“Segala Yang Buruk Dari Kekhilafan Sendiri” itulah antara luahan yang dikongsikan oleh pengacara wanita Gegar Vaganza All Stars, Jihan Muse.
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu juga menjadi perbualan netizen apabila gurauannya mengenai bapa kepada Azmi Saat (vokalis Caliph Buskers) telah mencetuskan rasa kurang senang netizen.
“Segala Yang Buruk Dari Kekhilafan Sendiri”
Seperti yang dikongsikan Jihan telah memohon maaf secara peribadi dengan Azmi saat sendiri. Akui dirinya tidak ada niat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang dihebohkan.
“Assalamualaikum.. mengenai is segmen bersama @azmi_saat tempoh hari. Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin yang lalu.
“Tiadalah saya berniat utk mempermainkan nama dan menghina seperti g diperkatakan. Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.
“Begitu juga dengan gurauan yg tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun.
“Bagaimanapun ini adalah pengajaran but saya untuk lebih peka dan berhatiz. Saya terima segala teguran.
“Segala yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.
Ads
Bukan Sesuatu Yang Boleh Dinormalisasikan
“Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiapa saja. la bukan perkara yg boleh dinormalisasikan.
Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini. Teruskan menonton dan menyokong ASGV. Terima kasih,” luah Jihan Muse.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Melihat beberapa penyanyi tempatan tanahair berjaya menganjurkan konsert masing-masing, kini giliran Liza Hanim pula menghadiahkan konsert solo untuk para peminatnya.
Memulakan karier dengan muncul menjadi finalis pertandingan Golden Teen Search oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM, bakat besar yang ada dalam darah Liza Hanim membuat pemilik Vokal Terbaik Juara Lagu 2003 ini menjadi salah seorang penyanyi wanita disegani kini.
Jika tidak masakan dengan banyak lambakan penyanyi baharu, kerjaya seni Liza pemilik nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 43, tidak pernah merudum.
Buktinya, Liza Hanim yang menyertai Gegar Vaganza musim empat kembali mempamer kredibiliti lewat penyertaan dalam program realiti sama untuk musim ke-10 iaitu Gegar Vaganza All Stars — yang disertai bersama mantan-mantan juara Gegar Vaganza.
Seiring pembabitan dalam GV yang memberi peluang generasi baharu mengenal aura seorang Liza Hanim, lagu-lagu miliknya seperti Sejuta Maaf berada dalam carta Muzik-Muzik.
Sudah memiliki tujuh album penuh, kejayaan demi kejayaan seperti Juara Bintang Penghibur RTM 1999, Naib Juara di Festival Muzik Shanghai, China (2000) dan Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik AIM 2022, nama Liza Hanim juga sering digunakan sebagai rujukan penyanyi wanita yang mempunyai kualiti vokal terbaik di tanah air.
Setelah 27 tahun dalam industri, tembang demi tembang yang sudah fasih didendangkan seperti Siapa Sangka Siapa Menduga, Andainya Aku Bersuara, Gelisah Mimpi dan Merawat Luka Terpendam, Liza Hanim buat julung kalinya tampil dengan konsert berskala besar.
Diberi nama Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, konsert ini dibawakan penuh bangga oleh LH Media SB dengan penganjur bersama Laugh Out Loud Entertainment.
Zepp KL dipilih sebagai lokasi untuk menyatukan a bersama peminatnya pada 4 Februari 2024.
“Sebagai penganjur bersama, LH Media SB dan Laugh Out Loud Entertainment tidak akan melepaskan peluang menganjurkan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert kerana penjenamaan Liza Hanim sebagai anak seni dan penyanyi dengan imej bersih dan bakat yang sentiasa disanjung peminat. Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi & Digital melalui MyCreative Ventures Sdn.Bhd.
“Ini akan menjadi momen yang tepat buat Liza Hanim sebagai penyanyi yang sudah 27 tahun bergelumang dengan dunia seni mempunyai sebuah konsert khas buat dirinya dan peminat.
“27 tahun juga dirasakan sudah sangat signifikan dan cukup matang buat seorang penghibur berkaliber seperti Liza Hanim mempamerkan kualiti dan segudang pengalamannya.
“Justeru kami sangat teruja dan berbesar hati untuk melihat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert terlaksana dengan sukses dan meninggalkan momen bukan hanya kepada pihak kami tetapi seluruh peminat yang sudah sekian lama ingin berada dalam ruang konsert milik penyanyi pujaan mereka ini,” ujarShahrin Samsudin, Pengarah Urusan LH Media Sdn Bhd.
Berikrar untuk tidak mahu mengecewakan temu janji perdana bersama peminat lewat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, Liza Hanim sudah merencana untaian hit yang akan didendangkan lalu disambut nyanyi dan penuh sorak sorai pada malam penuh bermakna itu.
“Tentulah saya sangat teruja untuk mengadakan konsert setelah 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.
“Lebih mengujakan selain akan mendendangkan lagu-lagu popular dan malar segar dahulu, saya akan membawakan single terbaru yang dihasilkan oleh komposer hebat, Ajai iaitu Mengertilah,” ujar Liza Hanim yang juga bakat seninya dapat dilihat lewat lakonan berkesan dalam KL Menjerit dan Laila Isabella.
Mengertilah yang dirilis pada 15 September lalu diterbitkan oleh ISK Channel dengan diedarkan oleh Indigital Music. Ia adalah buah tangan terbaharu Ajai buat Liza Hanim selepas 20 tahun.
Tambah Liza Hanim apa yang lebih penting adalah momen pertemuan penuh makna bersama peminat selepas 27 tahun bergelar penghibur yang bakal dicipta kelak.
“Liza Hanim 27 Years Journey In Concert bukan sekadar tentang saya akan mendendangkan lagu-lagu layaknya sebuah konsert.
“Tetapi adalah tentang pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun ini serta berkenalan dengan peminat baharu yang baru mengenal Liza Hanim lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti GV.
“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang apresiasi kepada semua yang tak jemu menghargai dan menyokong karier seni saya,” ujar Liza Hanim mengakhiri perbualan.
Raja Ema tak layan mesej nakal budak muda. Pelakon dan penyanyi 80-an yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan yang juga pemilik nama lengkap, Raja Ema Raja Ibrahim lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal dan tinggal bersama anak-anaknya.
Raja Ema yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar juga begitu mengunci rapat soal kehidupan peribadinya selepas bergelar ibu tunggal lebih 20 tahun. Terbaru Raja Ema mendedahkan pernah menerima mesej nakal daripada pengikut di media sosial miliknya yang mahu mendekati dirinya.
Namun ibu kepada dua anak, Putera Ammar dan Putera Al Kashah ini juga memberitahu terdapat segelintir golongan muda juga memberikan komen kurang menyenangkan. Namun Raja Ema tidak pernah ambil peduli sebaliknya hanya bertindak membuat tapisan setiap mesej diterima di laman sosial miliknya.
“Ada juga mesej-mesej nakal tapi mereka tidak berani melampau dan kebiasaannya pembantu akan tapis semua mesej yang diterima.
“Gangguan di media sosial itu perkara biasa sebab saya anggap mereka ini budak-budak… Kalau saya layan boleh jadi gaduh, jadi lebih baik biarkan sahaja.
“Kalau nak terangkan setiap soalan yang diberi pun susah sebab mereka tidak rasa apa saya lalui.
“Kalau ada cuba pikat, saya selalu beritahu saya ‘single but not available’. Saya gembira kehidupan bersama anak-anak. Mereka pun semua sudah besar dan kami selesa begini,” ungkap Raja Ema seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Raja Ema juga lebih selesa hidup sendiri selepas bercerai dengan bekas suami iaitu penyanyi Sheqal pada 1999.
“Saya juga sibuk dengan kerja termasuk perniagaan makanan yang diusahakan. Semua itu sudah cukup buat saya gembira dan selesa hidup tanpa pasangan,” kongsinya lagi.
Parking depan rumah boleh kena denda RM2000, kenderaan ganggu lalu lintas berdepan disaman. Satu perkongsian di facebook Persatuan Kebajikan Penduduk Sungai Kapar Indah yang mengingatkan warga penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati hingga mengganggu lalu lintas menarik perhatian warganet.
Ini kerana kenderaan yang didapati mengganggu lalu lintas termasuk diletakkan di persekitaran rumah yang didapati menghalang lalu lintas boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan sehingga RM2000.
Memetik laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengakui ada mengeluarkan beberapa notis pemberitahuan kepada penduduk agar tidak meletakkan kenderaan sembarangan di Taman Perumahan Sungai Kapar Indah (SKI) pada Rabu.
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, notis itu dikeluarkan bagi memastikan pemilik kenderaan tidak menghalang laluan kenderaan lain untuk keluar dan masuk.
Menurutnya, notis itu juga penting bagi memastikan pemilik mengalih dan memindahkan kenderaan mereka segera.
“Kepada mereka yang ingkar, tindakan boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 8 (1) Taman MPK 2005 dan dikenakan penalti am tidak melebihi RM2,000,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Norfiza berkata, penguatkuasaan UUK itu adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran taman perumahan berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.
“Kita menasihatkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya dan tidak melanggar peraturan telah ditetapkan,” jelas beliau.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kurang minum air bula puasa kena kencing kotor, ini cara cukupkan 8 gelas sehari lebih mudah. Sebenarnya, macam mana nak minum 8 gelas air sehari masa bulan puasa?