Shila Amzah titip rasa sedih pemergian bakal mentua, lagi seminggu je mak majlis ubai dan sha. Pemergian ke negeri abadi ibunda tercinta pempengaruh media sosial, Ubai MZ semalam akibat kanser rahim hal yang sangat menyedihkan dirinya dan juga tunangnya, Shila Amzah.
Lebih menyentuh hati, keduanya bakal melangsungkan perkahwinan seminggu lagi namun berhadapan dengan ujian yang menyedihkan ini.
Shila Amzah Titip Rasa Sedih Pemergian Bakal Mentua
Luahan ini dikongsi di instagramnya petang semalam memaklumkan pemergian bakal mentuanya, allahyarham Rohani Jamal.
Mak, Terima Kasih Atas pinjaman Waktu ini mak.
Lagi seminggu je mak, Selamat Majlis ubai Dan sha.
Mak adalah mak yang baik Dan penyayang, isteri yang sangat baik,anak yang baik, kakak yang baik, Sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.
Sha sayang mak lillahitaala. Selamat pergi ke negeri Abadi .Al-Fatihah.
“Lagi Seminggu Je Mak Majlis Ubai & Sha…”
Dalam pada itu, Ubai turut memuat naik coretan kesedihan hatinya atas dugaan diterimanya dan ia ternyata sesuatu yang amat berat baginya.
“Salam semua, mak saya baru menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi.
Ads
“Hilangnya doa seorang ibu. Beratnya dugaan ni untuk Ubai, tapi Ubai redha. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesan mak. Ubai tak pernah lupa.
“Terima kasih mak sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua. Terima kasih mak. Ubai sayang mak sangat-sangat. Al Fatihah,” tulisnya.
Kehilangan insan tersayang ini adalah kali kedua dialami Ubai sekeluarga pada tahun ini.
Terdahulu, pada 4 Mei lalu, Ubai kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan. Terdahulu, ibu Ubai hadir ke majlis pertunangan anaknya dalam keadaan bersemangat walau pun kurang sihat.
Moga Allah menempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Dengan rasa berat hati Nabil memberitahu dia terpaksa membatalkan majlis respsi perkahwinannya di Pulau Langkawi pada 9 Januari lalu.
Selepas selamat bernikah pada 1 Januari yang lalu Nabil Mahir dan pasangannya Ayda Jebat telah merancang mengadakan majlis yang cukup bermakna itu.
Namun kini mereka terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.
Nabil Pilih Tarikh Istimewa 9 Januari, Sempena Hari Lahir Ibu
Menerusi entri yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, pengacara TV ini terpaksa berbuat demikian demi keselamatan tetamu dan keluarga.
Walaupun agak terkilan dek kerana tarikh yang dipilih cukup istimewa kerana jatuh pada tarikh lahir ibunya, namun Nabil terima seadanya keadaan yang berlaku.
“Semalam birthday Mama
“9.1.21 sepatutnya tarikh reception belah saya di Langkawi. Preparation bermula selepas pertunangan dan semuanya dah ready. Surprise untuk Mama pun ada.
“Tapi memandangkan case sangat tinggi, kami sekeluarga made the decision untuk cancel the occasion untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy! 😁
Allah Lagi Mengetahui Segalanya
“Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insy’Allah Allah berikan yang lebih baik,” tulis Nabil.
Pasangan ini juga membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 apabila memilih untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada hari pertama tahun baharu.
Bersama kita berkongsi debaran, sama ada selepas 14 April ini Perintah Kawalan Pergerakan berakhir atau diteruskan. Jika berakhir janganlah kita terlalu alpa hingga mengabaikan keselamatan diri.
Sebaliknya jika diteruskan, mungkin ia adalah langkah paling berkesan untuk membendung penularan Covid-19. Lebih kurang 72 jam lagi kita akan mengetahui keputusannya.
Status PKP
Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (NPKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik COVID-19.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara, sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang.
Operasi Sanitasi Awam
Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.
Pastinya operasi itu penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di sini.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Syarikat Korporat Turut Sama Membendung
Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama-sama kerajaan membantu membendung wabak COVID-19 termasuk melalui sumbangan kepada Tabung COVID-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata sehingga Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak tersebut.
Muhyiddin berkata sebanyak RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19.
Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara- BERNAMA.
Sumber: Astro Awani
MW: Diharapkan rantaian Covid-19 dapat diputuskan segera dan kita semua dapat menikmati kehidupan kita yang dahulu kembali. Insyallah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh tak sangka, faktor merajuk merupakan antara punca terbesar ramai warga emas memilih untuk tinggal di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua atau lebih dikenali Rumah Seri Kenangan bagi menghabiskan sisa-sia hari tua.
Perkara ini didedahkan oleh Puan Zaiton Muhammad,57, Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah berkhidmat dan menabur bakti selama hampir 35 tahun disini.
“Saya percaya Setiap orang tua yang mendaftar masuk disini mempunyai masalah yang tersendiri. Tapi pandangan peribadi saya sendiri selama 35 tahun bekerja di Rumah Seri Kenangan, asasnya yang menjadi punca terbesar dan paling ramai masuk disini disebabkan akibat ‘merajuk’ dengan dengan orang sekeliling. Baik merajuk dengan anak-anak, menantu, keluarga, adik beradik dan sebagainya. Bila dah merajuk, ramai yang memilih untuk tinggal disini kerana rasa tidak diperlukan dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.”
“Kita kena sedar orang tua mempunyai egonya yang tersendiri serta mudah berkecil hati.Sebagai anak kita perlu ikutkan ‘rentak’ mereka dan sabar melayani mereka.” ujar Zaiton ini yang lebih mesra dipanggil Ibu.
Pelajaran Terindah
Menurut wanita cekal dan penyayang ini, bekerja di Rumah Seri Kenangan sejak berusia 19 tahan sehingga sekarang banyak mengajar beliau pengalaman hidup. Daripada cara melayani orang tua, memahami ragam mereka, saat mendepani kematian dan sebagainya.Segalanya dijadikan iktibar dan ‘pelajaran’ terindah buat beliau.
Berikut antara perkongsian tip oleh Zaiton bagi menjaga warga emas/ mak ayah yang lanjut usia.
1. Anak perlulah sentiasa bersabar dan memahami perangai / ragam orang tua.
2. Mengalahlah dalam apa juga keadaan dan situasi. Tangani dengan sebijaknya walaupun kurang bersetuju dengan pendapat mereka.
3. Sebagai anak, jangan mudah ambil hati dengan percakapan atau perbuatan mak ayah.
4. Pendam segala kemarahan dan jangan luahkan pada mak ayah.Hormati mereka dalam apa juga keadaan.
5.Bijak tangani ego mak ayah yang tak suka dibangkang pendapat mahupun suruhan mereka.
Orang tua atau mak ayah yang lanjut usia memang memiliki jiwa yang sensitif, mudah merajuk dan paling tak suka anak-anak melawan kata-kata mereka. Kita sebagai anak, kenalah bijak melayani mereka. Bercakap biarlah berlapik, atur susun kata sebaik-baiknya.Ingatlah segala jasa dan pengorbanan mereka, sewaktu kita kecil dahulu.
Memang tak mudah untuk melayani dan menjaga orang tua, apatah lagi jika yang telah berusia dan mengalami masalah kesihatan seperti nyanyuk dan sebagainya.Namun bersyukurlah masih memiliki mak ayah dikala ramai anak-anak lain mengharapkan redha, doa dan keberkatan daripada mak ayah mereka dah telah lama pergi meninggalkan dunia ini.
Semoga hanya balasan pahala yang berlipat kali ganda, diberikan buat anak-anak yang gigih, menjaga dan melayan orang tua yang telah lanjut usia dengan sebaik-baiknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!