Seorang wanita dari Terengganu dilaporkan antara kira-kira 50 individu di dunia yang memiliki darah paling jarang dikenali sebagai “golden blood” atau darah Rh-null.
Istilah ini bukan sekadar gelaran dramatik. Dalam dunia perubatan, Rh-null merujuk kepada kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen Rh pada sel darah merah, sesuatu yang sangat jarang berlaku.
Kebanyakan kita biasa dengan kumpulan darah A, B, AB atau O, serta faktor Rh positif atau negatif.
Namun bagi individu dengan darah Rh-null, mereka tidak mempunyai antigen Rh langsung. Keadaan ini sangat luar biasa dan hanya dikenal pasti pada sebilangan kecil manusia di seluruh dunia.
Kerana terlalu jarang, darah ini amat bernilai dalam situasi perubatan tertentu.
Kenapa Ia Sangat Penting?
Individu dengan darah Rh-null boleh menderma kepada mereka yang mempunyai jenis darah Rh yang sangat jarang.
Ads
Namun cabarannya, mereka sendiri hanya boleh menerima darah daripada penderma Rh-null juga.
Sebab itu individu yang memiliki darah ini biasanya digalakkan untuk berdaftar sebagai penderma tetap dan menjalani pemantauan kesihatan berkala.
Risiko & Cabaran Pemilik Golden Blood
Walaupun unik, memiliki darah Rh-null juga datang dengan risiko.
Ads
Sesetengah individu mungkin mengalami anemia ringan atau masalah berkaitan sel darah merah. Oleh itu, pemantauan kesihatan sangat penting.
Dalam keadaan kecemasan, mendapatkan bekalan darah yang sepadan boleh menjadi cabaran besar.
Kesedaran Derma Darah Dalam Kalangan Wanita
Kisah wanita Terengganu ini membuka mata ramai tentang kepentingan mengetahui jenis darah sendiri.
Ads
Ramai wanita sebenarnya layak menderma darah, namun masih kurang kesedaran atau takut mencuba.
Lima beranak maut dibunuh, isu berpindah negeri dipercayai punca, suspek ditemui memeluk anak bongsu. Jika ramai tertanya-tanya apakah punca sebenarnya lima sekeluarga ditikam dengan kejam, seorang individu yang banyak terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan, Afiz Ayub berkongsi asbab kejadian.
Jelas Tuan Afiz Ayub yang Ngonya terlibat dalam urusan pengkebumian lima beranak ini, jiran-jiran memaklumkan suspek seorang yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah lagi-lagi dalam bentuk kewangan kerana baru-baru ini suspek telah menjelaskan hutang PTPTN seminggu sebelum kejadian.
Namun amukan dari suspek terhadap lima beranak dikatakan berpunca dari pergaduhan suami isteri berkaitan isu berpindah negeri. Suspek sebelum ini bekerja di Selangor sebagai pemandu lori dan apabila berpindah ke rumah ibunya, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Apa yang berlaku pada Subuh kejadian, suspek dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33 berasal dari Terengganu ada berlaku perbalahan ketika berpindah ke Pahang.
“Tak sangka pula perbalahan ini berlarutan hingga suspek mengakhiri nyawa isterinya di atas katil bilik tidurnya dengan punca kematian tikaman di leher,” kongsi Tuan Afiz Ayub di media sosialnya di mana dirinya dan ahli terlibat sama dalam pengurusan jenazah lima beranak ini.
Kongsinya lagi, pergaduhan mulut antara pasangan suami isteri ini kemudiannya membawa kepada tikaman di leher isteri hingga membawa maut.
Saat adik suspek dan bapa saudara sampai ke rumah semula, tragedi menyayat hati terjadi di mana dua anak kecilnya, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Saffiyah Humairah, 5 ditemui tidak lagi bernyawa termasuk suspek.
Namun yang paling menyayat hati, anak bongsu pasangan ini, Sumayyah Humairah, 2 meninggal dunia di tangan bapa sendiri pada hari sambutan ulang tahunnnya. Lebih menambah duka, arwah anak syurga ini dilihat berada dalam pelukan bapanya di sisi riba kanan sementara kakaknya terbujur di hadapan suspek.
Ke lima-lima keluarga ini maut dalam keadaan tikaman yang sama iaitu di leher dengan menggunakan pisau dapur.
Tuan Afiz Ayub turut memaklumkan, berdasarkan perkongsian dari waris dan penduduk taman yang mengenali keluarga ini, tiada isu berkaitan mental atau kewangan seperti disangka. Namun ianya adalah berkaitan perbalahan suami isteri.
“Tiada campurtangan orang ketiga atau apa apa barangan terlarang dan suspek juga tiada masalah mental. Ianya berlaku dengan pantas asbab dari perbalahan rumah tangga hingga tidak dapat mengawal diri sendiri menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali Aidilfitri menjelang, satu soalan pasti bermain di fikiran ramai wanita, tahun ini trend warna baju raya apa pula yang trending?
Memilih warna baju raya bukan sekadar ikut trend. Warna membawa mesej, emosi dan personaliti. Ada yang memilih tona lembut untuk tampil sopan, ada juga yang berani memilih warna terang sebagai simbol keyakinan diri.
Tahun 2026 menyaksikan gabungan dua arus utama: warna lembut yang menenangkan dan warna bold yang menyerlahkan karakter.
Trend berubah setiap tahun, tetapi yang paling penting adalah bagaimana anda rasa bila memakainya.
Trend warna baju Raya 2026 menampilkan keseimbangan antara kelembutan dan keberanian. Sama ada memilih pastel, earthy atau bold, pastikan pilihan itu mencerminkan diri anda.
Raya bukan tentang siapa paling menonjol, tetapi siapa paling selesa menjadi diri sendiri.
Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026, Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa
Parenting A+ Forum 2026 anjuran Pa&Ma yang diispirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2026 bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam.
Forum ini berjaya menghimpunkan lebih 200 ibu bapa dari sekitar Lembah Klang yang hadir mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anak masing-masing, sekali gus membuktikan komitmen tinggi ibu bapa terhadap pendidikan dan kesejahteraan anak-anak.
Antara sekolah yang terlibat dalam Parenting A+ Forum 2026 termasuk SK Sungai Udang, Klang, SK Seksyen 19, Shah Alam, SK Telok Gadong, Klang. SK Seksyen 27 (1), Shah Alam, SK Dato’ Onn Jaafar, USJ 15 Subang Jaya, SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, SK Telok Menegon, Klang, SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, SK Pulau Indah 2, Klang dan SK Tengku Bendahara Azman 1, Klang.
Sokongan Penuh Penganjur Demi Ilmu Keibubapaan
Sebelum forum bermula, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Syamil Fahim, melahirkan rasa bangga terhadap penganjuran Parenting A+ Forum 2026 yang membuka ruang kepada ibu bapa untuk menimba ilmu keibubapaan secara lebih menyeluruh.
Beliau turut menegaskan kepentingan platform sebegini dalam membantu ibu bapa mendapatkan panduan terus daripada pakar serta selebriti jemputan yang berpengalaman.
Anak Aktif Bukan Anak Nakal, Tetapi Penuh Potensi
Slot pertama forum dimulakan bersama Da’i Fuad Mokhtar yang mengupas pendekatan ibu bapa dalam menangani anak-anak yang aktif. Menurut beliau, kanak-kanak aktif bukanlah nakal sebaliknya memiliki kebijaksanaan dan potensi besar yang perlu dibimbing dengan cara yang betul.
Sokongan emosi, kefahaman serta doa berterusan daripada ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri anak-anak agar potensi mereka dapat disalurkan ke arah yang positif.
Gajet Sebagai Alat Pendidikan Dengan Kawalan
Forum diteruskan dengan pasangan selebriti Nad Zainal dan Ungku Ismail yang berkongsi pengalaman mereka memanfaatkan penggunaan gajet sebagai medium pembelajaran khususnya bagi subjek Matematik. Ungku Ismail menekankan bahawa minat anak terhadap pembelajaran perlu dipupuk bermula dari rumah dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru di sekolah. Ibu bapa perlu lebih peka dan terlibat secara aktif dalam pendidikan anak-anak.
Nad Zainal pula berkongsi bahawa penggunaan gajet dalam keluarga mereka dihadkan kepada tujuan pembelajaran seperti menyelesaikan tugasan Matematik melalui aplikasi Power Congak, selain aktiviti hiburan yang hanya dibenarkan pada hujung minggu. Menurut beliau, mereka juga bersetuju untuk hanya membenarkan anak-anak memiliki telefon pintar sendiri apabila melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej.
Ancaman Influenza dan RSV Tidak Boleh Dipandang Ringan
Sesi seterusnya menampilkan Dr. Syed Abdul Khaliq, Pakar Perunding Neonatologi dan Pediatrik yang membincangkan isu kesihatan kanak-kanak berkaitan Influenza dan RSV.
Dr. Syed menjelaskan bahawa kedua-dua penyakit ini merupakan ancaman serius kerana mudah berjangkit dan boleh mendatangkan komplikasi sekiranya tidak dicegah atau dirawat lebih awal.
Beliau turut menekankan kebimbangan penularan penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak di sekolah, taska atau pusat jagaan. Sebagai langkah pencegahan, pengambilan vaksin tahunan disarankan bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan dan melindungi kesihatan anak-anak.
Perancangan Simpanan Pendidikan Sejak Awal
Forum kemudiannya diteruskan bersama Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN yang berkongsi kepentingan perancangan kewangan dan simpanan pendidikan.
Menurut beliau, Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat kepada pendeposit termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, GerancSepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah.
Pn. Wan Zawiah turut menegaskan bahawa perancangan awal simpanan pendidikan mampu membantu anak-anak melanjutkan pelajaran tanpa dibebani masalah kewangan, sekali gus melahirkan generasi berilmu dan berkualiti pada masa hadapan.
Harapan beliau agar Simpan SSPN ini sewajarnya dimiliki oleh setiap isi rumah kerana ia bukan hanya simpanan semata-mata tetapi turut menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang baik dan menyeluruh untuk kita khusus buat masyarakat Malaysia.
Majlis Peluncuran dan Penghargaan Buat Warga Pendidikan
Detik peluncuran Parenting A+ Forum 2026 telah disempurnakan oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN dan diiringi En. Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Lokman Affandy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, Pn. Rohaida Deris, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Selangor serta Pn. Rosiati Elias, Editor Pengurusan Interim, Grup Family & Parenting NU Ideaktiv Sdn Bhd.
Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan dan sumbangan wang tunai bernilai RM200 kepada Guru Besar serta Yang Dipertua PIBG sekolah terlibat. Acara peluncuran menjadi lebih bermakna dengan persembahan lagu Simpan SSPN, “Terbang Tinggi” yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik berbakat besar, Eriq Fikri.
Mengurus Harapan Ibu Bapa Terhadap Anak
Perkongsian diteruskan oleh Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Abah . Beliau menyentuh tentang harapan ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak yang kadangkala tanpa sedar boleh memberi tekanan emosi kepada mereka.
Kesihatan Anak Asas Kepada Perkembangan Menyeluruh
Slot seterusnya menampilkan Dr. Nisa Khalil, Pakar Perunding Kanak-Kanak, yang memberi fokus kepada aspek kesihatan anak. Beliau menekankan kepentingan ibu bapa memahami tahap kesihatan anak serta langkah pencegahan bagi mengelakkan anak kerap jatuh sakit.
Perkongsian turut merangkumi cara meningkatkan sistem imuniti anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan aktif.
Hubungan Ibu dan Anak Asas Keluarga Bahagia
Slot terakhir Parenting A+ Forum 2026 disampaikan oleh pelakon dan model, Anzalna Nasir yang berkongsi pengalaman membina hubungan rapat bersama anaknya, Mohamad Eidrees. Anzalna menekankan kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam membentuk karakter positif serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang harmoni.
Penutup Meriah dan Penghargaan Buat Penaja
Forum diakhiri dengan Cabutan Istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan elektrik, peralatan memasak dan hamper. Setiap peserta turut menerima goodies eksklusif tajaan CHAMPS, SABUN BADANG, BZU BZU dan BUTIK TATEH sebagai tanda penghargaan.
Pa&Ma merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada THE BUNGE atas tajaan jambangan bunga kepada semua tetamu kehormat, pakar dan selebriti jemputan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada EVENTECH serta pihak SACC Convention Centre, Shah Alam, atas sokongan teknikal dan layanan terbaik sepanjang forum berlangsung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!