Kek Pisang boleh dikatakan kek klasik yang menjadi kesukaan ramai. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sewaktu kenduri kendara. Walaupun pun dibuat, namun payah nak cari resipi kek pisang yang betul-betul sedap, lembap, lembut dan manis secukup rasa.
Kalau nak cuba buat kek pisang yang sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Intan Zalifah Zolkiplyini. Menurutnya berulang kali dah buat kek pisang ikut resipi ini. Rahsianya, tambah perahan lemon dalam adunan.
“Alhamdulillah,best resepi kek pisang ni,berulang kali buat”
Bahan-Bahan:
3 biji pisang berangan @ 1 cawan pisang yang dah dilecek
3/4 cawan gula kastor (saya guna gula pasir yang dah diblend)
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
1 sudu besar perahan lemon (kalau tak de boleh bubuh limau kasturi,limau nipis)
Secubit garam
a1
Bahan Ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh double action baking powder(boleh juga guna baking powder biasa)
Ads
Hiasan:
Hirisan pisang potong nipis (kalau tebal pisang tu lemas)
Cara Membuat:
1. Satukan minyak,telur,gula,garam masukkan dalam balang blender dan kisar 5-6minit.
Ads
2. Masukkan pisang blend sekejap (tak sampai seminit pun).
3. Satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak dan kacau sebati.
Ads
4. Panaskan oven 10 minit suhu 170*api atas dan bawah. Leser mentega pada loyang.Lapik baking paper, tuang adunan dalam loyang,letak hirisan pisang. Bakar selama 50 minit atau hingga masak.
Pisang beranganPisang emas
Info Ekstra!
Kalau pisang tu besar guna 2 jer. Contohnya pisang yang biasa jual kat pasar raya kan besar, guna 2 je. Kalau guna pisang mas 7@8biji.
Nak kek tebal guna loyang saiz 8×8*, nak tak berapa tebal boleh guna loyang 10×10*.
Puding roti dinikmati dengan sos kastard berkrim sering dijadikan sebaga pencuci mulut sewaktu minum petang. Jika selalu kita guna roti putih, sebenarnya boleh juga gunakan roti coklat kismis dan air susu coklat untuk rasa yang lebih sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Munirah Jasamai ini.
Puding roti kayangan. Resepi di setiap gambar. Buat berejam, dah siap sat ja habih
Doa saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
1.Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nak bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa.
2.Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, janji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi.
3.Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
4.Hampa bakaq dalam oven yang hampa dah panas dulu dalam 10 minit suhu 180′. Lepas dah panaskan oven baru hampa bawak masuk yang dah ready dalam 30min suhu 180′. Macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon buleh.
Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais.
Sos Creamy
Bahan-Bahan:
1tin susu cair
1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
Cara Membuat:
Bukak api perlahan ja kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk buh dalam peti ais.
MW: Sedapnya dan mudah nak buat puding roti kayangan ni.Yang pastinya tak muak, dah sangat sedap penuh rasa coklat. Sesuai buat untuk pencuci mulut minum petang.
Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Elok Cantik, Lembut & Berderai
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Mak-mak penggemar mee boleh cuba resipi Mee Goreng Basah Sedap ni. Menariknya resipi ni tak guna garam, gula dan serbuk perasa pun. Sesekali ubah selera keluarga, anak-anak dan suami mesti suka. Jika nak buat jamuan atau ada tetamu nak datang di rumah pun sesuai sangat masak mee ni.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Huda Yaacob ini;
“Mee Goreng Basah ni adalah antara kesukaan saya. Saya simpan resepi dari saudari Ieda Roslida ni di note phone saya. Saya kongsikan semula jika ada sesiapa berhajat nak makan mee goreng basah nanti”
Bahan- Bahan :
1 bungkus Mee kuning (Dibilas dan tos)
10 ekor Sotong (Dibersihkan, potong dan tos)
1paket Fish ball (Dibersihkan, potong dan tos)
1 Ikat Sayur sawi jepun (Dibersihkan, potong dan tos)
1 biji tomato (Dibersihkan dan dibelah 6)
4 sudu besar Cili kisar
5sudu besar Sos cili
1sudu besar Sos tiram
1sudu besar Sos ikan
1sudu besar Kicap pekat
5sudu besar Kicap manis
2sudu besar Kicap mee
1cawan kecil Air putih
2sudu besar Minyak Masak untuk menumis
Bahan-Bahan (Tumbuk)
10biji Cili api
3ulas bawang putih
*Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara Membuat:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
4.Masak dan kacau-kacau bagi sebati, masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.
5.Selepas itu masukkan mee kuning dan tomato… kacau-kacau bagi sebati dan masak.
Siap.
Info Ekstra!
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji, sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup.
MW: Mak-mak boleh cuba buat sendiri resipi mee goreng basah yang sedap ni. Selalu buat mee goreng biasa je, sesekali boleh ubah selera keluarga cuba resipi ini.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...