Gambar hiasan

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Jika nak tau tuan rumah itu seorang pembersih dan pentingkan kebersihan, lihatlah keadaan dalam bilik airnya.Sama ada baunya wangi, lantainya licin berkilat bersih atau sebaliknya. Rupanya mungkin ramai yang tak tahu bahawa bilik air kotor juga boleh jadi salah satu asbab punca rezeki tersekat dan payah nak masuk.

Jemput baca perkongsian daripada Siti Nadiah ini;

Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.

PERTAMA

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah, termasuk dalam zon selamat.

KEDUA

Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.

Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah kawasan yang kotor, tempat tinggal SYAITAN & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.

Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?

  • Tandas kotor, adakah bilik air anda bersih seperti ini?
  • Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
  • Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
  • Sinki dalam bilik air berkerak?
  • Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
  • Pintu bilik air sentiasa terbuka?

Bila bilik air kotor, Syaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan. Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Syaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.Maka dari situ punca rezeki tersekat! Macam mana?

Akibat Bilik Air Kotor

  • Syaitan dan Jin akan meruntuhkan kasih sayang yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. Anak jadi biadap, Isteri hilang hormat pada suami,suami pemalas!
  • Sifat-sifat negatif akan banyak dalam diri kita contohnya iri hati, cepat sentap, rasa diri selalu betul orang lain salah, sombong, bongkak, lupa Allah (Tak solat, puasa dan berzakat).
  • Bila kita melakukan sesuatu perniagaan, emosi kita haruslah stabil.Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
  • Bermula hari ini, kena rajin basuh bilik air.

Godaan Syaitan & Jin Dalam Bilik Air

Sementara itu, godaan Syaitan dan Iblis di bilik air bermacam cara. Oleh itu, elakkan berlama-lama didalam bilik air. Contohnya Syaitan dan Iblis menggoda manusia agar;

1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar muzik).
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak sopan.
8. Melakukan Wuduk sambil telanjang.
9. Menconteng dinding bilik mandi.
10. Merancang kejahatan.

Oleh itu berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik.

Baca Disini: Kenapa Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk & Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rajin-rajin lah cuci bilik air dan pastikan ia selalu bersih, agar rezeki tidak tersekat. Malah gunakan bilik air mengikut keperluan sahaja, tidak perlu berlama-lama di kawasan tersebut.