Sedapnya makan Puding Roti Pandan Layer ini. Memang tak rugi buat mesti anak-anak suka makan. Apatah lagi jika dinikmati waktu sejuk-sejuk. Jadi mak-mak ni memang kena jadi lebih kreatif untuk olah makanan. Daripada anak tak suka makan, boleh jadi suka. Barulah tak membazir makanan.
Boleh cuba resipi Puding Roti Pandan Layer yang dikongsikan oleh Puan Rozita Daud ini.
Puding Roti Pandan Viral, saya beli dua bungkus tak habis. Anak-anak tak berapa suka. Masa tu buat Roti Pandan Sos Kastard, hari ni buat Puding Roti Pandan Layer, tak rugi buat ni mesti anak-anak makan. Resepi ada di setiap gambar.
Bahan (B)
Agar-agar tali 9g
700ml air masak
3 senduk gula pasir
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan A kecuali roti, ke dalam bekas gaul sebati jangan ada ketul-ketul tepung jagung. Biarkan sekejap.
2. Roti pandan potong tepi, tepi jangan buang blender kering untuk hiasan atas.
3. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk dan masak sampai larut. Bila dah masak letak gula pasir dan kacau sampai gula larut. Kemudian baru masukkan aduna A kecuali roti pandan tu.
Ads
4.Dah masak sampai kilat, ingat kena kacau kalau tak puding tadi berketul-ketul. Bilas loyang dan letak puding dalam bekas. Agak-agak je dan letak roti macam nie,tapi mesti kosong. Siap letak lagi puding tutup roti.
Mingguan Wanita: Jadi mak-mak memang kena kreatif, pandai olah resipi ikut kesukaan anak.Menarik juga resipi Puding Roti Pandan Layer yang dikongsikan ini. Mesti anak-anak suka, boleh cuba nanti.
Musim hujan ni memang sedap makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh rasanya memang wow. Namun ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Mas Intan Masman ini sebagai panduan;
Resipi Tempe goreng rangup.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Tepung beras
Ketumbar
Jintan halus
Garam
Serbuk kunyit
Bawang putih
Air suam
Cara Membuat:
1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.
2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.
3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.
4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.
Mentega kacang atau peanut butter menjadi kesukaan sekeluarga termasuk anak-anak. Banyak rumah yang mempunyai stok mentega kacang di dumah mereka. Hanya perlu sapu pada roti dan makan. Memang sedap!
Wanita ini #AinSheCook berkongsi cara-cara membuat mentega kacang home made hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu kacang, madu dan minyak. Ringkas dan senang sangat membuatnya. Jadi, musim PKP ni, tak perlulah keluar rumah untuk beli mentega kacang. Buat je sendiri di rumah. Bahan yang digunakan juga tak banyak. Bajet pun tak besar.
Menurut Ain, mentega kacang ini versi diet sihat, Korang boleh tambah sendiri bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing ye. Sangat mudah resipi yang dikongsikan ini, Insya-Allah semua orang pun boleh buat, asalkan ada keinginan dan sedikit kerajinan gitu. Jom kita!
RESIPI MENTEGA KACANG HOMEMADE
Bahan-bahan:
1 mangkuk kacang tanah (lebih kurang 300 gram)
** Ain guna kacang tanah putih tanpa kulit, ada yang panggil kacang shandong. Guna kacang tanah yang biasa pun boleh. Cuma perlu buang kulitnya nanti.
2-3 sudu besar madu
**Nak tukar gula atau stevia pun boleh. Ikut selera.
1 sudu besar minyak/Minyak zaitun/minyak sayuran/minyak masak. Boleh guna saja mana-mana yang ada di rumah ya.
Cara Membuat:
Cuci bersih kacang dan tos kering. Kemudian sangai/goreng tanpa minyak sehingga kacang bertukar warna perang dan masak sepenuhnya. Boleh juga guna oven, suhu 180° selama 15 minit. *Bergantung kepada oven masing-masing juga. Setelah masak biarkan sejuk dulu. Jika guna kacang tanah biasa, pastikan buang kulitnya.
Masukkan kacang tadi bersama madu dan minyak ke dalam pengisar kering atau ‘food processor’.Kemudian kisar sehingga dapat tekstur yang diinginkan. Bergantung kepada selera masing-masing. Lagi lama kisar, lagi smooth atau cair teksturnya.
*Kacang pun akan keluarkan minyaknya apabila dikisar lama. Jadi tak letak minyak pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing.
Okay siap. Isi dalam bekas kaca yang sesuai. Bolehlah dijadikan stok kudapan pagi dan petang. Memang lemak berkrim! Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Puding mangga susu bersama chia seed memang enak dimakan sejuk-sejuk. Lega rasa tekak terutama bila cuaca panas. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Puding mangga antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Bagi mak-mak yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
Terasa-rasa Manis Buah Mangga
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.