
Biasa kalau makan di kedai tomyam, mesti kita akan ambil telur dadar. Rasa dan crispynya memang susah untuk kita buat di rumah. Kadang-kadang terfikir juga macam mana resipi yang digunakan supaya ia garing dan sedap.
Kalau cuba buat di rumah pun mesti akan gagal. Tak seperti yang kita makan di kedai tomyam. Apa rahsianya supaya telur dadar crispy dengan lembut di dalamnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Fika Chan dalam video tiktoknya. Rupanya nak bagi telur dadar crispy cuma perlu masukkan 1 sudu cuka masakan dan satu sudu air. Boleh cuba nanti.
Baca Artikel Lain Di Sini: Resipi AYAM GORENG SEMPOI, Makan Dengan Nasi Putih Pun Dah SEDAP Sangat!
Resipi Susu Pekat Manis Guna 3 Bahan, Tahan 2 Bulan, Dijamin Sihat!
Info lebih Menarik DI SINI
Cara Buat Telur Dadar Crispy
Pernah juga cuba beberapa kali untuk dapatkan telur dadar crispy tapi tak menjadi.
Cikka dah cuba macam-macam cara, tapi ni resipi paling best untuk telur dadar.
Crispy kat luar, gebu kat dalam.
1. Siap sudah telur dadar crispy.
2. Inilah telur dadar crispy. Garing di luar, gebu di dalam.
3. Guna dua biji telur ayam. Pecahkan dan masukkan dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang besar yang telah dicincang.
5. Letak sedikit garam.
6. Masukkan juga serbuk perasa.
7. Kemudian, letakkan satu sudu cuka.
8. Selepas itu, masukkan satu sudu air.
9. Kacau telur tadi sehingga berbuih.
10. Masukkan minyak dalam kuali.
11. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan telur tadi.

12. Apabila bahagian bawah sudah bertukar warna dan nampak garing, terbalikkan.
13. Setelah masak, toskan minyak dan hidang.
14. Sedapnya makan dengan nasi putih pana-panas.
Mingguan Wanita : Leoas ni tak perlu nak pergi kedai tomyam semata-mata nak makan telur dadar crispy, buat sendiri kat rumah. Selamat mencuba.
Sumber: Fikachan97 (@cikka) – tiktok
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Buat Sendiri Aiskrim Kacang Merah Homemade Lemak Berkrim, Lebih Sedap Dari Beli Di Kedai!

Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah . Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap melungsur ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Musim raya ni, selain hidangkan menu-menu raya seperti rendang, lemang, ketupat, mak-mak boleh sediakan aiskrim kacang merah ni sebagai pencuci mulut, pelengkap hidangan.
Berikut perkongsian resipi Aiskrim Kacang Merah oleh Nur Atikah yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
BAHAN A
200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
350ml air
BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
BAHAN C
80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair je).
250gm kacang merah dalam tin dilecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah, jenama Rex pun sedap, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap (ika letak sirap je sikit sebab nak bagi warna aiskrim cantik)
Daun Pandan bagi wangi
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak.
Cara-Cara Membuat:
1.Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2.Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai mendidih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3.Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun tak pe, ika pakai plastik aiskrim je sebab senang nanti tetamu datang boleh hidangkan.
4.Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Posted by Nur Atikah on Saturday, June 23, 2018
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah je mak-mak boleh buat kan.Asyik makan kuih raya & lemang je time raya, apa kata sesekali beri kelainan sikit buat tetamu yang datang hidangkan aiskrim homemade kacang merah ni.
Sumber: Nur Atikah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini

Isi Kandungan
ToggleLaksa Johor sangat terkenal di negeri yang terletak di kawasan selatan tanah air. Berbeza dengan laksa utara, laksa johor ini menggunakan rempah kari, santan, dan kerisik sebagai bahan utama serta dimakan bersama spagheti. Selain sambal belacan, laksa johor barulah sempurna jika dinikmati bersama bahan-bahan ulaman sampingannya pula seperti daun kesum, daun selasih, bawang, tauge serta perahan limau kasturi.
Sempena raya ni, kalau mak-mak nak buat rumah terbuka, bolehlah hidangkan menu laksa johor yang sangat sedap ini.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Jamiah Tulisman, yang berasal dari Negeri Johor sendiri. Menurut wanita ini, resipi ini merupakan resipi turun temurun daripada nenek dan mak beliau.
“Saya kongsi resepi turun temurun Laksa Johor dari mak.Seingat ️saya mak dah ️ buat laksa ️ ni sejak saya sek rendah ️lagi.Mak ️belajar ️pun dari ️yang memang pakar membuat laksa Johor.”
“Resepi laksa Johor ️mak ️ni sangat simple sebenarya..Tapi percaya lah sangat lazat, kena betul-betul ️ikut step ..️Bahan seperti gula dan garam tu ️ yang penting ️ bagi memberi rasa kelazatan Laksa Johor.”
“Bahan-bahan ️ni untuk 3 kilo ikan. Boleh ️makan lebih 15-18 orang. Kalau nak ️buat sikit kena agak bahan ️nya.”
Bahan-Bahan:
3 kilo Ikan kembung
Bahan Kisar:
8-10biji Bawang besar
15biji bawang Putih
2 inci Halia
2 cawan udang ️Kering
(️Tak perlu ️ banyak udang ️Kering ️ sebab mak ️bagi tahu ️kalau ️ banyak ️letak udang ️Kering ️ rasa laksa ️ jadi ️ tak sedap.Tak perlu ️guna udang basah atau blend kepala udang dan sebagainya ️ Sebeb ️ rasa laksa akan ️jadi lain.
Blend ️semua bahan diatas dan ketepikan.
3-5 batang serai -diketuk
3 senduk besar cili Mesin
2 senduk besar kari (️Guna Kari daging Babas)
*ingat Kari Jangan ️ lebih sebab ️nanti ️ lebih ️ rasa kari pulak.
200gm tulang ikan kurau (rendam ️ sekejap biar kurang ️ rasa masin)
2 1/2 ️Biji kelapa parut (perah Dua ️ Kali)*lebih Senang blend kelapa ️ dulu sebab mudah ️nak perah.
1 senduk besar kerisik
5 keping asam keping
3 cawan Minyak
Gula garam secukup rasa (️Saya letak ️ dalam 2 senduk nasi)
Kena ️Rasa garam dan Gula ️ye
Bahan-bahan sampingan:
Spagethi – direbus ️ hingga masak dan toskan
Bunga kantan -hiris halus
Daun kesum – hiris halus
Daun selasih-hiris halus
Bawang besar – hiris halus
Taugeh – ️Tak perlu celur (Buang akar dan basuh)
Timun- potong bulat DAN hiris halus (ada cara potong ️untuk laksa Johor)️Kalau ️ nak potong suka hati ️ pun boleh.
Sambal Belacan :
Cili padi
Lada merah
*potong-potong sikit dan goreng ️ kejap bagi layu dan masukkan ️dalam blender bersama sikit ️air masak ️dengan sedikit belacan ️ yang telah dibakar dulu.
Cara-cara membuat :️boleh tengok langkah-langkah dibawah:
1.Rebus ikan ️hingga masak dan biar sejuk baru asing tulang, kepala ikan dan isi.Kemudian blend isi ️dengan ️air rebusan ikan tadi,selepas itu blend pula kepala ikan ️ dengan ️air rebusan ikan dan tapis.Ketepikan ️semua.
2.Kisar bawang besar,bawang putih,halia dan (udang kering basuh serta rendam ️ sekejap).
3.Mula-mula panaskan minyak ️ dalam 3 senduk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tersebut kemudian masukkan serai yang diketuk.
4.Kacau rata masukkan pula 3 senduk cili mesin.
5.Biarkan garing ️ dan masukkan 2 senduk serbuk ️kari.
6.Kacau hingga terbit minyak dan masukkan pula isi ikan yang dikisar tadi.

7. Masukkan pula santan yang telah diperah serta tulang ikan kurau masin.
8.️ Masukan 1 senduk kerisik dan 5 keping asam keping.
9.Masak hingga pekat dan mendidih. Masa ️ ni ️masuk gula dan garam yang ️ni paling penting ️kena ️rasa ️ye.Saya ️masukkan ️dalam 2 senduk ️ nasi gula pasir. Boleh adjust rasa manis dan masin.Masukan sikit perasa juga.
Info Ekstra!
1.Kuah laksa mesti pekat sebab ada santan dan isi ikan serta kerisik.
2.Selain Ikan kembung kalau nak ️guna ikan parang,ikan selar atau tenggiri pun boleh.
3.Perah kelapa parut sebanyak 2 Kali, ️ tapi ️kalau ️ tak ️ nak kuah pekat sangat perah 3 kali.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Sumber:Jamiah Tulisman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedap ke masakan yang kurang garam? Rahsia Membuat Hidangan Yang Lazat & Sihat!

Isi Kandungan
ToggleMakanan yang lazat sering dikaitkan kandungan sodium yang tinggi. Penting untuk kita ketahui kadar sodium yang terkandung dalam juadah harian keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kita untuk mengambil hanya 1 sudu kecil garam sahaja dalam sehari iaitu bersamaan dengan 2,000 mg sodium. Malangnya, kebanyakan dari kita mengambil lebih daripada jumlah ini.
Manakan tidak, tanpa kita sedari kita menambah garam ke dalam masakan yang telah pun mengandungi sodium di dalamnya.
Misalnya, penyediaan hidangan seperti sambal tumis memerlukan penggunaan pelbagai bahan seperti belacan—bahan yang telah pun mempunyai sodium di dalamnya. Akibatnya, apabila ditambah pula dengan garam ketika masak, ia akan membuatkan kandungan sodium di dalam sambal tumis kita itu menjadi berlipat kali ganda lebih tinggi!
Persoalan yang timbul kini adalah sama ada rasa sedap sesuatu masakan itu hanya boleh hadir melalui penggunaan garam. Jika begitu, agak sukar untuk sesuatu masakan yang sedap untuk turut menjadi sihat.
MSG Mampu Mengurangkan Penggunaan Garam
Apabila MSG tulen seperti AJI-NO-MOTO® digunakan dalam masakan, rasa kesedapan makanan akan kekal sedap tanpa penggunaan garam yang berlebihan ketika memasak.
Justeru, pegawai dietetik Jazeera Julaili berpendapat kandungan sodium dalam masakan dapat dikurangkan dengan penggunaan MSG yang betul.
“Jika ingin dibandingkan antara Monosodium Glutamat Tulen (MSG) dengan garam, ternyata sangat ketara perbezaannya,” terangnya.

Jelas Jazeera lagi, “Jumlah kandungan sodium di dalam MSG tulen hanyalah 12% berbanding dengan garam biasa, sodium ada sampai 39%, iaitu 3 kali lebih tinggi.”
Bagaimana MSG Menyedapkan Masakan
Glutamat di dalam MSG berperanan untuk memberikan rasa asas ke-5 iaitu rasa Umami di dalam makanan kita.
Selain dari manis, masin, masam, dan pahit, kita juga ada rasa Umami. Umami adalah rasa seakan daging yang melazatkan sesuatu makanan. Reseptor pada lidah akan mengesan rasa Umami dari glutamat.
Glutamat adalah asid amino yang terhasil secara semulajadi di dalam badan manusia dan juga terkandung dalam makanan-makanan seharian terutamanya di dalam makanan berprotein. Contohnya daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan juga sayur-sayuran seperti tomato dan cendawan.
Para ibu tidak perlu risau kerana tubuh badan kita terbukti mencerna glutamat dengan cara yang sama sahaja tak kira lah glutamat yang datang dari sumber semula jadi ataupun glutamat yang datang dari MSG yang tulen seperti AJI-NO-MOTO®.
Tip Menggunakan MSG Untuk Hidangan Lazat dan Kurang Sodium
Untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan, kita boleh menggunakan garam bersama MSG mengikut sukatan yang betul.
Misalnya, jika kita biasa menggunakan 3 sudu kecil garam ketika memasak Sambal Tumis untuk dihidang kepada 5 atau 6 orang, cuba kita gantikannya dengan 2 sudu kecil garam dan setengah sudu kecil AJI-NO-MOTO®. Kini sodium berkurangan hingga 28% dan Sambal Tumis tetap kekal lazat!
Tambahan pula, untuk jadikan masakan menjadi lebih sedap, misalnya, masakan sup, kita turut boleh campurkan AJI-NO-MOTO® bersama dengan bahan yang juga kaya dengan Umami seperti tomato, cendawan shiitake, ikan, dan ayam. Hasilnya? Lebih sedikit garam diperlukan untuk mencapai kelazatan dalam masakan yang diingini oleh seisi keluarga anda.
AJI-NO-MOTO®, MSG Tulen Yang Terbukti Selamat!
Manakan tidak, AJI-NO-MOTO® dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu. Ia dihasilkan melalui proses penapaian—proses yang sama digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt.
“Hentikan spekulasi dan fitnah terhadap MSG. Secara umumnya, MSG telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian yang telah melalui penelitian intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan,” kata Jazeera.
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai kisah buruk akibat penggunaan MSG—penyebab kanser, migrain, dan sebagainya. Walhal, ia telah disahkan selamat oleh badan-badan kesihatan besar dunia.
“Selama lebih empat dekad ini, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG,” tegas Jazeera lagi.
Terbukti kebanyakan kisah buruk yang sering kita dengar tentang MSG adalah tidak berasas sama sekali.
Contohnya, status halalnya yang turut dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan bahawa AJI-NO-MOTO® adalah “HALAL”.
Jadilah pengguna yang bijak dan lakukan kaji selidik sebelum mempercayai sesuatu kerana kelebihan AJI-NO-MOTO® dalam membantu mengurangkan kandungan sodium dan mengekalkan keenakkan makanan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Resipi Lazat Rendah Sodium Untuk Dicuba
Khas untuk mereka yang gemarkan resipi sihat tapi sedap, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berkongsi 2 resipi mudah rendah sodium dari laman web mereka.
Asam Pedas Ikan Pari
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 17%
Bahan-bahan :
• ½ cawan Minyak masak
• 4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
• 2 cawan Air
• 1 biji Bunga kantan, dibelah dua
• 5 tangkai Daun kesum
• ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• 1 sudu kecil Garam
• 1 sudu kecil Gula
• 5 batang Bendi, dibelah dua
• 1 batang Terung, dipotong
• 500 g Ikan pari, dipotong

Bahan-bahan A: dikisar
• 1 biji Bawang besar
• 4 ulas Bawang putih
• 20 tangkai Cili kering, direbus
• 1 inci Halia
• 1 batang Serai
• ½ inci Kunyit hidup
• 1 cawan Air
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6. Sedia untuk dihidang.
Bayam Rangup
Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 67%
Bahan-bahan:
• ½ cawan Tepung beras
• ½ cawan Tepung gandum
• ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• ¼ sudu kecil Garam
• 1 cawan Air sejuk
• 2 cawan Minyak masak
• 50 g Daun bayam, dibersihkan
Cara Menyediakan
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, AJI-NO-MOTO®, garam dan air sejuk. Kacau sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga keemasan.
3. Sedia untuk dihidang.
Menarik bukan? Terdapat banyak lagi resipi rendah sodium yang anda boleh pilih di https://www.ajinomoto.com.my/bm/resipi-kumpulan-warga-emas-diet-rendah-sodium
Untuk info lanjut mengenai AJI-NO-MOTO® dan pelbagai lagi resipi yang menarik, anda boleh tekan di link berikut :
FB : https://www.facebook.com/HiAjinomotoMY
IG : https://www.instagram.com/hi_ajinomoto_my/
YT : https://www.youtube.com/user/AjinomotoMalaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI