Sungguh aturan jodoh itu adalah dibawah kekuasaanNya. Bagaimana kita berusaha untuk mencari terbaik dan pasangan yang lebih ‘sempurna’, namun jika sudah takdir, tiada mampu menolaknya.
10 tahun merupakan satu tempoh yang panjang buat pasangan ini. Ditakdirkan pernah berkahwin dan berpisah sebelum ini, namun ikatan jodoh yang kuat menyatukan mereka kembali baru-baru ini.
Perkongsian kisah pasangan Wan Arnie Wan Yusoff dan Mohd Redha Jalil ini viral di Tik Tok menyentuh hati ramai. Hasil perkahwinan mereka pada 2009 dikurniakan cinta hati Adly Rafeq, hanya mampu bertahan setahun lebih, sebelum membawa haluan masing-masing. Selepas 10 tahun pasangan ini diijabkabulkan kembali pada 20 Mac baru-baru ini.
Berikut catatan yang dikongsikan oleh Arnie Yusoff
Hampir 10 tahun, berpisah.
Mencari haluan masing-masing.
Membina dan mencari cinta yang lebih sempurna.
Mengenali yang lain, mengharungi dugaan hari demi hari.
Hampir 10 tahun juga tak putus doa pohon dariNYA.
“Ya Allah, KAU dekatkanlah aku dengan orang yang baik untukku, agamaku, keluargaku. Jika sebaliknya, KAU jauhkanlah. Berikanlah yang terbaik untukku dunia & akhirat”
Hampir 10 tahun, sayang dan cinta pun sudah beralih arah dengan harapan mencari yang lebih sempurna dari sebelumnya.
Hampir 10 tahun, jika Allah dah katakan “Kun Faya Kun”
Jika Allah SWT berkehendak dan mengkehendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu, MAKA terjadilah ia.
Ads
Lain yang dirancang, lain yang jadi.
Hampir 10 tahun juga, akhirnya kami masing-masing berhenti mencari yang lebih sempurna.
Jika ini takdir DIA, kami cuba melengkapi.
Kami percaya dengan aturan DIA.
DIA yang lebih MAHA MENGETAHUI.
Halal yang indah.
Adly Rafeq, ibu hadiahkan ayah untuk awak yang selama 10 tahun ini, awak memahami ibu dan menemani ibu. Sekarang kita dah bertiga.
MW: Tahniah buat pasangan ini. Alhamdulillah walaupun berpisah hampir 10 tahun, jodoh menyatukan mereka kembali.Semoga ikatan yang baru dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Siapa kata makan nasi itu penyebab gemuk. Jangan tak tahu, banyak dah diet yang diperkenalkan masih mengutamakan nasi dalam hidangan harian mereka. Cuba rahsia awet muda melalui masak nasi dengan 3 cara ini.
Petua ini sebenarnya banyak khasiatnya kepada mak-mak yang nak jaga badan. Tapi nasi yang kita nak makan itu, jika dicampur dengan manjakani tak bolehlah dikongsi dengan suami ataupun anak-anak. Haa. ekskusif kan untuk mak-mak.
Perkongsian masak nasi letak daun pandan atau manjakani atau bawang putih ini dikongsikan oleh Perunding Jamu, Puan Norliza Mohd Salleh.
Akui beliau, setiap bahan-bahan itu mempunyai fungsi yang tersendiri. Betul cara masak nasi itu dan makan ikut sukatan memang boleh buat mak-mak nampak cantik berseri-seri. Kalau mak-mak nak tahu kebaikan setiap bahan itu baca keterangan di bawah ini.
Petua Awet Muda Melalui 3 Cara Masak Nasi
Daun Pandan
“Selalu saya letak dulu daun pandan tu. Untuk beri efek wangi pada nasi yang dimasak. Walau pun tidak menggunakan beras wangi.”
Bila masak guna daun pandan, harum semerbak je satu rumah. Makin tak sabar jadinya nak makan nasi.
Manjakani
Biasanya diisi dalam beras yang ingin dimasak oleh wanita yang gemarkan penjagaan dalaman. Manjakani bersifat bagus untuk memelihara rahim dan dalaman wanita.
Ada juga mak-mak yang benamkan saja manjakani dalam nasi yang sedang nak tanak tu. Terpulang sebenarnya ikut cara mak-mak.
Biasa kalau dalam pantang ramai yang buat begini.
Bawang Putih
Yang isi bawang putih masukkan ketika masak nadi. Khasiatnya pun boleh tahan juga. Bawang putih ini sifatnya buang angin, kurangkan kolesterol serta awet muda dan banyak lagi.
Menurut Norliza lagi, ketiga-tiga cara yang dikongsikan ini pernah dicuba dan menjadi amalannya. Bagus sebenarnya ketiga-tiga cara ini. Masing-masing ada khasiat tersendiri.
Haa… mak-mak pula ada yang pernah cuba? Cara mana agak-agaknya?
Anak meninggal atas menara kren, ibu pasrah ketentuan takdir illahi. Berita kematian seorang operator kren dikenali sebagai Afiq Daniel dari atas menara pada ketinggian 20 m semalam sangat mengejutkan bagi rakan-rakan yang mengenali arwah.
Menerusi akaun Tik Tok @jejakasederhana, rakan kepada arwah berkongsi satu video yang sangat menyentuh hati di mana proses membawa turun mayat Daniel dari atas menara dilakukan.
Anak Meninggal Atas Menara Kren
“Khidmat terakhir seorang sahabat, menurunkan jenazah sahabat sendiri,” katanya yang berkongsi video ini dan sudah disaksikan lebih dari 1.1 juta orang.
Dalam pada itu, sebaik video ini beredar, ibu kepada arwah Daniel atas nama @yusinailias turut menulis “terima kasih semua yang mendoakan anak sulong saya.
Walau hal ini sangat mengejutkan namun ibu kepada arwah iaitu Cikgu Ina pasrah atas takdir yang tertulis ke atas anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, akhbar semalam melaporkan, Afiq Daniel di temui meninggal dunia pada usia 27 tahun di dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC petang semalam.
Arwah dikatakan tidak sedarkan dirinya sebelum rakan sekerja meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter (m).
Komander Operasi Kanan JBPM Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan pada 5.43 petang.
Menurutnya, jentera dengan kekuatan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan mendapati mangsa yang bekerja sebagai operator kren menara tidak sedarkan diri di dalam kabin.
“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun menggunakan bantuan kren menara bersebelahan pada 7.46 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam itu, di video yang sama, rakan yang mengenali arwah memaklumkan, baru bertemu arwah Ahad lalu dan seorang yang sangat baik. Bahkan ramai yang meminta isteri arwah dikenali sebagai Ziema untuk kuatkan hati menghadapi ujian ini. Difahamkan arwah mempunyai seorang anak yang masih kecil. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Idea DIY ikat pensil warna yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ali ini sememangnya akan memudahkan dan menyenangkan kerja mak-mak nak mengendalikan pensil warna anak-anak.
Biasalah anak-anak tengah nak membesar ini. Bukan boleh duduk setempat pensil warna. Kalau tak hari ini hilang sebatang, esok lusa mungkin gagal dikesan. Sudahnya mak-mak kenalah menapak ke pasaraya beli yang lain.
Supaya tak membazir, inilah yang ibu ini kongsi cara mak-mak boleh cuba agar pensil warna anak tak hilang.
DIY IKAT PENSIL WARNA
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensil kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur. Kadang terselit celah sofa. Kadang sampai masuk mesin basuh pun hado.
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lebih susah hati bila anak nak masuk sekolah. Jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit, hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best tak ada budak datang mengadu kat ummi kaler pensil dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy jek. Step dia pun mudah sangat.
Cara Membuat Ikut Panduan Gambar
Alatan yang diperlukan :
Gam tembak
Pensil warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutlah nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensil warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak-corak tu bagi lawa sikit. Tak nak pun takp apa. Nak bagi anak suka je.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....