Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Masalah Paru-Paru Kronik
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
Ads
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,” katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.
Ads
Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Ads
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Barisan kabinet baru yang bakal memimpin Malaysia baru sahaja diumumkan semalam.Sebelum pengumuman ini dibuat, ramai yang teruja dan ingin mengetahui barisan kepimpinan negara dibawah kerajaan yang baru sahaja dibentuk ini.
Beberapa hari sebelum pengumuman barisan kabinet ini, pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 51 ada memuatkan satu video didalam postingnya di laman Instagram.
Video tersebut menunjukkan pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini telah ‘mengenakan’ isterinya Dr Jezamine Lim,35 mengenai barisan ‘kabinet’ baru yang dikatakan telah diumumkan.
Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah reaksi ‘win’ Dr Jezamine begitu teruja untuk mengetahuinya namun yang tergelak besar setelah tahu dirinya ‘tertipu’ mengenai ‘kabinet’ tersebut yang merupakan Kabinet IKEA.
Berikut perkongsian video Harith Iskander dengan kapsyen nakal mengusik isterinya;
“Reaksi isteri mengenai berita, senarai terkini barisan kabinet yang diumumkan”
Terdahulu pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,6 Alessandrea Jayne,5 dan Zydane Xayne,3.
Bergurau senda dan usik mengusik merapatkan lagi hubungan suami isteri. Beruntung isteri bila dapat suami jenis suka buat lawak, hilang rasa semua tekanan dan keletihan yang ada sepanjang hari. Hubungan pun tak lah rasa hambar dan sunyi je.
“Buat permohonan rentas negeri ditolak.” akhirnya hanya jenazah jurutera kimia ini saja yang dibawa pulang. Sesuatu yang diluar jangkaan di saat ahli keluarga menanti kepulangannya ke kampung, kini jenazah yang tiba.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan terus kuat menerima ujian yang berat ini.
Buat Permohonan Rentas Negeri Ditolak
Seorang jurutera kimia yang ditemui meninggal dunia selepas merosakkan pintu masjid di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu sebenarnya mahu pulang ke kampung di Terengganu untuk menziarahi bapanya yang tidak sihat selepas enam bulan tidak berbuat demikian.
Arwah Mohd. Sufian Mohd. Said, 28, membuat permohonan untuk merentas negeri sehari sebelumnya, namun ditolak oleh pihak berkuasa kerana dokumen berkaitan tidak mencukupi.
Kakak arwah, Siti Ayu Megawati Mohd. Said, 33, berkata, adiknya yang juga anak lelaki tunggal itu mahu pulang ke kampung di Kuala Berang untuk menjenguk bapa mereka yang kerap diserang asma dan sakit belakang sejak kebelakangan ini.
Nak Balik Kampung
“Biarpun berjauhan, kami kerap berhubung melalui panggilan video dan kali terakhir pada Jumaat lalu. Dia beritahu nak balik kampung walaupun terpaksa berhenti kerja lepas tahu kesihatan ayah semakin merosot.
“Pada hari kejadian, dia pergi ke masjid untuk berjumpa imam bagi membantunya dalam urusan permohonan rentas negeri,” katanya.
Menurut Mas Ayu, dia dimaklumkan arwah sempat bertemu imam masjid sebelum diminta datang semula pada pagi Ahad.
“Entah kenapa adik bongsu saya pergi semula ke masjid pada malam itu. Mungkin dia sangka imam berada di dalam biliknya (di masjid),” katanya.
Cerita wanita itu, setelah permohonan rentas negeri ditolak, dia yang tinggal di Johor Bahru berjanji membantu adiknya dan pulang ke kampung bersama-sama pada Ahad lalu, namun tidak menyangka Mohd. Sufian pulang sebagai jenazah.
“Arwah memang rapat dengan kami. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, dia pulang ke kampung setiap bulan.
“Kami sekeluarga agak terkejut kerana arwah bukan mudah putus asa, malah kerap nasihat kami supaya sentiasa sabar hadapi dugaan hidup,” katanya.
Mahu Disemadikan Di Kampung
Sementara itu, di Johor Bahru, arwah Mohd. Sufian sempat berpesan kepada imam Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang supaya menghantar jenazahnya ke kampung di Kuala Berang sekiranya dia meninggal dunia.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan kekematian mangsa pukul 7.35 pagi, Ahad lalu di rumah sewa lelaki itu di Taman Scientex di sini.
“Rakaman televisyen litar tertutup menunjukkan lelaki itu menumbuk pintu masjid dua kali hingga pecah,” katanya.
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan pada pergelangan tangan kanan dan urat tendonnya terputus. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut.
Mingguan Wanita : Entah apa yang dialami oleh arwah. Ternyata pandemik ini benar-benar menguji semua orang. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terlalu lama membuatkan masyarakat kita semakin sakit. Semoga kisah ini dapat memberi iktibar dan pengajaran buat kita semua.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan rambut yang tak pernah dicuci mahupun dipotong bertahun-tahun lamanya. Sedangkan dua tiga hari tak cuci rambut pun dah berminyak-minyak, gatal, tak selesa serta sakit kepala.
Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun memiliki rambut sepanjang enam meter selepas tidak dipotong sejak dia berusia 19 tahun.Nguyen Thi Dinh dari wilayah Ben Tre bukan sahaja tidak pernah memotong rambut, malah tidak pernah mencucinya sehingga dia dilihat seakan ular tedung.
Sakit Kepala Jika Terkena Air
Portal Odditycentral.com melaporkan wanita itu mengakui tidak memotong rambut sejak remaja kerana mengalami sakit kepala serius sehingga memerlukan rawatan khusus.
Walaupun menerima rawatan, sakit kepala dialami berpanjangan dan semakin pulih apabila rambutnya mulai panjang.Melihat keadaan itu sebagai rawatan, Thi Dinh membuat keputusan tidak memotong rambut sehingga kini.
“Saya juga tidak mencuci rambut kerana sakit kepala jika terkena air,” katanya.
Selepas tidak memotong rambut selama 64 tahun, Thi Dinh mengalami kesukaran bergerak kerana panjangnya mencecah enam meter.
Sejak 1990, wanita itu dibenarkan tinggal di tokong untuk memudahkannya beribadah dan menjalani gaya hidup sihat. Sehingga kini rambutnya tumbuh
10 sentimeter sebulan.
Rambutnya kini bertukar putih seiring peningkatan usia dan turut menjadi tarikan utama pengunjung tokong berkenaan.
MW: Macam-macam hal. Memang tak dapat bayangkan macam manalah kalau rambut dibiar panjang tak potong apatah lagi tak bercuci bertahun-tahun.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...