Melewati facebook Dr Hani Mynisatau nama sebenarnya Norhanisah Abdullah, 31 tahun sememangnya mengagumkan terutama bab pengurusan rumah tangga. Sangat sistematik, tip top dan boleh dijadikan contoh terbaik mak-mak.
Perkongsian cara kira beli barang dapur dan simpan barangan itu bagus untuk dipraktikkan oleh mak-mak super sibuk. Sebabnya jika betul cara pembelian dan penyimpanan, barang dapur seperti protien dan sayuran ini boleh kekal segar sampai 2 minggu.
Rutin beliau untuk penyediaan ini hanyalah dilakukan pada hujung minggu.
“Selalu beli barang dapur seminggu sekali, bulan ni cuba beli barang dapur untuk 2 minggu terus. Nak tengok sejauh mana penjimatannya. Sebelum ni untuk barang basah (protein dan sayur) kitorang peruntukan RM150 seminggu. So jom kira utk dua minggu ni jimat dia macam mana.”
Buat Kira-kira Beli Barang Dapur
Ayam dua ekor (4kg lebih) = RM 33
√ Dapat masak 6 jenis masakan
Daging lembut (top side) (1kg) = RM20
√ Dapat masak 2 jenis masakan
Sotong 2 kg = RM22
√ Dapat masak 5 jenis masakan
Udang 1/2 kg = RM 14
√ Jadikan perencah untuk 3 jenis masakan
Ikan kembung batu 1kg = RM8
√ Untuk satu jenis masakan
Ikan pari (satu potong) = RM17
√ Untuk dua jenis masakan
Ikan bawal (2 ekor) = RM18
√ Untuk satu jenis masakan
Ads
Jumlah barang basah untuk 20 jenis lauk (untuk tiga minggu dah ni) = RM 132
Sayur pun Hani beli untuk dua minggu gitu. Untuk sayur minggu ke dua , hani beli sayur jenis buah instead of beli yang jenis berdaun. Sayur jenis buah lebih tahan lama (sesuai untuk minggu kedua) kalau betul cara simpannya.
Kos beli sayur semua = RM45
Jumlah keseluruhan = RM177 (berbanding RM300/dua minggu sebelum ni, jimat sangat ni)
Kesimpulan: maka nya lepas ni berbanding shopping seminggu sekali, boleh lah shopping dua atau tiga minggu sekali. Lagi menjimatkan.
“Hani sejenis rancang dulu menu mingguan sebelum membeli. Lebih jimat duit (sebab tak beli benda yang luar keperluan) dan jimat masa (tak perlu hari-hari fikir nak masak apa hari ni)”
Detail Cara Penyimpanan Barang Dapur
Protein
Daging ayam = basuh bersih-bersih, asingkan portion dalam satu bekas untuk satu lauk
Daging lembu = tak perlu basuh, asingkan portion dalam satu bekas untuk satu lauk. Elok potong siap-siap.
Ads
Sotong = siang dan basuh bersih, potong siap-siap (ikut jenis lauk), dulu Hani tak letak air, tapi saja nak try untuk stok dua minggu ni, Hani letak air.
Udang = siang dan basuh bersih, asingkan ikut portion lauk dalam bekas berbeza, rendam dalam air.
Ikan kembung = siang dan basuh bersih, rendam dalam air.
Ikan pari = gaul dengan air asam jawa (selama 15 minit macam tu), basuh bersih dan masukkan dalam bekas, tak rendam dalam air.
Ikan bawal = gaul dengan air asam jawa, basuh bersih dan masukkan dalam bekas, tak rendam dalam air.
Sayur guna teknik rendaman:
Taugeh
serai
Bunga kantan
Lobak Halia lengkuas kunyit hidup
Sayur guna teknik plastic wrap Labu air Kobis Kobis bunga Timun
Ads
Sayur masuk dalam plastik kedap udara @ ziplock bag (lapik tisu dapur)
Terung Kacang buncis @ panjang Sayur berdaun
Sayur masuk dalam bekas berlapikkan tisu kering
Cili-cili Limau-limau Daun-daun Tomato
Masukkan dalam bekas transparent.
Menu mingguan dalam meal binder Hani.
Detail perancangan menu mingguan kat story highlight.
Tip Beli Sayur Untuk Mak-mak
Tipikal kebanyakan isteri dan mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau Hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronoknya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susahnya nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.
Sayur berdaun (sawi bayam kangkung) – pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)
Bendi – selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu. Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur. Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.
Kacang panjang – sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim tak ada benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.
Tomato – nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.
Timun – timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkal nye hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.
Peria – peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar
Lobak – pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.
Sayur berubi – macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.
Terung – pilih yang warnanya sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung panjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung).
Kesabaran ada batasnya, berhati-hatilah dalam berkata-kata jangan sampai menghina dan menyakitkan hati orang lain.Bila hati dah sakit dan geram, macam-macam perkara boleh dilakukan sehingga sanggup meracun dan membunuh ahli keluarga sendiri!
Memetik laporan Hindustan Times, akibat tidak tahan sering dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.
Guna Racun Ular
Dalam kejadian di daerah Raigad, tertuduh didakwa mencampurkan sejenis racun untuk membunuh ular ke dalam kuah dal yang dihidangkan kepada tetamu. Menurut pihak polis, tertuduh, Pradnya Survase, 23 tahun, sering dihina oleh keluarganya kerana warna kulitnya dan tidak pandai memasak.
Sehubungan itu, polis juga berkata, Survase mempunyai niat untuk membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang birasnya yang sering melontarkan kata-kata hinaan hampir setiap hari.
“Sejak perkahwinannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.
“Survase yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya mempercayai saudara mara beliau juga telah merosakkan hubungannya dengan suami,” kata jurucakap polis kepada Hindustan Times.
Dianggarkan 120 orang tetamu hadir ke majlis berkenaan yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, lapor media tempatan. Bagaimanapun, tetamu lain yang menikmati makanan pada majlis itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian dan sedang dirawat di hospital.
Ujian forensik mendedahkan racun tersebut wujud di dalam kuah dal berkenaan dan racun itu dijumpai berhampiran rumah mangsa. Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran, jangan suka sangat jadi makcik pakcik ‘bawang’, yang menyakitkan hati orang lain dalam berkata-kata. Bagi yang bergelar ibu mertua, kakak ipar, adik ipar mahupun biras, jagalah hubungan dan ikatan kekeluargaan. Jika tidak ada perkara yang perlu diperkatakan, adalah lebih baik diam daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati.
Demi nak cantikkan wajah wanita rela buat apa sahaja, termasuklah sanggup membuat pembedahan plastik!Tiga wanita warganegara China ini dikatakan terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar pada pasport mereka tidak sepadan dengan wajah baru masing-masing akibat pembedahan plastik.
Ramai yang mengetahui bahawa klinik-klinik pembedahan plastik di Korea Selatan mahupun Thailand begitu terkenal sebagai antara klinik pembedahan plastik yang terbaik di dunia, maka tidak hairanlah wanita-wanita Asia terutama dari China dan Jepun sering mengunjungi negara-negara ini untuk mengubah wajah mahupun tubuh badan mereka.
Hanya sejumlah kecil yang membuat sedikit perubahan seperti pada bahagian hidung atau melakukan suntikan Botox.
Sebaliknya, ramai yang mengubah wajah mereka secara keseluruhan sehingga menyukarkan pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memadan wajah mereka dengan gambar pasport.
Gambar yang menunjukkan tiga wanita sedang menunggu sambil memegang pasport di lapangan terbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Dalam Proses Pemulihan
Mail Online melaporkan, wanita berkenaan sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan dengan wajah mereka masih bengkak dan berbalut di sekitar kepala.
Gambar itu dipercayai diambil oleh seorang lelaki yang berada di lapangan terbang ketika penduduk China menikmati cuti umum yang dikenali sebagai Golden Week.
Wanita terbabit yang namanya tidak didedahkan mengambil peluang daripada cuti berkenaan untuk menjalani pembedahan plastik di sini.
Bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada pelancong itu sudah dibenarkan kembali ke China atau masih ditahan untuk siasatan lanjut.
Terkandas di lapangan terbang gara-gara bedah plastikTiga wanita warga China terkandas di lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar di pasport mereka tidak sepadan dengan wajah selepas membuat pembedahan plastik di negara itu.
Tiada yang lebih membanggakan bila kejayaan dikongsi bersama dengan orang tersayang. Terima skrol di hari konveskyen adalah puncak kejayaan tertinggi buat seorang pelajar. Dapat membanggakan orang tua.
Namun, sedihnya bila kejayaan itu tak dapt dikongsi dengan orang tersayang. Tak dapat bayangkan kesedihan bila ada berita-berita yang memaparkan ibu ayah, adik beradik jadi pengganti diri untuk terima skrol mewakili diri yang telah tiada.
Inilah juga yang berlaku buat bayi yang beru berusia 4 bulan. Pengganti diri ibunya yang telah meninggal dunia untuk terima skrol di hari konvokesyen.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh Alsinthya Manda’ memaparkan kehadiran bayi berusia 4 bulan didukung oleh neneknya untuk terima skrol graduasi sebagai wakil untuk ibunya yang telah pergi buat selamanya.
.
.
Daripada sumber yang diceritakan, situtasi ini berlaku kepada sebuah keluarga di Wilayah Langkid di Sulawesi, di mana seorang ibu yang melahirkan anak mɛninggal dunia selepas melahirkan anak sulungnya.
Bulan berganti bulan, kini usia anak itu mencecah 4 bulan, anak yang tidak pernah melihat ibunya ini hadir dalam satu majlis graduasi yang sangat menghibakan.
Meninggal Selepas Melahirkan Anak
Wanita yang sepatutnya menerima skrol itu bernama Citra Fadillah adalah ibu kepada bayi berkenaan yang bernama Kimberly. Dia telah meninggal dunia selepas melahirkan bayi tersebut.
.
“Adik Kimbɛrly wakili ibunya yang waktu dia buka mἀta, ibunya pula mɛnutup mata.”
Dalam sumber tersebut juga, suami kepada Citra tidak dapat hadir untuk mewakili kerana ditahan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
.
Mingguan Wanita : Bila besar nanti lihatkan kembali video ini. Berbanggalah mempunyai seorang ibu yang hebat.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...