Sikap ambil mudah, tidak servis kereta akhirnya membawa padah apabila berlaku kemalangan jalan raya.

Sikap ambil mudah ni, kalau dibiarkan akhirnya akan bawa padah pada diri kita atau masyarakat. Ia seperti ‘barah’ yang akhirnya merebak dalam diri kita dan mendatangkan banyak masalah. Setiap kerja yang dilakukan dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh hasilnya inya-Allah solid. Memang tiada yang sempurna kerana kita manusia serba kekurangan tapi sekurang-kurangnya kita sudah berusaha memberikan yang terbaik.

Dalam kehidupan ini, walaupun melakukan perkara yang kecil dan remeh, lakukan dengan ikhlas dan bersungguh. Pasti kita akan berasa puas, bersyukur dengan gembira. Jika gagal sekali pun kita tidak terkilan kerana sudah memberikan komitmen 100 peratus.

Sikap Sambil Lewa

Walaupun menyedari perkara ini tapi masih ramai di kalangan kita yang sangat suka mengambil mudah semua perkara. Sehingga akhirnya sikap ini membawa padah kepada diri, keluarga dan orang di sekeliling.

Contoh yang paling mudah, apabila kita mengabaikan aspek keselamatan seperti tidak memakai topi keledar apabila menunggang motosikal. Dek kerana jarak kedai berdekatan dengan rumah, kita ambil mudah dengan tidak memakai topi keledar. Alasan kita, alah dekat ja malasla nak pakai.

Sudahnya kita terlibat dengan kemalangan atau disaman polis. Lebih malang lagi, akibat kelalaian ini anak yang kita bawa bersama terpaksa dijahit kepalanya kerana terjatuh ketika kemalangan. Ini contoh yang sangat mudah, impaknya jelas.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/kerana-mulut-mak-ayah-anak-boleh-rosak/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Bahayakan Nyawa

Percayalah banyak kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kelalaian kita. Ada yang mengambil mudah soal penjagaan kenderaan, kereta tidak diservis mengikut jadual. Ramai juga yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

IKLAN

Sikap sebegini bukan sahaja menjerat diri malah membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Jangan kerana sikap ambil mudah ini, kita menjadi penyebab kecacatan dan kematian orang lain. Sanggupkah dihukum dengan rasa bersalah seumur hidup?

Justeru, marilah kita berubah perlahan-lahan. Mulakan dari rumah, lakukan pekerjaan dengan hati yang ikhlas. Kerjakan dengan bersungguh-sungguh, niatkan di dalam hati agar setiap perkara yang kita lakukan mendapat kebaikan. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan musibah.

Kena Paksa Diri Berubah

Tidak dinafikan jika sudah menjadi tabiat memang sukar diubah. Tapi ia bukan alasan, kita mesti muhasabah diri dan berusaha berubah menjadi lebih baik. Pupuk sikap yang telus dan komited  secara berperingkat.

IKLAN

Misalnya boleh mula disiplinkan diri membayar bil sebelum tarikh tempoh tamat, pakai tapi pinggang apabila memandu kereta dan memastikan kenderaan berkunci. Walaupun tindakan ini kecil namun impaknya besar kepada kehidupan kita dan masyarakat.

Apabila kita membayar bil tepat pada masanya, kita tidak dikenakan penalti atau denda. Bukankah ia menjimatkan dan tidak menyebabkan kita stres. Begitu juga memandu dengan mengenakan tali pinggang keledar, kita bukan sahaja tidak disaman malah tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa kita.

Hidup ini saling berkait, apa yang kita buat mesti ada impaknya. Jom berubah! Jom berubah! Mulakan dengan diri sendiri kemudian barulah perlahan-lahan mendidik anak-anak, pasangan dan rakan terdekat untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan Allah SWT. Amin.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI