Suami bertuah ada isteri yang cerewet dan suka membebel, kesihatan makin baik. Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Suami Bertuah Ada Isteri Yang Cerewet & Suka Membebel
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
Kesihatan Makin Baik
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya.
Ads
Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
Ads
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu?
Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes.
Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan.
Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!
Suami daftar universiti, isteri baru lahir. “Jadi yang belum jumpa jodoh, jangan risau!” Mungkin jodoh anda belum lahir atau baru merangkak.
Soal jodoh ini adalah Ketentuan Allah SWT. Jika ditakdirkan jodoh anda cepat, maka cepatlah. Begitu juga sebaliknya.
Suami Daftar Universiti
Seorang wanita menjadi tular di media sosial Indonesia kerana berkongsi gambar lama memaparkan wajahnya ketika bayi pada tahun sama suaminya bergelar pelajar di institusi pengajian tinggi, lapor portal Wolipop semalam.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman TikTok, wanita tersebut, Violeta, 27, berkongsikan beberapa gambar yang jelas menunjukkan perbezaan umur antara dirinya dan suami iaitu jarak 18 tahun.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Kunci sihat, Bonda Rozita nasihat kena tenang. Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang juga Pengasas Rumah Hutan Terapi Alam walaupun sudah berusia namun kelihatan cantik dan langsing kalah orang muda.
Bergelar usahawan sejak zaman muda menjadikan dirinya seorang figura yang dikenali ramai. Bahkan penampilannya turut jadi perhatian setiap kali muncul di khalayak. Bonda Rozita yang juga seorang personaliti yang bermotivasi tinggi.
Kunci Sihat, Bonda Rozita Nasihat Kena Tenang
Setiap kali menulis di akaun media sosialnya, banyak nasihat berguna yang dikongsikan terutamanya buat kaum wanita. Terbaru Bonda Rozita berkongsi tentang kebaikan berpuasa.
“Berpuasa ..
Metabolisma dan kesihatan lebih baik ketika manusia lapar
ia memakan dirinya sendiri, ia membuat proses pembersihan,
menghilangkan semua sel sakit, kanser , sel penüaan dan Alzheimer
“Buang racun dalam badan dan menguruskan sangat cepat. Puasa buat awet muda dan melawan diabetes.
“Allah menciptakan badan manusia sangat bijak.
Penyakit Bermula Dari Badan Kita Sendiri
“Bonda percaya Tubuh memiliki kemampuan untuk menyembuhkan sel-selnya sendiri
“Penyakit bermula daripada cara kita buat pada badan kita sendiri.
“Kunci sihat ialah tenang & tak berlebihan dlm semua perkara seperti makan – tidur – dan kena keseimbangan ..!” kongsi Bonda Rozita.
Bukan itu saja malah pada dirinya tekanan yang melampau juga akan membuatkan kita mudah mendapat sakit kronok.
“Pembunuh paling cepat ialah stress yang melampau..masuk 40an dan semakin tua makin mudah dapat sakit kronik.
1: Berkurung dalam bilik – jauh dr matahari & alam
2: Makanan dan sekitar yang penuh toksix
3: Tulang akan lemah jika kurang tak bergerak,” terangnya.
Nasihat yang diberikan oleh Bonda Rozita cukup bermakna buat kaum wanita di luar sana.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Biar apa pun terjadi, saya tetap bersama sayang.” Setia isteri hingga hujung nyawa. Rumah tangga yang tidak diuji, pasang surut dalam hubungan suami isteri itu lumrah.
Diuji sakit bukanlah ujian yang mudah, apatah lagi ketua keluarga yang sepatutnya menjadi tempat bergantung harap, sakit terlantar tak berdaya. Harap pasangan ini tabah berdepan ujian ini.
Setia Isteri Hingga Hujung Nyawa
Bagi pasangan suami isteri ini, kemanisan dalam melayari bahtera rumah tangga sejak 12 tahun lalu bagaikan diragut apabila ketua keluarga mereka diuji masalah kesihatan.
11 Julai lalu merupakan Tarikh keramat dan bakal diingati sampai bila-bila. Tarikh ini menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan Nurain Rozman, 28, apabila suaminya, Sabri Mohamed Khairi, 36, disahkan menghidap strok.
Jelas Nurain yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, suaminya mula jatuh sakit ketika dia mahu mandi waktu tengah hari untuk solat zuhur.
Suami Diserang Strok
“Ketika kejadian, saya baru tiga bulan melahirkan anak keempat kami yang lahir pada Mei lalu. Masa itu suami nak mandi, dia keluar dari bilik air tiba-tiba tak boleh bercakap.
“Dia minta nak minum air tetapi menggunakan isyarat tangan, mulut sudah tidak dapat keluar kata-kata sebelum rebah dan pengsan,” katanya.
Panik dengan apa yang berlaku ke atas suami, Nurain dengan bantuan jiran dan ibunya membawa Sabri ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Menurut ibu empat cahaya mata itu, doktor menasihatkan agar suaminya dibedah dengan kadar segera selepas didapati berlaku pendarahan di dalam kepalanya.
“Biar Apa Pun Terjadi, Saya Tetap Bersama Sayang.”
“Sebelum masuk dewan bedah, suami sudah kritikal dan saya bisik di telinganya, biar apa pun terjadi, saya akan tetap bersama sayang (suami) sampai hujung nyawa,” katanya.
Nurain berkata, selepas selesai dibedah, suaminya koma selama lima hari sebelum hari keenam doktor memohon kebenaran untuk menebuk leher bagi memasang alat bantuan pernafasan serta tiub untuk susu.
“Sebelum ini suami kerja sebagai operator sebuah kilang sebelum memilih untuk berhenti kerja selepas sering mengambil cuti sakit sebab sakit kepala dan masa itu juga saya turut kerja operator, tetapi Rabu lalu tarikh akhir saya bekerja,” katanya.
Katanya, sekarang dirinya buntu memikir nasib keluarganya pada masa akan datang terutamanya melibatkan kewangan apabila kos untuk menguruskan suaminya sahaja sudah mencecah RM2,000 tanpa mengambil kira makan minum anak-anak.
Kepada mereka yang ingin membantu keluarga Nurain boleh menghubunginya di talian 014-2271 536 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0110-7411-0003-1412.
Mingguan Wanita : Semoga Nurain sekeluarga kuat berdepan dengan ujian ini dan suaminya kembali pulih seperti sediakala. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Seorang pelajar tahun lima meninggal dunia akibat influenza di Dungun. Ibu mangsa berkongsi detik sedih apabila anaknya, Muhammad Amsyar Farhan, kejang selepas muntah sebelum disahkan meninggal dunia. Ketahui kisah penuh dan pentingnya kesedaran tentang bahaya influenza.