Ini Rahsia ‘Super’ Sedap Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara

Resepi ikan cencaru belah belakang ini dari orang-orang lama. Orang dulu-dulu, kalau tiba bab masak mereka sungguh-sungguh dan teliti dengan hasil air tengan mereka.

Sebab itulah, rahsia sedap air tangan orang lama ini sukar nak dibandingkan.

Nak menyediakan pun taklah sesukar mana. Bahan masakannya pun jimat. Yang penting, sedap.

Resepi ikan cencaru belah belakang ini dikongsi oleh Azizah Zainudin yang diambil dari Mak Tok nya di Pulau Pinang. “Antara menu wajib atas meja, apabila berada di kampung Permatang Pauh, Pulau Pinang.”

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara

Bila Tiba Bab Makan, Mak Tok Jadi Sungguh-sungguh Layan Anak Cucu

Saya belajar buat ikan ni secara tidak formal dari mak tok melalui pemerhatian sahaja. Juga dari tunjuk ajar mak su.”

Mak tok tidak pernah suruh anak cucunya memasak sebaliknya hanya dia dan mak su sahaja yang akan memasak untuk kami.

Kerja kami di dapur hanya membantu menyediakan bahan dan melayan mak tok menyembang, kemudian makan. Basuh pinggan pun kadang-kadang ditegah.”

Janggal pulak rasanya, untuk saya yang memang gemar memasak. Masa mula-mula jadi cucu menantu dulu memang terasa sangat pelik. Lama-lama sudah terbiasa.”

Kebaikan mak tok yang satu ini tidak mungkin dilupakan. Menyantuni anak cucu dengan baik terutamanya bab makan.

Begitulah.

Baru ini sahaja ketika pulang ke kampung, saya berpeluang untuk memasak. Itu pun kerana mak su sibuk menguruskan tok ba yang tidak sihat.”

Saya kongsikan resepi ikan belah belakang mak tok yang super sedap ini. Semoga manfaat resepi ini mengalirkan pahala buat mak tok di sana.”

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara

Bahan Masakan Ikan Cencaru Belah Belakang

Bahan yang diperlukan untuk 4 hingga 5 ekor ikan cencaru sederhana besar adalah;

5 Tangkai cili merah
5 Ulas bawang putih
1/2 Biji bawang besar
Belacan
Garam
Kunyit serbuk

Cara membuatnya adalah seperti berikut;

1. Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakang dan hadapan iaitu di bahagian perut.
2. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara
3. Cili merah dipotong, dibuang biji dan kemudian ditumbuk sehingga lumat. Kalau rasa tak rajin macam saya, boleh blender sedikit dan kemudian baru ditumbuk.

 

 

4. Masukkan bawang putih, bawang merah dan belacan. Tumbuk sebati dan perasakan dengan garam.

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara
5. Kemudian sumbat bahan-bahan tersebut di belakang dan depan ikan sehingga penuh.

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara
6. Ikat ikan dengan daun pandan. Kalau tak mahu pun tak mengapa. Ini cara mak tok yang memang sangat teliti dan mementingkan kekemasan. Daun pandan digunakan supaya bahan sumbatan tidak terkeluar ketika digoreng disamping menaikkan aroma ikan tersebut.

 

Ini Rahsia ‘Super’ Sedap, Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Orang Utara
7. Panaskan kuali, dan goreng ikan sehingga garing. Sedia untuk dihidangkan!

Ikan cencaru adalah ikan kegemaran saya. Memang terangkat habis makan dengan nasi panas-panas!

Nak guna ikan lain pun boleh, terpulang pada selera masing-masing.

Walaupun saya sudah kerap kali buat, rasa ikan belah belakang ini tak sama dengan ikan belah belakang yang mak tok sediakan.

Sungguh, saya rindu dengan masakan mak tok.

Semoga mak tok tenang di sana. Al-Fatihah buat mak tok.

MW : Teliti kan orang dulu dulu bila tiba bab memasak. Sebab mereka tahu, hasil kerja yang penuh kasih sayang itulah nanti akan bahagiakan perut seisi keluarga. Barulah hati pun makin berbunga-bunga mesra.

Sumber/Foto : Azizah Zainudin, Masak Ikan Belah Belakang Sebab Terkenangkan Mak Tok

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI