Nad Zainal beli baju raya RM80,99, tak kisah tentang jenama janji lawa. Biar bergelar pelakon, pelakon Nad Zainal menerima pujian ramai pengikutnya apabila berkongsi membeli persiapan baju raya baik untuk dirinya dan keluarga pada harga di bawah RM100.
“Tahun ini misi adalah mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang semua harga RM200 lebih, RM300 dan RM500 pun ada.Baju raya saya tahun ini memang semua di bawah RM100 dan kalau boleh bawah RM80.
“Biar ikut bajet, jangan sampai papa sebab nak bergaya,” kata Nad menerusi platform instagramnya.
Menerusi hantaran berikutnya di threads, Nad berkongsi baju raya potongan kebarung yang sudah pun ditempah secara atas talian yang dibeli pada harga RM80.99 sahaja.
Ads
“Ini baju raya kita awak, murah kan? Tak percaya ke? Percayalah sebab saya sangat kedekut.
“Misi nak berjimat tahun ini, nak menyimpan untuk anak-anak, tuisyen dan sebagainya. Jenama murah-murah. Apa yang penting kena lawa. Soal jenama tolak ke tepi,” katanya.
Apa pun, Nad yang juga ibu kepada tiga orang anak akui enggan membazir dan sikap bersederhananya ini mendapat pujian pengguna malah ramai yang mengikut jejak langkahnya bersederhana tahun ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doktor salah pasang IUCD hingga tembus dinding rahim, ibu dua anak derita seumur hidup. Seorang ibu muda, Nurul Damia Asyiqin Ayub, 27 menderita seumur hidup apabila doktor di sebuah Klinik Kesihatan Pekan Nenas memasang IUCD terlalu dalam sehingga menembusi dinding rahimnya.
Berkongsi kisah ini bersama Mingguan Wanita, jelas Damia yang juga seorang MUA, dirinya perlu menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu pada 2 Januari 2026 lalu selepas mengalami kesakitan melampau selepas memasang IUCD di KK Pekan Nenas pada 19 Disember 2025.
“Saya dibius sepenuhnya. Scan di HSA mendapati IUCD dipasang telah tembus ke dinding rahim sebelah atas. Bukan saja dinding rahim bocor tapi usus saya juga sama. Lebih teruk apendik saya pecah akibat dari pemasangan salah IUCD ini,” jelasnya yang nyata trauma dengan pengalaman dilaluinya ini.
Berkongsi trauma pahit ini, Damia berkata, awalnya selepas kelahiran anak ketiga, Nur Aurellia Alayna, kini 10 bulan, dia bercadang memasang IUCD ini di hospital swasta.
“Namun ketika jalani pemeriksaaan berkala baby, doktor di klinik kesihatan memaklumkan mereka juga ada membuat prosedur ini dan kosnya sangat murah itu bayaran biasa klinik kesihatan.
“19/12/25 saya pergi ke KK Pekan Nenas. Masa sebelum pasang masa scan rahim semuanya cantik. Tiada masalah. Tapi masa IUCD dimasukkan ke pangkal rahim, sayarasa macam nak terburai perut. Sakit sangat. Tapi doktor kata rasa sakit sebegitu normal.
“Tapi saya tahu sakit itu luar biasa sampai tak boleh bangun. Lepas pemasangan, doktor suruh masuk bilik xray nak tengok alat tu di mana. Tiba-tiba doktor tu cakap ada kelainan, nampak pelik. Patutnya IUCD tu dipasang pada 8-9 cm saja tapi alat tu dipasang 11 cm hingga saya alami kesakitan melampau.
“Sakit saya alami sampai tak boleh bangun. Rasa macam nak beranak pun ada. Saya ada buat xray di klinik swasta dan mereka dapati iucd dah tembus ke dinding rahim. Kes kemudian dirujuk ke HSA dan 2 Januari 2026, saya jalani pembedahan yang besar,” kata ibu kepada dua puteri, Nur Ardellia Helena,1 tahun 4 bulan.
Jelas Damia, jika orang bersalin melalui pembedahan dibuat dalam keadaan C section (melintang) tapi pembedahan dijalaninya dalam keadaan perut dipotong secara menegak dari paras pusat ke bawah perut.
“Rasa macam bersalin anak nombor 4. Masa doktor belah perut inilah alat IUCD tu dah tembus ke dindin rahim sebelah atas, usus bocor atas dan bawah malah apendik juga pecah. Semua perlu dijahit dan doktor maklumkan yang saya tak boleh bersalin secara semula jadi lagi selepas kejadian ini. Mereka juga ada tanya adakah saya terus memasang IUCD baru tapi sebabkan trauma dengan kejadian lalu, saya kata biarkan dulu,”katanya jelas terkilan dengan kejadian dilaluinya ini.
Dalam pada itu, Damai berkata, dia telah merujuk kes ini ke peguam untuk mengambil tindakan di atas kecuaian doktor terlibat. Malah laporan polis juga dibuat atas kejadian ini,” katanya berkongsi diuji kematian anak sulung,Nur Armel Medina berusia 5 bulan dalam kandungan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu tertinggal anak dalam kereta sukar kawal emosi, dilihat menangis saat tunggu jenazah di unit forensik. Tiada kata-kata mampu menggantikan perkara yang telah terjadi. Inilah yang berlaku kepada seorang ibu yang tanpa sengaja tertinggal anak kecilnya yang berusia dua tahun di dalam kereta dalam satu kejadian di Seremban hingga membawa kepada asbab anak kecilnya meninggal dunia semalam.
Hari ini, tangisan dan kesedihan mengiringi suasana di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, apabila ahli keluarga kepada kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta petang semalam menunggu proses bedah siasat selesai dijalankan.
Paling terkesan pastinya kedua ibu bapa anak syurga ini kerana keduanya dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya tangisan mungkin mampu melegakan perasaan tatkala diuji dengan kejadian sedih begini.
Kedatangan ahli keluarga dan kenalan yang memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa kanak-kanak yang meninggal ini menambahkan lagu suasana pilu.
Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga dilihat tiba di unit berkenaan jam 11.45 pagi namun pihak media difahamkan bedah siasat dijalankan jam 2 petang.
Pihak media cuba mendapatkan ahli keluarga, namun mereka kelihatan tidak bersedia untuk ditemubual.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan bedah siasat bermula jam 2 petang di Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya belum memutuskan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan dan pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk menunggu keputusan punca kematian.
“Buat masa ini, siasatan menjurus kepada kewujudan pengabaian ibu bapa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.
Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.
Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hilang beberapa hari selepas tidak pulang ke rumah, nasib seorang wanita berusia 41 tahun akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II di sini, awal pagi tadi. Wanita ditemui maut itu dipercayai dibunuh dengan cara muka ditekap menggunakan bantal.
Kehilangan mangsa sebelum ini mencetuskan kebimbangan ahli keluarga selepas wanita berkenaan gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan. Susulan itu, abang mangsa tampil membuat laporan polis bagi membantu usaha mengesan adik perempuannya.
Menurut sumber, wanita ditemui maut itu ditemukan sekitar jam 1 pagi selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat yang dipercayai didiami mangsa bersama teman lelakinya.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Dalam serbuan yang sama, polis turut menahan teman lelaki mangsa berusia 44 tahun yang ditemui mengalami kecederaan di bahagian leher dan lengan kiri.
Lelaki berkenaan dipercayai mencederakan diri sendiri dan segera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati suspek disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu, sebelum mayat wanita itu ditemukan beberapa hari kemudian.
Suspek yang juga seorang penganggur kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian wanita ditemui maut ini.
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman. Prosiding reman dijalankan di Hospital Sultanah Nora Ismail berikutan suspek masih menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.
Tinjauan di rumah yang didiami mangsa dan suspek mendapati suasana sunyi, selain pihak polis memasang pita larangan masuk bagi menghalang orang awam daripada menghampiri lokasi kejadian.
Pasukan forensik turut dilihat menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi mengumpul bahan bukti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau memaklumkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berkaitan kes wanita ditemui maut ini.
Kes ini sekali lagi mencetuskan rasa pilu dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan keselamatan wanita dalam hubungan intim.
Mingguan Wanita menyeru agar wanita lebih peka terhadap tanda-tanda bahaya dalam hubungan serta tidak teragak-agak mendapatkan bantuan daripada keluarga, rakan atau pihak berkuasa sekiranya berdepan ancaman atau keganasan demi keselamatan diri.
Bermula sekadar gurauan meminta ‘budak pink’, Kae Rahman tidak menyangka suaminya benar-benar menghadiahkan e.MAS 5 selepas netizen memberikan lebih 98,000 tanda suka.