Ibu Syamel meninggal dunia, salam takziah diucapkan buat penyanyi Syamel yang telah kehilangan ibu tercinta Almarhumah Wan Faaizah Karim, 55. Arwah menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu
Ibu Syamel Meninggal Dunia
Pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 memaklumkan berita duka tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” luahnya.
Ads
Syamel disamping isteri Erni. Syamel pasrah dan reda dengan pemergian ibu tercinta.
Suami kepada Erni Zakri ini juga memaklumkan, dia reda dengan pemergian arwah ibu tercinta.
“Saya reda dengan pemergian arwah. Ibu menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi (22 Ogod) selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.
“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.
“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,” ungkap Syamel seperti mana dilaporkan menerusi BH Online.
15 anggota keluarga Positif Covid-19, pelakon yang berasal dari Johor Beego berasa terkejut apabila mendapat perkhabaran tersebut. Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun laman Instagramnya suam kepada pelakon Linda Hashim itu juga menjelaskan kesemua anggota keluarga yang dijangkiti antaranya ialah nenek, ibu saudara, sepupu yang hamil tujuh bulan serta sepupu kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun.
Kesemua mereka tidak tinggal serumah namun hubungan kekeluargaan antara mereka sangat rapat dan paling mengelirukan Beego menjelaskan tidak mengetahui dari mana mereka dijangkiti.
“Kesemua mereka yang menetap di Johor Bahru itu bukanlah tinggal serumah. Ada satu kawasan tiga keluarga dan ada juga yang tinggal di tempat lain. Tapi, hubungan kekeluargaan memang rapat, namun yang pasti tak tahu dari mana datangnya jangkitan ini.
“Jangkitan berlaku berkemungkinan, ada mana-mana individu yang bertemu dengan ahli keluarga saya dan dari situlah mula tersebarnya jangkitan virus Covid-19 itu,” kata Beego yang begitu gusar dengan keadaan yang berlaku.
Seperti mana yang difahamkan Beego kita berada di Terengganu atas urusan kerja, malah untuk pulang menjenguk keluarga dalam keadaan pandemik ini adalah sesuatu yang sangat sukar.
Malah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Beego turut lega apbila mengetahui keadaan emaknya yang menguruskan dan menjaga neneknya yang berusia 80 tahun dan masih menjalani kuarantin di rumah tidak serius.
“Saya ada hubungi emak untuk bertanyakan khabar mereka. Syukurlah, nenek dah dapat vaksin dos kedua dan dia kini hanya alami sakit tekak.
“Kebanyakan ahli keluarga saya dah lengkap mendapat dos kedua vaksin. Jadi, apabila positif Covid-19 pun, mereka di dalam tahap satu dan dua. Apapun, saya harap tiada yang teruk. Mereka juga sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebab ada yang hanya duduk dalam rumah dan tak keluar pergi ke mana-mana pun kena,” kata Beego.
Malah ayah kepada tiga orang anak ini juga menasihati agar orang ramai bersentiasa berjaga-jaga untuk elakkan jangkitan.
“Saya tak risau sangat sebab emak pun dah sempurna dua dos vaksin. Jadi bila dah ada ‘ safety’ sikit, kira okey dan terus berdoa untuk mereka segera sembuh,” ungkap Beego.
Untuk pengetahuan, beberapa hari yang lalu isteri kepada Beego, Linda Hashim baru saja kehilangan ibu angkat yang sudah dianggap seperti ibu kandung namun bukan meninggal dunia disebabkan Covid-19.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Beego & Linda Hashim
Mingguan Wanita : Semoga keluarga Beego diberikan kesembuhan dari wabak Covid-19.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Siapa sangka keunikan mempunyai bukaan mulut yang paling besar di dunia, diiktiraf oleh Guinness World Records sekaligus membantunya menjana pendapatan, modal untuk buat duit.
Samantha Ramsdell yang popular di TikTok berikutan bukaan mulut yang sangat luas, kini secara rasminya dinobat wanita mulut paling besar di dunia oleh Guinness World Records.
Dia sebelum ini mengagumkan 1.7 juta pengikut menerusi perkongsian video memuatkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, termasuk keseluruhan kentang goreng McDonald’s.
Berasal dari Connecticut, wanita berusia 31 tahun itu menerima pengiktirafan berkenaan pada 28 Julai lalu selepas ujian ukuran yang dibuat di sebuah klinik di South Norwalk, Connecticut mengesahkan bukaan mulutnya seluas 6.52 sentimeter.
“Berusia 31 tahun dan memperoleh rekod ini untuk sesuatu yang selama ini buat saya rasa tidak yakin dan pernah mahu menjadikan ia kecil, adalah sangat hebat.
“Ia kini menjadi satu daripada perkara terbaik mengenai saya,” katanya yang bekerja sebagai wakil jualan peralatan perubatan.
Samantha turut menyokong mereka yang mempunyai anggota badan unik untuk mencatat rekod dalam Guinness World Records.
“Lakukan dengan penuh dan jadikan ia aset paling besar anda. Ia adalah kuasa anda, yang menjadikan anda istimewa dan berbeza daripada orang lain di sekeliling,” katanya seperti dilapor Mirror.
Menurut wanita itu, dia membuka akaun media sosialnya untuk berkongsi kebolehan nyanyiannya tanpa sedar bahawa bentuk mukanya yang lebih menarik perhatian orang ramai.
Sebelum ini katanya, dia mula mengumpul keyakinan sejak dua tahun lalu apabila mengambil kelas nyanyian serta berkongsi mengenainya di Instagram.
“Kemudian saya jatuh cinta dengan komedi dan parodi serta mula banyak berkongsi mengenai itu sebelum membuka akaun TikTok pada 2019 tetapi tidak begitu aktif sehingga tempoh pandemik pada April 2020.
“Sejak itu saya berkongsi banyak video kelakar dan parodi tetapi setiap kali berkongsi sesuatu yang menunjukkan mulut saya, ia menjadi sangat tular,” katanya.
Disamping itu, menurut Samantha siapa sangka kelebihan mulut besar yang dimilikinya juga boleh menjadi modal untuk buat duit dan menjana pendapatan.
Mendedahkan perkara itu di TikTok, Samantha Ramsdell memaklumkan dia menerima AS$15,000 (kira-kira RM62,000) untuk setiap video yang dimuat naik di aplikasi itu.
Katanya dengan teknologi istimewa yang ada pada aplikasi itu, ia menjadikannya mudah menjana pendapatan.
GulfNews melaporkan, wanita berusia 30 tahun dari Connecticut itu turut mempunyai pengikut seramai 740,000 sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.
Walaupun dia bimbang wabak pandemik itu akan menjejaskan kariernya sebagai bintang komedi, dia memberikan pengiktirafan kepada TikTok, yang menjadikan dirinya sebagai selebriti sensasi internet.
“Ia kedengarannya seperti tidak banyak, tetapi ada video saya ditonton lebih 50 juta tontonan,” katanya.
Samantha bermula dengan video nyanyian dan lakonan untuk meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kemahirannya secara atas talian.Kemudian, dia menyedari mulutnya lebih mencuri perhatian.
“Kehilangan lebih 50 paun (kira-kira 22.6 kilogram) dua tahun lalu menyebabkan saya kembali yakin.
“Saya mengikuti kelas nyanyian, dan memuat naik video itu di Instagram,” katanya.
Mingguan Wanita : Memang rezeki dan tuah bermulut besar. Siapa sangka keunikan mempunyai anggota badan yang unik berpeluang dicatat rekod dalam Guinness World Records, sekaligus mampu menjana pendapatan.
Dalam keadaan Pandemik Covid-19, sememangnya pelbagai dugaan dan cabaran yang datang. Begitu juga dengan penyanyi Amylea Azizan.
Selebriti yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia ini terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan ayahnya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghadapi masalah jantung.
Amylea yang segan untuk meminta sumbangan orang ramai, terpaksa akui dek kerana dia tidak mempunyai pilihan lain bagi memastikan bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.
“Ayah sepatutnya menjalani prosuder Angiogram pada Mac lalu di hospital kerajaan, namun beberapa kali terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19,” terang Amylea seperti mana dilaporkan oleh mStar Online.
Bukan itu saja malah Amylea juga menerangkan secara kebetulan ayahnya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu dirawat dengan segera.
“Doktor memaklumkan mereka kekurangan katil dan perlu beri keutamaan kepada pesakit Covid-19. Jadi mereka cadangkan kami untuk bawa ayah ke hospital swasta.
“Kebetulan ayah pula mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu rawatan secepat mungkin.
“Ayah tiada insurans dan ketika pandemik begini saya serta adik-beradik tidak dapat keluar bekerja, ini sahaja (minta bantuan) jalan yang boleh kami fikirkan,” luahnya.
Amylea yang juga dikenali sebagai komposer juga begitu terharu dengan respons ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada ayahnya.
“Saya berasa terharu apabila ramai rakan, peminat dan jiran tetangga yang menghulurkan bantuan sehingga ayahnya dapat dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat lalu.
“Saya memang tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Saya harap Allah SWT akan lipat gandakan lagi rezeki mereka semua yang telah membantu ayah saya.
“Ayah kini hanya menunggu giliran untuk melakukan Angiogram bagi mengetahui keadaan jantungnya dan akan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Serdang pada September depan,” ungkapnya lagi.
Sumber: mStar Online
Sumber Foto: Instagram Amylea Azizan
Mingguan Wanita : Semoga ayah Amylea cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatannya.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.