anemia

Rupanya terdapat 6 jenis makanan yang boleh membantu mak-mak yang mempunyai masalah kekurangan darah / hemoglobin (Hb) rendah atau anemia.Lazimnya anemia selalu dihidapi oleh mak-mak yang sedang hamil. Bahayanya apabila mengalami ‘low Hb’ atau anemia ini, kandungan darah tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan serta pembentukan bayi. Malah, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti kelahiran bayi pramatang, bayi yang kurang berat badan dan lewat perkembangan, serta kemurungan selepas bersalin (meroyan).

Simptomnya termasuklah pening kepala, susah fokus, kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas, dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan.

Antara punca berlakunya kekurangan darah ialah kekurangan 4 nutrisi penting penghasilan darah dalam badan kita. 4 nutrisi tersebut ialah Asid Folik, Vitamin B12, Vitamin C dan Zat Besi.

Namun terdapat 3 Punca Utama Anemia Atau Kurang Darah Merah boleh berlaku iaitu;

1.Kehilangan darah disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.

2.Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan boleh mengganggu penyerapan zat besi.

3.Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus

Golongan Yang Berisiko Mendapat Anemia;

1.Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan.
2.Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi.
3.Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat.
4.Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi.
5.Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon.
6.Ibu yang baru melahirkan anak.
7.Pesakit yang baru menjalani pembedahan.

IKLAN

Perlu Tahu!

Jumlah haemoglobin normal bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Oleh itu antara makanan yang disarankan diambil untuk meningkatkan darah merah ialah;

1. Kuning Telur

Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.

6 Jenis Makanan ni Rupanya Boleh Bantu Mak- Mak Yang Ada Masalah Anemia Atau Kurang Darah Merah

2. Hati

Mungkin tidak ramai yang suka makan organ dalaman seperti hati. Namun percayalah, hati adalah salah satu makanan yang memiliki paling tinggi zat besi. Hati ayam (100gms) mengandungi 9 mg zat besi, manakala hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain.Selain hati, kerang juga memiliki banyak zat besi bagi meningkatkan darah merah.

IKLAN

6 Jenis Makanan ni Rupanya Boleh Bantu Mak- Mak Yang Ada Masalah Anemia Atau Kurang Darah Merah

3. Tembikai

Tembikai merupakan salah satu buah-buahan dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A.Selain terkenal memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

4. Ikan

Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Ikan Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterol. Manakala, Telur ikan pula mengandung nutrisi berkhasiat seperti protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

IKLAN

6 Jenis Makanan ni Rupanya Boleh Bantu Mak- Mak Yang Ada Masalah Anemia Atau Kurang Darah Merah

5. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi dan kandungan asid folik semulajadi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kale, dan sawi juga amat membantu untuk mengelakkan anemia dan meningkatkan kesihatan.

6 Jenis Makanan ni Rupanya Boleh Bantu Mak- Mak Yang Ada Masalah Anemia Atau Kurang Darah Merah

6. Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi

Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, menu diet seperti roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain), ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.

Jadi jika mengalami kekurangan darah merah atau anemia, bolehlah memperbanyakkan jenis-jenis makanan ini didalam hidangan seharian iya!

Semoga bermanfaat!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI