Buat penggemar ikan pekasam, tak perlu lauk lain, ini saja sudah mencukupi. Makan dengan nasi panas. Memang boleh bertambah-tambah nasinya.

Kalau di kampung-kampung, ikan pekasam ini salah satu hidangan yan mesti ada. Inilah pengikat dan penambah selera. Resipi warisan turun temurun daripada nenek moyang kita. Mungkin sesetengah tempat, cara nak membuatnya tidak sama.

Walau bagaimanapun, apa yang penting ikan pekasaM ini sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila digoreng baunya saja sudah semerbak. Tambah dengan bawang dan cili potong, kecur air liru dibuatnya.

Tapi, ada juga sesetengah orang yang tidak makan, apatah lagi dengan baunya. Belum cuba belum tahu rasanya. Sekali dah rasa terus hilang apa yang bau busuk sebelum ini.

Membuat ikan pekasam, sebenarnya tidaklah susah. Sebab sebelum ini hanya orang tua-tua yang tahu cara nak buatnya; Ikan yang digunakan untuk pekasam pula tentulah ada yang guna ikan lampan, ikan puyu dan kebanyakan mestilah ikan sungai.

Jadi, buat penggemar ikan pekasam, bole cuba buat sendiri di rumah. Hanya guna 4 bahan saja, peram dan seminggu dah boleh goreng dan makan. Boleh cuba cara membuat ikan pekasam yang dikongsikan oleh Kudin Kickdafella ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Kerepek Kentang Homemade Nipis & Rangup, Goreng Cantik Tak Hangit!

CARA BETUL Buat Garlic Chili Oil, Barulah Tak Hangit & Tahan Lama!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Ikan Pekasam

Kalau balik kampung, memang seronok buat ikan pekasam. Siap ‘tapau’ bawa balik ke bandar lagi. Tak perlu lauk lain, makan panas-panas, goreng ikan dan masukkan bawang, lada merah atau hijau sebagai hiasan. Memang padu!

IKLAN

Bahan-bahan:
3kg ikan lampan (atau ikan sungai)
3 cawan beras
2 genggam garam kasar
Asam keping
Balang untuk simpan ikan.

Cara Membuat:
1. Masukkan beras ke dalam kuali.

Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

2. Sangai atau goreng tanpa minyak sehingga bertukar keperangan.

Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

3. Kemudian, kisar beras yang disangai tadi sehingga hancur. Jangan terlalu hancur sangat.
4. Bersihkan ikan lampan yang digunakan sebagai pekasam Buang sisik ikan supaya beras akan melekat pada badan ikan. Perapkan dengan garam kasar.

IKLAN

Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

5. Peram semalaman. Tak perlu masukkan dalam peti ais. Hanya letakkan di luar dan tutup dengan penutup untuk elak lalat.
6. Keesokkannya bilas sedikit dengan air paip. Masukkan beras yang disangai. Gaul hingga sebati.
7. Pastikan semua ikan diselaputi dengan beras tersebut.
8. Sumbatkan juga beras ke dalam perut ikan.

Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

9. Akhir sekali, masukkan ikan ke dalam balang. Selitkan 2-3 keping asam keping bagi setiap balang.
10. Pastikan balang ditututp rapat dan ketat. Simpan di tempat yang sesuai selama seminggu.

Resipi Mudah Buat Ikan Pekasam Homemade, Guna 4 Bahan, Seminggu Dah Boleh Makan!

IKLAN

11. Selepas seminggu, boleh goreng dan rasa. Jika tidak cukup pekasamnya, biarkan lagi beberapa hari untuk sesuaikan dengan tekak kita.
12. Siap dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain dah. Menambah selera sangat ni.

Sumber: Kudin Kickdafella & Kongsi Resipi.my

 

 

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI