Tidak dapat bayangkan perasaan takut yang dialami anak ini sebelum maut menjemput.

Ingin berkahwin dengan teman wanita, seorang bapa tergamak campak anak dari tingkat 15. Kejam sungguh, dek kerana ugutan teman wanita, lelaki ini sanggup meragut nyawa kedua anaknya dengan tangan sendiri.

Tidak dapat bayangkan perasaan ibu kepada dua anak ini bekas suami yang juga merupakan bapa kepada anak-anaknya sanggup mengambil jalan pintas sebegitu rupa.

Ingin Berkahwin Dengan Teman Wanita

Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di Beijing, China selepas mereka membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain.

Menurut akhbar Daily Mail, anak pertama, dua tahun dan adiknya dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China meninggal dunia di tempat kejadian pada 2 November tahun lepas.

Dalam perbicaraan di mahkamah, suspek yang berusia 27 tahun dikatakan ingin berkahwin dengan teman wanitanya tetapi wanita itu enggan menerimanya jika dia mempunyai anak dan mendesaknya untuk membuang mereka dan bertindak memotong pergelangan tangannya untuk menunjukkan kekecewaannya.

Artikel Berkaitan:

Punyalah Nak Kelainan Majlis Kahwin, Pengantin Jatuh Terduduk Dari Jengkaut!

Budak Lelaki 5 Tahun Pula Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

“Bapa Keluar, Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan.” Kanak-Kanak Meninggal Jatuh Kondominium

Seorang Bapa Tergamak

Suspek kemudian mencampakkan kedua-dua anaknya keluar dari tingkap sebelum berlari ke bawah untuk menunjukkan perasaan cemas dan reaksi muka yang sedih.

Namun itu semua dikatakan oleh pendakwa raya hanyalah lakonan semata-mata.

Suspek mendakwa bahawa dia sedang tidur ketika mangsa jatuh dari tingkap dan dikejutkan dengan jeritan orang ramai di tingkat bawah selepas menemui mayat di atas rumput.

Campak Anak Dari Tingkat 15

Bekas isteri suspek, yang merupakan ibu kandung kepada kedua-dua mangsa memberitahu media tempatan bahawa teman wanita suspek tidak mahu suspek mempunyai anak bersama wanita lain.

“Suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya ketika dia masih lagi berkahwin dan ia menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya,

“Suspek juga mengakui bahawa dia berkomplot dengan teman wanitanya untuk membunuh anak-anak itu supaya mereka boleh membina keluarga baharu tanpa anak hasil perkahwinannya dahulu,” menurut akhbar Daily Mail.

Mingguan Wanita : Hanya kerana cinta, seorang bapa sanggup menggadaikan dua nyawa anaknya yang tidak berdosa. Semoga lelaki ini dan tean wanitanya mendapat balasan yang setimpal.

Sumber : Kosmo Online

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI