Zaman ekonomi sekarang, ramai yang diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan. Memang pening kepala bila memikirkan hutang banyak yang perlu ditanggung dan tak mampu untuk dibayar. Sebenarnya selain berusaha keras, ‘pergantungan’ kita pada Allah juga memainkan peranan dalam memberikan rezeki yang mencurah-curah, sekaligus membantu melangsaikan hutang yang ada.
Boleh baca perkongsian Puan Zarini Jaafar sebagai panduan;
“Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar.Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagainya.Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team.Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja”
“Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya”.
1. Berdoa Rezeki Bayar Hutang
Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah pada mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.
2. Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh
Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi.
3. Ucap Kesyukuran Pada Allah
Selepas tu baru Dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bagitau ya Allah terima kasih bangun lagi pagi ni untuk mohon ampun. Ya Allah terima kasih ada suami yang baik.
4. Senaraikan Nikmat Pemberian Allah
Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak.
5. Jaga Aurat
Jaga aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.
Ads
6. Istighfar, Dhuha & Syukur
Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyaknya rezeki. Saya biasanya buka handphone selepas jam 10 pagi selepas saya siap 3 diatas.
7. Banyakkan Zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil”
Sepanjang bekerja banyakkan zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil” – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.
8. Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur
Saya berhenti rehat 10 min sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu zuhur.
9. Selepas solat amalkan;
33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
sambung keje.
10. Baca Al Mulk Sebelum Asar
Stop 10 minit sebelum Asar untuk baca Al Mulk dan Asar awal waktu.
Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
Ads
11. Lebihkan Masa Dengan Keluarga
Lebihkan masa bersama keluarga selepas Asar sehingga Maghrib jemaah sama-sama sehingga lah Isyak berjemaah. Tak dapat di masjid, amalkan di rumah.
12. Amalkan Sedekah Setiap Hari
Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak..saya buat air sirap, buh dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah. Tu je saya mampu masa tu.
13. Utamakan Bayar Hutang
Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.
14. Amalkan 1000 Istighfar Sebelum Tidur
Sebelum tidur amalkan 1000 Istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian.
15. Solat Taubat Sebelum Tidur
Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tidur awal jam 10 malam bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi. Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.
Ads
16. Tahajud, Merayu Berdoa Betul-Betul
Masa ni jam 4 pagi awak tahajud mintalah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa, bila nak bayar.
17. Minta Maaf Dengan Suami Sebelum Tidur
Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat, lebihkan suami daripada bisnes. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.Duk baik-baik, saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.
18. Redha Ketentuan Allah
Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
19. Belajar Rendahkan Ego
Mula belajar rendahkan ego, kalau orang tu berjaya pergi jumpa dia belajar, hormat guru kita. Sentiasalah merendah diri ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri, kau hanya meminjam.
20. Jaga Orang Tua
Jaga orang tua, berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk jaga arwah mak sediri.Keluar masuk wad dengan dia sehinggalah mandian terakhir di pangkuan saya.
Saya tiada apa-apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat yang sedang terbelenggu dengan hutang, cuba boleh amalkan perkongsian wanita ini. Tak dapat lakukan semua, cubalah buat yang termampu dan seadannya, semoga segala hutang yang ada dapat diselesaikan atas pergantungan kita pada Allah selain berusaha.
Potong Rambut Di Salon, Betul Ke Muslimah Kena Bawa Balik Tanam
Potong rambut di salon, apa yang anda perlu buat dengan lebihan rambut yang sudah dipotong itu? Paling tidak kita biarkan tukang gunting uruskan.. betul tak? Rupanya sebaik dipotong, rambut perlu ditanam ya mak-mak. Hadam penjelasan yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, yang juga penulis buku, Ustaz Mustafar Mohd Suki.
Apatah lagi rambut itu sendiri adalah aurat bagi wanita. Yang mana ia ialah bahagian wajib yang perlu dipelihara daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram. Namun, bagaimana cara yang sesuai malah terbaik untuk membuang atau melupuskan rambut yang telah dipotong supaya aurat wanita ini tak dilihat oleh sesiapa pun.
MEMOTONG RAMBUT BAGI WANITA ASALNYA ADALAH DIHARUSKAN OLEH SYARAK. TETAPI MESTILAH TIDAK MENYERUPAI LELAKI, MENIRU ORANG KAFIR DAN SELAINNYA.
Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim yang mana Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW pernah memotong rambut mereka. Para ulama berbeza pandangan dan pendapat berkenaan hukum rambut wanita yang telah dipotong sama ada ia dikira sebagai aurat atau tidak.
Mazhab Syafie menyatakan, ia ialah aurat dan wajib dipelihara daripada pandangan bukan mahram. Sementara itu, Mazhab Hanbali tidak menganggapnya sebagai aurat kerana ia perkara yang sukar dielakkan seperti rambut, bulu dan selainnya.
Cara Urus Lebihan Rambut Yang Dah Dipotong
Adapun, cara menguruskannya yang paling terbaik adalah dengan menanamnya dan ia termasuklah kuku dan bulu-bulu seperti pandangan Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj dalam Mazhab Syafie.
Mentua selepas anak berkahwin harus menghormati privasi anak menantu. Ada pasangan suami isteri menerima tawaran ibu bapa mentua untuk tinggal bersama. Tanpa memikirkan keselesaan pasangan, tawaran diterima umpama pucuk dicita ulam mendatang.
Mentua Bebas Masuk Bilik Anak Menantu
Tapi, pernah tak terfikir soal keselesaan dan privasi suami isteri? Bab aurat sudah tentunya terbatas kerana ada adik-beradik lain yang tinggal sekali. Lagi merimaskan bila mentua masuk ke bilik tanpa kebenaran. Ramai para-para suami ambil remeh dalam hal sebegini.
HUKUM IBU MASUK BILIK ANAK LELAKI YANG DAH BERKAHWIN TANPA IZIN/KEBENARAN ANAK ATAU MENANTU PEREMPUANNYA
SUAMI JANGAN AMBIL MUDAH.
SOALAN : Apakah hukum ibu masuk bilik anak lelaki yang dah berkahwin tanpa izin anak atau menantu perempuannya?
JAWAPAN : Dia sebenarnya ada hukum juga. Jangan pakai modal syurga suami di bawah telapak kaki mak, syurga isteri bawah telapak kaki suami. Kalau begitu sampai ke tua isteri terseksa.
ADA JAWAPANNYA, KALAU BENDA YANG MEMUDARATKAN ISTERI, MASAM MUKA DENGAN MAK MERTUA KE,ADIK IPAR KE, KAKAK IPAR KE, ABANG IPAR KE DAN SEGALA IPAR YANG ADA TU SUAMI HARAM KUMPULKAN ISTERI DALAM RUMAH TU. DIA WAJIB BAWAK ISTERI PINDAH. DALAM BAB KAHWIN HATI ISTERI KENA JAGA JUGAK.
Kalau isteri tak bahagia sebab sikap keluarga suami kena pindah. Nak kahwin kena belajar. Jangan sebab syurga suami bawah terlapak kaki ibu dia, isteri seksa jiwa raga. Haramlah perbuatan sebegitu. Ada benda kita bertolok ansur, ada benda tak boleh bertolak ansur. Jangan ambil mudah perkara sebegini.
Suami Wajib Bawa Isteri Pindah
JAWAPAN TANYALAH USTAZ : Anak lelaki kena bagi tau mak. Sebab bilik ini privacy. Kalau betul mak dia bagi guna bilik itu untuk anak dan menantunya, jadi mak dia kena tahu adab. Bilik tidurkan memang privacy space.
Kalau mak dia kata rumah “aku ikut pandai aku la”
Maknanya si anak kenalah pindah dengan segera. Lagi pun anak-anak yang sudah berkahwin ini tak boleh duduk tinggal dengan mak ayah. Kena belajar hidup sendiri. Melainkan kalau mak ayah itu uzur. Anak- anak boleh duduk sekali sebab nak jaga mak/ayah.
Masalah Kepadatan Tanah, KUBUR BERTINGKAT Inisiatif Pengebumian Jenazah Baharu! Pelaksanaan kubur bertingkat di Masjid Al Jamiul Badawi di sini, menjadikan rumah ibadat itu sebagai perintis kepada masjid lain di Pulau Pinang dan seluruh negara untuk mempelajari konsep berkenaan.
Inisiatif Atasi Masalah Kepadatan Tanah
Ia berikutan kebanyakan masjid kini berdepan dengan masalah kepadatan tanah sehingga menyukarkan pengebumian jenazah baharu dilakukan dan memerlukan inisiatif lain bagi menyelesaikan isu yang dihadapi.
Pengerusi Kariah Masjid Al Jamiul Badawi Datuk Shariful Azhar Othman berkata, satu mesyuarat diadakan terlebih dahulu bagi mencapai persetujuan sebelum melaksanakan kubur bertingkat terbabit.
“Pada mulanya, pihak pengurusan ingin membeli sebidang tanah baharu bagi menyelesaikan masalah kepadatan (kubur) namun mendapat rungutan waris yang mahu semua ahli keluarga mereka dikebumikan di tanah perkuburan sama.
“Bermula dari situ, timbul idea melaksanakan kaedah kubur bertingkat yang mana model pelaksanaannya kita belajar dari sebuah masjid di Alor Setar, Kedah.
“Kemudian kita adakan perbincangan dan usulkan sebelum mendapat persetujuan semua yang akhirnya sistem kubur bertingkat dilaksanakan di tanah perkuburan masjid ini pada 2002,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, tanah perkuburan di masjid berkenaan dianggarkan berusia lebih 100 tahun semakin padat sehingga pada suatu ketika tidak ada lagi ruang untuk pengebumian jenazah baharu.
“Untuk membeli tanah baharu, ia memakan kos yang amat tinggi hingga ratusan ribu ringgit.
“Maka sistem kubur bertingkat ini dilaksanakan melalui kutipan zakat dan sumbangan kerajaan negeri,” katanya yang memaklumkan tanah perkuburan terbabit mampu bertahan sehingga 70 tahun.
Tambak Tanah Kubur Lama
Mengulas lanjut, Shariful Azhar berkata, kaedah kubur bertingkat itu adalah yang mana kubur lama ditambak dengan tanah sedalam lebih satu meter dan di atasnya ada jenazah baharu yang akan disemadikan.
“Jadi ia tidak mengganggu kubur lama bahkan lebih kemas dan tersusun, sekali gus memudahkan waris melawat.
“Ketika ini kubur bertingkat ini hanya terdapat dua lapisan dan kita tidak berhasrat untuk menambah bilangan lapisan kerana agak mustahil memandangkan ketinggiannya sudah melebihi lantai masjid,” katanya.
Katanya, masjid di bawah kelolaannya kerap mendapat kunjungan pihak luar untuk lawatan sambil belajar dalam mengatasi masalah serupa.
“Kita bukan sahaja menerima kunjungan dari wakil masjid di negeri ini tetapi juga beberapa negeri lain yang mahu mempelajari konsep ini. Pihak kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka,” katanya.
Mingguan Wanita:Menarik inisiatif ini dalam menyelesaikan masalah kepadatan tanah sekaligus menyelesaikan pengebumian jenazah baru. Semoga kaedah ini boleh digunakan oleh pihak masjid lain untuk tanah perkuburan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...