Pemergian ibu mentua penyanyi Ernie Zakri, Allahyarham Wan Faaizah Karim, 55 meninggalkan kesan kesedihan buat menantu ini. Bak kata Ernie, ibu mentuanya itu seorang yang terlalu baik, kelakar, sporting malah ‘kaya’ dengan pesanan dan nasihat.
Biar pun cuma sempat bersama arwah ibu mentua selama 5 bulan saja. Ernie yang juga isteri penyanyi, Syameel ini redha dengan pemergian insan yang membesarkan suaminya.
Arwah ibu mentuanya ini terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.09 malam 23 Ogos lalu.
5 Bulan Saja Allah Pinjamkan Umi Untuk Saya – Ernie
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah.
Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis. Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat.
Ads
I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother & father in law ever. MasyaAllah.
Ernie Zakri Redha Pemergian Ibu Mentua
Anak anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah. Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah swt lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan.
Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah swt yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah swt balas kepada anda semua.
Ads
Kenangan bersama ibu dan ibu mentua di hari bahagia Ernie.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Syameel dan Ernie Zakri, semoga Allahyarham Wan Faaizah Karim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz. Tidak akan tercepat sesaat atau terlewat seminit.
Beginilah perhubungan antara ibu dan anak. Jika dua hari lalu, Nur Lezarra Abd Talib, 9, ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di rumahnya di Kampung Gual To’Deh yang sedang dilanda banjir sebelum disahkan meninggal dunia, hari ini, ibunya, Yusnieta Mohd Lawi, 40 mengikut jejak anaknya bertemu Sang Pencipta.
Budak 9 Tahun Meninggal Akibat Sawan
Dalam satu perkongsian dari saudara terdekat mereka, memaklumkan bahawa Yusnieta yang sebelum ini demam ketika anaknya mengalami serangan sawan sebelum dirinya ditemui dalam keadaan tidak dapat bergerak dengan tangan kirinya menjadi lembik seperti terkena serangan angin ahmar.
Berkongsi hal menyedihkan ini, situasi adik dan ibunya disaksikan oleh Muhammad Denish yang berusia 14 tahun.
Jelas Muhammad Denish, dua hari lalu, sekitar jam 1.30 pagi, dia ada melihat adiknya
ke tandas sebelum arwah datang menghampirinya dan meminta untuk tidur di ruang tamu bersama-sama.
“Bagaimanapun, adiknya itu sekali lagi dilihat menggelupur kesakitan seperti terkena sawan dan dia sempat membantu menggosok tubuh arwah sambil menasihati adiknya agar bersabar.
“Manakala ibunya, Yusnieta Mohd Lawi, 40, yang juga sedang demam ketika itu bangun membantu menenangkan Nur Iezarra dengan membuka ayat suci al-Quran sebelum dia dilihat tidur semula.
“Bagaimanapun, ketika saya bangun pagi tadi saya pelik melihat Iezarra tiba-tiba tidur dalam keadaan tertiarap di hadapan bilik ibu malah dia masih tidak bergerak sehingga ke tengah hari,” katanya.
Muhammad Denish berkata dia cuba mengangkat adiknya namun terkejut apabila badan Iezarra seperti sudah mengeras dan terus mengejutkan ibunya yang juga disangkakan sedang tidur.
“Kemudian saya terkejut apabila ibu pula namun badannya sudah lembik sebelum disahkan meninggal dunia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehidupan Norhakilah Ali, 46, diuji sebaik suami disahkan alami masalah mata. Hilanglah mata pencarian dari suami. Terpaksalah ibu tiga anak ini meneruskan pekerjaan sebagai tukang cuci di bilik bedah dekat sebuah hospital di Kedah.
Demi nak cari duit, Norhakilah yang membahasakan dirinya Kak Ilah ini bekerjalah siang dan malam. Membanting tulang empat kerat, tak kira siang atau malam.
“Segala perbelanjaan keluarga semua atas bahu saya. Suami yang tak dapat bekerja akibat masalah mata. Sejak itu, ekonomi keluarga kami mengalami masalah.”
Beban hutang dan perbelanjaan anak-anak sekolah buat Kak Ilah makin tak lena tidurnya.
“Hari-hari saya menungkan nasib keluarga. Lagi-lagi, sayalah tulang belakang keluarga sekarang. Memang tak ada orang lain yang boleh diharapkan.”
Kakak Takut Hendak Mulakan
Cerita kesusahan kakak cukup diketahui adiknya, Nurul Husna Ali, 31 tahun. Semasa kakaknya bersusah payah itu, dia masih lagi bekerja di Kuala Lumpur.
Husna juga tahu yang kakaknya ada membuat kerja sambilan membuat kerepek pisang demi menampung keluarga. Dah lebih 10 tahun pun kakaknya buat kerja sambilan itu. Tapi masih ditakuk yang sama.
“Kerepek pisang ini sudah lama saya usahakan, tetapi saya akan buat bila ada permintaan sahaja kerana waktu saya terbatas. Ada juga saya perlu tolak permintaan mereka.”
Husna tahu kakaknya boleh berjaya jika tahu cara bagaimana mahu menjadikan perniagaan kerepek pisangnya berjaya dan melebar luas pasarannya.
Jadi, dia beritahu pandangannya tentang apa yang kakak perlu lakukan. Kakak dengar saranannya tapi kakak tak mahu laksanakan.
“Dia takut kalau idea yang saya kongsikan itu nanti memakan diri. Tak berjaya. Mana nak bayar hutang.. mana nak sara hidup anak-anak. Sudahnya tak menjadi.”
Syukurlah Husna tak pernah berputus asa dan tetap dan berjaya memujuk kakak dengan bersyarat.
Ini Syarat Yang Adik Letak Dekat Kakak
Waktu itu, Husna masih lagi bekerja di Kuala Lumpur. Niat nak bantu kakak, Husna beritahu kakaknya yang dia mahu berhenti kerja dan fokuskan perniagaan kerepek yang dilakukan kakaknya secara sambilan.
“Saya yakinkan kakak. Beritahu yang saya tahu cara nak pasarkan selain secara tradisional. Akhirnya kakak setuju nak berhenti kerja.” Maka pada awal Mac 2018 kakaknya buat kerepek sepenuh masa.
“Masa itu, saya beri suntikan modal dan dalam masa yang sama sokongan moral. Mulalah saya buatkan perancangan supaya kakak nampak apa yang kena kami lakukan untuk lebih maju dan capai income untuk sebulan.”
Husna pun mulakan platform online dengan membuat fb page Maryam Golden Crunch. Diam tak diam, dari setandan pisang itu, hari ini adik beradik ini dah boleh hasilkan dekat 10 ke 20 KG kerepek pisang dipasar sekitar Kedah dan Selangor.
“Tugas emak mengupas kulit pisang, suami pula cari pisang di pelosok kampung. Ada juga guna pisang yang ayah tanam. Tapi masih belum cukup permintaan. Semuanya dihasilkan secara manual di rumah dekat Lorong Becah Harimau, Kg. Lanjut Malau, Kedah.”
Sabar.. Nanti Allah Permudahkan Segalanya
“Syukur ke hadrat ilahi kerana adik saya membuka minda dan banyak membantu untuk pasarkan, sekarang ini bukan sahaja saya dapat ringankan beban keluarga. Secara tidak langsung saya dapat membantu emak dan ayah saya melalui penghasilan kerepek pisang ini.
“Usaha ini dapat mengukir senyuman kami sekeluarga. Senyuman yang diukir dari hati yang tenang mahal harganya.
“Bagi saya dan untuk wanita di luar sana, jika kita dapat mengenali kemahiran yang di anugerahkan daripada Allah, kita jangan abaikan atau persiakan.
“Mana tahu itu adalah punca rezeki yang dah tertulis. Benar kata Rasullullah 9/10 adalah punca kekayaan daripada perniagaan. Biarpun pada permulaan secara kecil-kecilan. Berkat ilmu, kesabaran, InsyaAllah akan permudahkan segalanya.”
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
Durian belanda ni selalunya dibuat jus. Rasanya bukan sahaja sedap dan menyegarkan, tapi daunnya pun banyak khasiat yang tersendiri. Air rebusan durian belanda dipercayai sangat baik untuk kesihatan rupanya.Banyak kajian yang telah dijalankan mengenai khasiat dan manfaat daun durian belanda ini.
Berikut antara kelebihannya;
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
4. Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya..
Kredit: Izzat Mustafa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu dan anak kecil ditemui hampir reput dalam rumah, sudah bercerai dengan bekas suami. Bau busuk dari sebuah rumah berkunci menemukan sesuatu mengejutkan iaitu...