Isteri aktivis dakwa jadi mangsa keganasan rumahtangga, terperangkap dalam perkahwinan demi anak-anak. Satu pendedahan mengejutkan dari seorang isteri, Nadzirah Yaacob yang juga merupakan isteri kepada seorang aktivis,  Khalid Mohd Ismath apabila membuat pengakuan didakwa mental dan secara seksual sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam satu pengakuan berani dan terbuka di twitternya malam tadi, Nadzirah memaklumkan, suaminya itu telah pun didakwa dan diikat jamin kerana melakukan keganasan rumahtangga terhadapnya.

Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga

Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga, Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak

Tambahnya lagi, dirinya didera dan dikasari secara seksual dan mental sepanjang perkahwinan mereka.

“Dia juga menghendap saya dan menggangu rakan kerja saya. Hal ini telah berlarutan selama hampir 10 tahun,” kata Nadhirah sambil menambah, dirinya mendapat tahu bahawa lelaki tersebut telah memfitnahnya berlaku curang.

“Bukti” yang telah dia kongsi kepada kawan-kawan sebenarnya merupakan bukti keganasan dia terhadap saya,” katanya yang menulis quote di twitternya @EiraNy.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga

IKLAN

Tular Video Wanita Kena Tomoi, Dibelasah Ala Perlawanan Wrestling Tanpa Belas Kasihan

Mentua Toksid Wujud, Biasa Suka Bebankan Anak Menantu Beli Barang Mahal & Buat Pinjaman

Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang, Tinggalkan Dunia Glamor Kini Jual Ayam Di Pasar

Tidak Boleh Hidup Tanpa Suami Kacak, Wanita Ini Sanggup Merana Selama Tiga Tahun

Dalam pada itu, wanita ini turut mendakwa keluarga Khalid Mohd Ismath masih mempertahankan anak mereka walau pun telah dimaklumkan apa yang telah dilakukan oleh anak mereka terhadap dirinya.

IKLAN

“Mereka juga telah membayar ikat jamin untuknya bagi pertuduhan keganasan rumahtangga terhadap saya, mencaci maki saya apabila mendapat tahu dia ditahan atas pertuduhan tersebut.

Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak

Jelas Nadzirah lagi, selama ini dirinya terperangkap dalam perkahwinan demi kepentingan anak-anak.

Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga, Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak

“Saya memutuskan untuk berkongsi kisah saya kerana saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan Khalid Mohd Ismath.

“Saya telah menerima mesej dari kawan-kawan yang bertanya keadaan saya dan anak-anak. Saya harap kawan-kawan boleh memberi ruang dan menghormati privasi saya dan anak-anak buat masa ini.

IKLAN

Dalam dunia aktivis, Khalid Ismath pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pernah ditahan kerana menghina Yang Dipertuan Agong.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI