Sebaik mencecah usia 12 tahun, anak-anak perlu mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan menandakan kita sebagai penduduk tetap warganegara Malaysia. Di situlah, ia menyimpan segala maklumat diri dan secara tak langsung membantu memudahkan segala urusan.
Jangan tak tahu, buka nhanya kita sebagai warganegara yang kena ada kad pengenalan. Tapi, bagi anda pencinta kucing, ia boleh dilakukan pada kucing kesayangan anda. Ini kerana ia turut menyimpan segala maklumat tentang kucing tersebut dan istimewanya, jika berlaku sebarang kehilangan, ia masih mampu untuk mengesannya.
Ini antara perkongsian daripada Nazrin Nasir tentang perkara ini.
Alhamdulillah. Saya nak kongsi kepada pencinta kucing di Malaysia..
Kalau orang yang tak suka haiwan akan cakap benda ni menyusahkan saja, Tapi bagi seorang pencinta kucing saya sanggup buat apa untuk Eva.
Nak dijadikan cerita tentang apa yang terlintas untuk membuat kad pengenalan Eva. Cerita dia sebab saya buat kad pengenalan si Nufa dan masa itu terpikir nak buat kad pengenalan untuk Eva.
Google punya google, saya terjumpa la satu post ni macam mana cara nak buat kad pengenalan untuk haiwan..
Caranya mudah sangat. Set temu janji dengan jabatan veterinar. Saya hanya telefon sahaja, nanti pihak sana akan berikan tarikh. Saya hanya pergi ke Jabatan Veterinar Hulu Langat.
Apabila sampai di sana, isi butiran Eva dan doktor akan panggil untuk cucuk microcip. Seperti cucuk vaksin saja prosesnya.
Lepas ini, Eva nak travel satu dunia pun dah boleh, yang penting bila kucing anda hilang dan jumpa balik, Jabatan veterinar boleh scan sama ada betul ke kucing tu kita punya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, lebih 20,000 pendaftaran pasport atau Kad Pengenalan Haiwan diterima Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Pet Passport atau Kad Pengenalan Haiwan ini merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinawan Bertauliah berdaftar.
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah, Pet Passport menjadi satu kemestian sekiranya mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka dari sesebuah negara.
Ads
Kenapa Perlukan Pet Passport?
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan berada dalam satu dokumen sahaja.
Mudah mengesan haiwan kesayangan anda jika hilang.
Pengesahan pemilik haiwan kesayangan melalui cip mikro yang di tanam di bawah kulit haiwan.
Mudah untuk mengesan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan anda ketika di sempadan negara.
Senang untuk mengawal penyakit sekiranya berlaku wabak.
Jenis Haiwan Yang Boleh Didaftarkan
Semua jenis haiwan boleh didaftarkan. Walau bagaimanapun, buat masa ini jabatan hanya memfokuskan pendaftaran kucing, anjing, arnab dan kuda.
Ketagihan merokok bukan kata bahayakan diri sendiri sahaja, anak isteri pun sama dapat kesan buruknya.Tapi tulah nak berhenti merokok ni bukannya mudah, macam-macam kena hadapi kesan sampingannya seperti demam, lesu, loya dan sebagainya.
Jika macam-macam cara dah guna untuk berhentikan ketagihan merokok ni, tapi tak berjaya,isteri-isteri boleh tolong suami tersayang, cuba ikut petua menggunakan Cuka Epal ni. Manalah tau serasi. Siapa tak sayang suamikan!
Insya Allah dalam masa 3 minggu perokok akan mula hilang ketagihan pada rokok. Bau rokok pun tak nak.
Bahan-Bahan:
Cuka Epal
1 gelas Air Suam
Cara-Caranya:
Kaedah 1
1.Kumur Cuka Epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30saat sehingga 1 minit kemudian buang.
2.Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari.Jika diamalkan boleh menyegarkan nafas,mengharumkan bau mulut dan mengalihkan bau rokok kepada loya.Insya Allah.
Kaedah 2
1.Ambil 3 sudu Cuka Epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.
2.Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu .
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ingin berkahwin dengan teman wanita, seorang bapa tergamak campak anak dari tingkat 15. Kejam sungguh, dek kerana ugutan teman wanita, lelaki ini sanggup meragut nyawa kedua anaknya dengan tangan sendiri.
Tidak dapat bayangkan perasaan ibu kepada dua anak ini bekas suami yang juga merupakan bapa kepada anak-anaknya sanggup mengambil jalan pintas sebegitu rupa.
Ingin Berkahwin Dengan Teman Wanita
Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di Beijing, China selepas mereka membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain.
Menurut akhbar Daily Mail, anak pertama, dua tahun dan adiknya dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China meninggal dunia di tempat kejadian pada 2 November tahun lepas.
Dalam perbicaraan di mahkamah, suspek yang berusia 27 tahun dikatakan ingin berkahwin dengan teman wanitanya tetapi wanita itu enggan menerimanya jika dia mempunyai anak dan mendesaknya untuk membuang mereka dan bertindak memotong pergelangan tangannya untuk menunjukkan kekecewaannya.
Suspek kemudian mencampakkan kedua-dua anaknya keluar dari tingkap sebelum berlari ke bawah untuk menunjukkan perasaan cemas dan reaksi muka yang sedih.
Namun itu semua dikatakan oleh pendakwa raya hanyalah lakonan semata-mata.
Suspek mendakwa bahawa dia sedang tidur ketika mangsa jatuh dari tingkap dan dikejutkan dengan jeritan orang ramai di tingkat bawah selepas menemui mayat di atas rumput.
Campak Anak Dari Tingkat 15
Bekas isteri suspek, yang merupakan ibu kandung kepada kedua-dua mangsa memberitahu media tempatan bahawa teman wanita suspek tidak mahu suspek mempunyai anak bersama wanita lain.
“Suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya ketika dia masih lagi berkahwin dan ia menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya,
“Suspek juga mengakui bahawa dia berkomplot dengan teman wanitanya untuk membunuh anak-anak itu supaya mereka boleh membina keluarga baharu tanpa anak hasil perkahwinannya dahulu,” menurut akhbar Daily Mail.
Mingguan Wanita : Hanya kerana cinta, seorang bapa sanggup menggadaikan dua nyawa anaknya yang tidak berdosa. Semoga lelaki ini dan tean wanitanya mendapat balasan yang setimpal.
Ibu mengidam cari makanan jam 3 pagi, anak sempat hubungi sebelum rentung. Takdir yang tertulis tidak mungkin boleh diubah terutama melibatkan kematian. Ia sudah tertulis di luh mahfuz dan janji kematian ini tidak tercepat sesaat atau terlewat seminit.
Dan sudah tertulis dua anak kecil, Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya Muhammad Al-Qayyum, 7 yang rentung dalam kebakaran rumah semalam adalah penghuni syurga kerana meninggal di usia kecil mereka.
Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya Muhammad Al-Qayyum, 7 cuba lari ke bilik air namun keduanya ditemui di ruang utama bilik dalam keadaan rentungRumah sewaan ini rentung dengan dua beradik terperangkap di dalamnya
Dan pastinya kejadian yang menimpa dua kanak-kanak yang ditemui rentung ketika cubaan melarikan diri di awal kebakaran walau diajar lari ke bilik air tidak menjadi kenyataan apabila lemas di bilik utama akibat terhidu asap tebal sebelum rentung dalam api marak membakar.
Akhbar Utusan melaporkan, hati seorang ibu hiba apabila mendengar panggilan sayu daripada anak perempuannya yang meminta pertolongan memaklumkan rumah terbakar di mana dirinya dan adik terperangkap dalam kebakaran rumah mereka yang terletak di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggut di sini semalam.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menziarahi ahli keluarga dua beradik yang rentung dan mangsa kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Gombak, malam tadi. Foto :- BERNAMA
Akhbar turut melaporkan pasangan suami isteri ini keluar mencari makanan pada jam 3 pagi kerana isteri yang sarat mengandung lapan bulan mengidam namun akhirnya perasaan mengidam bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua anaknya terperangkap dalam rumah dikunci jerigi saat keduanya keluar mencari makanan.
Dan kedua ibu bapa ini pastinya sama sekali tidak menyangka perkara buruk akan terjadi saat keduanya keluar meninggalkan kawasan rumah sewaan mereka di keheningan pagi itu.
Berikutan kes ini, ia mendapat perhatian dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
KPWKK menunggu laporan pihak berkuasa kerana ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Jelasnya, tindakan boleh dikenakan sekiranya terdapat unsur sedemikian berdasarkan laporan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak.
“Jiran tetangga serta komuniti setempat juga perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Sumber:- Sinar Harian / Utusan.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...