Tidak boleh hidup tanpa suami kacak, wanita ini sanggup merana selama tiga tahun dalam rumah tangga toksid. Tenyata cinta itu memang buta.
Walaupun tak bahagia, wanita ini kuat menempuh dugaan selama tiga tahun biarpun realitinya dia tak bahagia.
Tidak Boleh Hidup Tanpa Suami Kacak
Seorang wanita di Hunam, China dikatakan sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.
Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.
Sanggup Merana
“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.
Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.
Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.
Malahan menerusi portal berita itu, suaminya yang berwajah kacak itu sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.
Mingguan Wanita : Mungkin wanita ini memberi peluang kepada suami, tetapi tempoh tiga tahun yang diberi bukan satu jangka waktu yang pendek. Cukup-cukuplah dan sayangilah diri sendiri dan anak yang bakal lahir.
Semakin besar ahli keluarga, semakin besarlah belanja. Benarlah kata-kata yang sedang viral betapa hidup berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah. Khairunnisa Hamzah, berkongsi realiti perbelanjaan dapur keluarganya yang setiap 2 minggu boleh mencecah RM1000.
Itu pun, kadangkala cuma mampu bertahan seminggu saja. Dan ini yang ibu ini senaraikan. Mengapa sehingga sebegitu sekali kosnya. Namun, percayalah biarpun kos untuk membesarkan anak-anak boleh mencecah RM1000, rezeki untuk anak-anak itu tetap ada.
Saya tertarik dengan statement berikut,
“Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu.
Nak tahu mak kata apa?
Mak kata, “Kasar kau belanja”
Saya terdiam…
Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang ada anak ramai ni nak hidup setiap hari.
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan.
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi.
Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat.
Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak”
Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar”
Anak ramai, belanja besar.
Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga.
Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata…
“You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju”
Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Kawan,
Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita.
Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita.
Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi.
Macam hal anak sekarang ini,
Duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari.
Ini bukan saja-saja,
Tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari.
Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini”
Buat semua ibu ayah di luar sana,
Bertabahlah..
Terus kuat.
Reda, ikhlas,
InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Mingguan Wanita :Inilah realitinya kehidupan berkeluarga lagi-lagi yang punya anak ramai. Kos belanja dapur mencecah RM1000 untuk dua minggu bertahan, itulah kenyataannya. Dengan harga barangan dapur yang semakin tak murah dari sehari ke sehari. Semoga mak ayah terus dimurahkan rezeki olehNya.
Sumber/Foto : Mommy Dekor, Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
#makanaklima
#mommydaddydecor
#DekorDekorCinta
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami, kalau bab-bab puji diri memang suka sangat. Kiranya dialah orang yang paling baik, suami penyayang dan suami contoh. Itu kawan-kawan yang cakap.
Ini tnetnag puji, belum lagi nasihat. Kalau sebelum kahwin, boleh saja suami dengar apa yang isteri cakap. Tapi, bila dah berkahwin, kata-kata nasihat kawan dia lagi penting.
Begitulah, cepat sungguh berubah. Bukan bermakna semua semua begitu ye! Zmungkin hanya segelintir saja.
Tak tahulah apa yang dirasakan puji atau nasihat kawan dan orang luar lagi penting daripada isteri. Sedangkan isteri inilah yang lebih kenal luar dan dalam suami. Bahkan bau kentut pun boleh tahu.
Adakah sebab suami ini ego? Ketahuilah tiada pujian dan nasihat yang paling jujur selain daripada isteri sendiri.
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Mingguan Wanita : Betul sekali, nasihat dan pujian isterilah yang paling ikhlas. Kena ingat tu wahai suami.
“Ibu ingin selamatkan anak-anak.” Namun akhirnya kesemua ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan kerana terhidu asap kebakaran.
Kasihnya seorang ibu hingga ke syurga, begitulah pengorbanan seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi anak-anak tercinta.
Amat memilukan apabila kebakaran tersebut bukan saja meragut nyawa anak-anaknya malah turut mengorbankan nyawa sang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya.
Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.
Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.
Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.
Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.
Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.
Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.
Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.
Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga suami ini tabah berdepan dengan kehilangan isterinya dan anak-anak sekaligus. Tentu berat untuk kakinya melangkah untuk meneruskan hidup.
Dihempap blok konkrit tiba-tiba, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme sempat memohon agar ibu tidak memarahinya sebelum maut.