Ayam goreng memang menu yang ringkas namun ramai yang suka. Jika selalu kita goreng ayam dengan kunyit dan garam je mahupun buat ayam goreng berempah, boleh cuba resipi Ayam Goreng Thai ini pula.
Resipinya simple je, tapi rasanya memang luarbiasa sedap,sampai tak boleh nak berhenti makanlah. Sesuai makan dengan nasi putih dan nasi lemak.Paling penting selepas digoreng, kena taburkan dengan hirisan daun limau purut. Barulah ia wangi dan menambah lagi aroma ayam goreng ini.
Boleh cuba resipi Ayam Goreng Thai yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini.
Tak boleh nak berenti makan. Yang penting makan bersama sayur kailan belacan dan telur mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA.
500 gram isi ayam dipotong kecil(dicuci bersih)
2 batang serai(dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk/dikisar halus tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1.Sediakan mangkuk atau bekas,masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI DAUN LIMAU PURUT) serta bahan yang dikisar halus.
2.Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
3.Panaskan minyak,agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
Ads
4.Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
5.Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Mingguan Wanita: Menarik resipi Ayam Goreng Serai Thai yang sedap ni. Paling penting kena tabur hirisan daun limau barulah lebih wangi & beraroma. Boleh cuba nanti di rumah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Viral Untuk 40 Liter! Air keladi aiskrim vanilla memang sedap, terasa lemak manisnya dan sangat sesuai dijual di bazar ramadan. Untuk mendapatkan sukatan yang betul ada cara dan resipinya.
Peniaga air balang ini bermurah hati untuk sedekahkan resipi air balang keladi aiskrim vanillanya untuk dibuat niaga. Nak buat untuk minum sendiri dengan keluarga waktu berbuka nanti pun boleh sangat.
Baca perkongsian Sharul Ejump ini sebagai rujukan;
Aku cakap dekat Boboy adik ipar aku, panas-panas nih buka dengan air keladi ada aiskrim mantap nih. Aku pula teringat masjid tempat aku selalu sembahyang Jumaat buat sebalang air keladi berebut orang nak minum sebab sedap.
Maka pergilah beli bahan-bahan sebagai proses pembuatannya. Tak lah susah mana pun. Tapi seronoknya minum ramai-ramai dengan ahli keluarga. Modal kasor sedikit tapi sedap yakmat sampai balun air sahaja dah mendak perut.
Nah aku share resepinya buat yang nak mencuba. Aku pun dapat resepi ini dari TikTok @dapomakkiah yang meniaga kat Bukit Batu yang viral tuh.
Santai sementara masih pagi lagi nih harap korang boleh bertahan dengan kelemakan dan kelazatan air keladi aiskrim vanilla ini!
Mingguan Wanita: Sedapnya Air Keladi Aiskrim Vanilla ni. Terasa lemak manisnya secukup rasa. Memang puas hati nak minum sendiri di rumah atau nak buat niaga.
Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!Sedapnya makan roti panas-panas. Kebiasaannya roti dibakar di dalam ketuhar, namun ikut resipi khas yang dikongsikan ini, lebih mudah guna kaedah kukus. Hasilnya roti lebih lembut dan gebu.
Ikut resipi khas buat roti untuk kaedah kukus seperti yang ikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammadini sebagai panduan.
“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”
Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.
Bahan-Bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
3. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.
4. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.
5. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.Jangan tutup sampai ngam-ngam. Biar longgar sikit.
6. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Nota kaki:
Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Kena tutup loyang pakai cling wrap supaya air tak menitis atas roti. Kalau kena air, nanti roti tak dapat kembang.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...