya akan memberitahu bagaimana sepatutnya anda berkelakuan untuk mengekalkan hubungan yang harmoni.

Pertama, tanyakan kepada diri anda sendiri adakah anda seorang narsistik. Jangan salah faham. Tidak semua orang yang narsistik adalah jahat. Mereka mempunyai hati yang baik dan niat yang baik tetapi terkadang menjadi obses.

Stres juga timbul kerana kerja pejabat atau keadaan kewangan keluarga. Ini benar untuk suami dan isteri. Berdasarkan hasil kajian, tingkah laku seorang suami atau isteri narsistik mungkin termasuk:

Suami & Isteri, Jagalah Kelakuan Supaya Tidak Menyakiti Perasaan Antara Satu Sama Lain

1. *Kehendak Berterusan untuk Dikagumi*
Seorang narsistik mungkin sentiasa mencari pengagungan dan pengesahan dari orang lain, termasuk pasangannya, untuk meningkatkan harga dirinya. Mungkin kekurangan keyakinan diri sejak kecil. Mereka menjadi berani dan berperilaku secara narsistik apabila dikelilingi oleh pasangan yang baik dan berhati mulia. Mungkin kucing di luar atau pejabat tetapi harimau di rumah.

2. *Manipulasi*
Dia mungkin terlibat dalam tingkah laku manipulatif untuk mengawal dan mempengaruhi pemikiran dan tindakan pasangannya demi memenuhi keperluan dan kehendaknya sendiri.

3. *Rasa Penting Diri yang Agung* Seorang narsistik mungkin menunjukkan rasa penting diri yang besar, percaya bahawa dia lebih unggul, bijak dan layak menerima perlakuan istimewa.

IKLAN

4. *Kurang Empati*:
Dia mungkin menunjukkan kurang empati terhadap perasaan dan keperluan pasangannya, memberi keutamaan kepada kehendaknya sendiri di atas segalanya.

5. *Sifat Bersaing*:
Seorang narsistik mungkin memperlihatkan keperluan yang kuat untuk menjadi yang terbaik dalam segala-galanya, sering terlibat dalam tingkah laku bersaing dalam hubungan.

6. *Mencipta Drama*
Menikmati drama dan kekacauan dalam hubungan, dia mungkin mencipta konflik dan ketegangan yang tidak perlu. Terlalu sensitive. Cepat merajuk.

7. *Tidak membenarkan pasangan bercakap*
Dia akan bercakap begitu banyak sehingga pasangan terpaksa diam. Jika anda tidak bersetuju, dia akan menggunakan pemerasan (emotional blackmail)

8. *Tingkah Laku Keganasan*
Terlibat dalam tingkah laku keganasan tanpa mengambil tanggungjawab, seperti penyalahgunaan lisan atau emosi, dan menyalahkan pasangannya. Mulut laser.

9. *Mencari Salah pada Pasangan* selalu mencari kesilapan pada pasangan. Apa-apa yang kurang memuaskan disalahkan.

10. *Mereka suka berdebat (ARGUE) dan kebanyakan respon mereka adalah negatif.*
Mereka tidak sedar bahawa ini bukan cara yang betul dalam berkomunikasi yang berkesan.

IKLAN

Suami & Isteri, Jagalah Kelakuan Supaya Tidak Menyakiti Perasaan Antara Satu Sama Lain

Mereka mahu menang dalam setiap situasi. Ini membuat pasangan mereka diam untuk mengelakkan konflik. Walaupun itu kritikan yang membina, ia akan dianggap secara negatif. Terkadang, ini menyedihkan pasangan mereka.
Tingkah laku ini boleh memberi impak besar kepada dinamika dan kesejahteraan hubungan.

Sekarang biar saya terangkan bagaimana anda sepatutnya berkelakuan agar tidak menyakiti pasangan anda. Jika anda narsistik, perlahan-lahan hentikan tingkah laku tersebut dan ubahlah menjadi seorang isteri atau suami yang lebih baik. Kemudian ikuti nasihat berikut.

Berikut adalah beberapa contoh cara berkomunikasi dengan pasangan untuk membantunya menjadi seorang rakan hidup yang lebih baik tanpa menyakitinya:

1. Tanyakan soalan ini
Bagaimana saya boleh mencintaimu dengan lebih baik minggu ini?” Pendekatan ini menunjukkan kesediaan anda untuk memahami keperluannya pada masa kini dan menyesuaikan diri dengannya. Sebagai contoh, pasangan anda mungkin menyatakan keperluan untuk lebih banyak masa berkualiti bersama, dan anda boleh merancang aktiviti yang dia gemari.

2. Dengar dengan teliti kepada pasangan anda
Mendengar dengan aktif kepada pasangan menunjukkan bahawa anda menghargai pemikiran dan perasaannya. Contohnya, apabila dia berkongsi kebimbangan tentang keadaan rumah, anak anak, kerjanya, berikan perhatian penuh dan tawarkan sokongan atau nasihat jika diperlukan. Jangan berpaling dan menyalahkan dia.

Suami & Isteri, Jagalah Kelakuan Supaya Tidak Menyakiti Perasaan Antara Satu Sama Lain

IKLAN

3. Tawarkan kata-kata dorongan. Ungkapkan penghargaan anda terhadap sifat positif dan tindakan pasangan anda. Anda boleh memberitahunya betapa anda kagum dengan kekuatan dan ketabahan beliau menghadapi cabaran, yang boleh meningkatkan semangatnya dan memotivasinya untuk terus menjadi seorang rakan hidup yang baik. “Turunkan ego anda dan jadilah seorang pasangan yang baik”

4. Bercakap tentang perasaan anda dengan jujur
Apabila pasangan anda bertanya tentang hari anda, kongsi butiran khusus tentang perkara yang membuat anda gembira, kesal, atau marah. Ini membolehkannya memahami pengalaman anda dan mengukuhkan komunikasi terbuka, memperkukuhkan ikatan anda.

5. Usaha untuk kurangkan mencelah. Dengan aktif berusaha untuk kurang mencelah semasa berbual, dengan berbuat demikiann anda menunjukkan rasa hormat terhadap pemikirannya dan menunjukkan kesediaan untuk memperbaiki komunikasi dalam hubungan anda. Kalau dia tak bersetuju atau mempunyai pandangan berlainan jangan merajuk atau paksa untuk bersetuju.

6. “Kawal perasaan dan sifat marah anda. Pasangan anda bukanlah sandaran untuk anda meluahkan emosi. Pagi-pagi semasa pergi bekerja pergilah dengan suasana hati yang gembira. Apabila pulang, masuk rumah dengan hati yang gembira. Ini sangat penting yang ramai tidak mengikutinya. Bad mood akan menghancurkan kebahagiaan.

Contoh-contoh ini menggambarkan bagaimana berkomunikasi dengan pasangan secara sokongan dan konstruktif, bertujuan untuk meningkatkan hubungan anda tanpa menyebabkan kesakitan dan kesedihan.

Berhati-hati, tingkah laku narsistik dengan perubahan mood yang buruk boleh menyebabkan gangguan mental yang lebih berbahaya yang dipanggil BIPOLAR.
Tajam mulut itu, laser. Jaga baik-baik apa yang keluar dari mulut. Allah beri kita dua telinga dan satu mulut. Gunakan sebaik mungkin. Dengar lebih dan kurangkan bercakap.

Sumber: Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Baca artikel berkaitan: Suami Isteri Tidur Berasingan, Kebiasaan Yang Boleh Longgarkan Kasih Sayang

Suami Bila Sakit Isteri Layan Macam Raja, Diri Sendiri Tak Sihat Buat-buat ‘Gagah’

Suami Berhutang Nafkah Bila Isteri Keluar Duit Untuk Belanja Rumah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI