Setahun Pemergian Ashraf Sinclair, BCL Dan Anak Luah Rasa Rindu

Diam tak diam, genap setahun pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair. Sepanjang menempuh ujian rindu berpisah dengan insan tersayang, Bunga Citra Lestari ( BCL ) kekal setia menziarahi pusara arwah suaminya.

Sebagaimana kebiasaan yang dia lakukan sebelum ini, Bunga memuatnaik fotonya berdakapan dengan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair. Betapa rindu keduanya namun cuma dapat meluahkan perasaan rindu tanpa berbalas di tanah perkuburan San Diego Hill Memorial Park, Jakarta.

Dengan sepotong kata-kata yang begitu menyayat hati,

Hey Daddy, sudah setahun kami pergi meninggalkan kami.
Hari ini kamu khabarkan, bukan mudah bagi kami melalui hari-hari mendatang tapi kami akan cuba laluinya dengan baik. Kami baik-baik saja.

Jangan risau tentang kami. Semoga kamu tenang di sana, kami rindukan kamu.”

Dan ramai juga yang terkesan dengan perkongsiannya itu. Ramai yang memberi kata semangat dan sokongan buat Bunga yang begitu tabah dan setia ini.

Saya Masih Berharap Cuma Mimpi Buruk – BCL

Beberapa hari sebelumnya, Bunga membuat pendedahan eksklusif di saluran YouTube miliknya. Akuinya, kehilangan suami secara tiba-tiba benar-benar memberi tamparan hebat buat dirinya.

Saat dia pergi, saya sudah dapat menerima yang suami saya sudah tiada. Tetapi entah kenapa saya masih berharap saya cuma bermimpi buruk.

IKLAN

Bertahun saya menjadi pelakon, saya sudah biasa menyerap emosi kehilangan seperti yang dikehendaki pengarah. Nyata ia tidak mempu membuat saya bersedia menghadapi kehilangan yang sebenar.

Selama beberapa hari selepas Ashraf pergi, saya asyik menampar diri sendiri. Bangunlah! kenapa saya masih tidak bangun dari mimpi.”

Setahun Pemergian Ashraf Sinclair, BCL Dan Anak Luah Rasa Rindu

Akui BCL lagi, suaminya itu adalah orang pertama yang paling dekat dalam hidupnya yang pergi meninggalkannya.

Saya cakap, Tuhan.. aku redha dan aku ikhlas. Tidak ada momen di mana saya histeria dan tidak dapat terima pemergiannya.

IKLAN

Saya redha, cuma kejutan itu terlalu besar.” kongsinya dalam siri #BCLMelangkahLagi, berjudul Love Story #2 – Hari-hari Terakhir Ashraf.

Untungnya Bunga Citra Lestari, Tetap Disayangi Mentua Biarpun Selepas Suami Meninggal.

Kalaulah Saya Tahu Masa Dengannya Cuma 12 Tahun

Selama 12 tahun menjadi isteri Ashraf dan bila mana dirinya diuji kehilangan ini yang Bunga rasakan.

Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu’. Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa sahaja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance, atau penerimaan itu penting, baru boleh ke peringkat seterusnya.

IKLAN

“Saya bertanya kerana saya memikirkan apa yang akan jadi, terutama dalam hidup saya dan anak, Noah. Saya masih ada bapa, bapa Ashraf juga masih ada.

“Tetapi Noah, anak saya, sudah kehilangan bapanya. Di mana lagi saya boleh cari figure yang begitu untuk Noah.”

Kembali hidup sendiri, menjadikan Bunga mula mencari apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidupnya.

Saya seorang yang teratur. Saya ada aturan dalam hidup saya, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja. Bukanlah saya menyesal kerana memberi tumpuan kepada kerjaya. Tetapi hari ini bila difikirkan kembali, saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?

“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah. Mungkin saya tidak ‘berlari’ begitu, dalam keadaan saya sendiri tidak tahu apa yang saya kejar.”

Ashraf meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020, di kediaman pasangan itu di Jakarta.

Sumber/Foto : Bunga Citra Lestari, Astro Awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI