Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.
Sungguh, pemergian Siti Sarah menemui Sang Pencipta sebenarnya adalah secebis kisah besarnya pengorbanan dan jihad seorang ibu ketika hamil dan melahirkan anak, yang kita sering terlepas pandang.
Baca perkongsian penuh makna cerita pengorbanan ibu-ibu daripada Saiful Nang ini;
Bukan kerana SITI SARAH artis yang buat satu negara ternanti-nanti perkembangan beliau. Tetapi Allayarhamah merupakan satu cerita pengorbanan ibu-ibu yang biasa kita terlepas pandang kerana ia berlaku pada sosok bukan selebriti.
Jihad Seorang Ibu
Takziah untuk Shuib dan seluruh keluarganya. Jihad seorang ibu antaranya ialah mengandung sehingga melahirkan sahaja juga telah tuntas. Seorang ibu sentiasa memikirkan tentang anaknya. Tak lekang dari bibir
“Doakan anak saya”
“Tolong selamatkan anak saya”
Dan doa itu melebihi keutaman untuk dirinya diselamatkan. Apabila seorang yang hamil perlu diintubasi, doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan agar paru-paru mempunyai lebih ruang untuk berkembang dan menghasilkan oksigen dalam darah.
Saya sendiri menanti perkembangan dari IG suaminya, Shuib dengan penuh debar. Saya simpan kata-kata cuma yang keluar hanya doa. Namun, pola kemerosotan kesihatannya mirip dengan arwah anak istimewa saya sendiri.
Mula oksigen kurang dari 90, doktor katakan dah rendah boleh merisikokan fungsi otak. Saya katakan dalam diri, it’s ok kalau anak ini nanti tidak bijak ataupun kurang akalnya. Asalkan kami dapat peluang menjaganya.
Bila turun bawah 80, doktor cuba lagi dengan pelbagai radas kerana katanya, paras oksigen bawah 80 merisikokan organ. Masa ni kami berkata dalam hati, it’s ok kalau kami terpaksa jaga anak ini sepanjang hayatnya bed ridden.
Hanya Doa
Semuanya hanya DOA DOA DOA.
Ada ketika, paras oksigen jatuh sangat rendah sekitar 60-an. Panic dan merayu doktor lakukan sesuatu sedangkan doktor juga sedang melakukan pelbagai ikhtihar. Kemudian paras oksigen kembali baik. Dah gembira, dan dah kongsikan kegembiraan itu dalam medsos. Ribuan yang mendoakan. Alhamdulillah.
Tak lama, dapat panggilan awal pagi “Encik Saiful, anak Encik keadaanya sangat tak ok, Encik boleh datang sekarang ye”. Maknya dari mula anak saya masuk ICU, tak balik-balik dah. Selepas keadaan baik sedikit, baliklah ke rumah sebentar mengurus diri yang dah tak terurus. Masa itu lah, hospital menelefon.
Ads
Spo2 drop ke kadar membimbangkan. 40-50-60-40-50 begitu. Buah pinggang mula rosak, air kencing dalam beg perkumuhan tak bertambah, muka dan badan membengkak kerana air yang masuk tak dapat dikumuhkan.
Macam Shuib dan anak-anaknya, kami juga sama melalui detik ini. Kami dah tak mengharapkan SAINS lagi kerana sains telah digunakan semaksimanya, ketika itu kami mengharapkan keajaiban dari Allah.
Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu
Balik kepada kenapa saya dan mungkin ramai rakyat Malaysia mengikuti cerita Allayarhamah Siti Sarah, kerana beliau menjadi ikon cerita perngorbanan ibu-ibu yang sebelum ini jarang tular kerana tidak berlaku kepada seorang ikon. Kematian ini ialah satu pendidikan besar kepada seluruh ummat manusia tentang kehebatan seorang yang bernama IBU.
Dah setahun lebih kita disekat dengan pelbagai sekatan untuk kita menjengah ibu dan bapa kita di kampung. Sekiranya mereka masih ada, buatlah video call bertanya khabar mereka. Kita tidak tahu sejauh mana mereka telah berkorban untuk kita. Kita juga tidak tahu, bila kali terakhir kita akan bercakap dengan mereka. Mungkin, panggilan kita selepas dari ini kepada mereka adalah panggilan terakhir.
Kematian Siti Sarah hari ini, ialah Kematian yang Menghidupkan banyak jiwa-jiwa manusia yang sudah mati.
Hargai ibu
Allah tak ciptakan kita manusia sehebat manapun, datang dalam kotak bubble wrap dengan manual pengoperasian. Tapi Allah jadikan kita dari rahim seorang ibu.
Ads
SAIFUL NANG
Abah Allahyarham Arman
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, bayinya yang baru dilahirkan secara pembedahan.
Mingguan Wanita : Semoga jihadnya melawan sakit, melahirkan anak dan berjuang melawan wabak serta mati dalam redha suami, arwah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dimasukkan di syurga hendaknya. Alfatihah.
Rezeki anak memang tak dapat dijangka. Ada yang cukup mudah untuk mendapat cahaya mata, anak yang menanti bertahun-tahun untuk mendapat rezeki zuriat ini. Namun demikian, pelbagai faktor boleh menjadi punca masalah untuk sukar hamil dan dapat anak ini.
Pakar-pakar meramalkan bahawa kebanyakan pasangan akan memerlukan bantuan perubatan untuk hamil menjelang 2045 akibat pencemaran bahan kimia yang merosakkan kesihatan termasuk kesuburan manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Jumlah Sperma Berkurangan
Profesor Alam Sekitar dan Kesihatan awam Sekolah Perubatan Mount Sinai di Bandar Raya New York, Shanna Swan berkata, pada tahun 2017, beliau mendapati purata jumlah sperma dalam kalangan lelaki Barat berkurangan lebih separuh berbanding tempoh 40 tahun sebelumnya.
“Berdasarkan analisis penurunan sperma pada 2017, saya meramalkan menjelang 2045, kita akan menyaksikan median jumlah sperma sifar.
“Justeru, kebanyakan pasangan dijangka terpaksa menggunakan kaedah persenyawaan dalam makmal (IVF) atau bantuan perubatan lain untuk hamil,” ujarnya.
Peningkatan Jumlah Kemandulan
Tambah Swan, beliau turut melihat terdapat peningkatan jumlah kemandulan dalam kalangan generasi muda.
“Saya mahu berterus-terang mengenai perkara ini meskipun ramai orang tidak suka bercakap mengenainya. Ini adalah masalah pembiakan dan ia mempunyai kaitan dengan alam sekitar.
“Orang ramai sedar bahawa kita menghadapi krisis kadar kelahiran, namun mereka menyatakan ia disebabkan oleh kelewatan melahirkan anak atau pilihan gaya hidup dan enggan mengaitkannya dengan bahan kimia.
“Saya mahu masyarakat sedar bahawa bahan kimia boleh memberi kesan negatif terhadap tahap kesuburan dan menjadi penyebab utama permasalahan tersebut tanpa menafikan faktor lain,” jelasnya kepada akhbar The Guardian.
Bahan Kimia Ganggu Pengeluaran Hormon
Swan bersama para penyelidik lain turut mengkaji kaitan antara bahan kimia yang memasuki badan dan masalah kesuburan serta mengesahkan kaitan tersebut.
Bahan kimia phthalates dan Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam pembuatan plastik boleh mengganggu pengeluaran hormon seks seperti testosteron dan estrogen sekali gus menjejaskan kesuburan. – Agensi
MW:Jika benar ramalan saintis ini, ia agak membimbangkan. Bukan semua pasangan berkemampuan untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk hamil seperti kaedah IVF.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com di bawah ini.
Sudahlah tertipu selama empat tahun, malah salah seorangnya turut menderita diseksa dan dipukul oleh ‘suami’ mereka yang rupa-rupanya perempuan.Dalam kejadian di daerah Nainital, Uttarakhand, India, polis menahan wanita 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.
Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.
“Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.
“Dia menggunakan nama Krishna Sen di akaun laman sosial itu dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki,” katanya.
Menurut laporan media India, polis berkata, Krishna ‘berkahwin’ dengan seorang wanita bernama Kamini pada 2014.
Pada, 2016, Krishna berkahwin pula dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.
Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isterinya itu melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.
Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.
Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.
“Pemeriksaan perubatan juga mendapati dia sebenarnya seorang wanita,” kata Janmejay.
Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya.
Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI. Anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi kebanggan ibunya apabila mendapat anugerah pengetua ‘pointer’ tertinggi.
Malah paling mengundang sebak apabila Rayyan mendapat hadiah tersebut pada hari jadi ibunya.
Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI
Menerusi sebuah video di akaun Instagramnya, ibu tunggal kepada dua orang anak itu berkongsi momen anak sulungnya, Rayyan menerima Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.
Malah Rita juga turut memuat naik video memaparkan anaknya itu menerima sijil dan piala di atas pentas.
Kebahagiaan berganda apatah lagi apabila Rayyan mendapat anugerah tersebut ketika hari jadi ibunya.
“Tahun lepas bday mommy, Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..
“Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌 ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN,” luah Rita.
“Tak Boleh Tahan Air Mata, Bangga Dengan Sis” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet meluahkan rasa bangga mereka terhadap Rita dalam membesarkan dua orang anaknya.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...