Biasanya Nasi Goreng Cina memang menjadi pilihan anak-anak, baik makan di rumah atau makan di kedai. Nak buat Nasi goreng cina ini pula memang mudah. Ia cukup simple dan tak pedas. Nak buat nasi goreng cina yang sedap lagi menyelerakan ada caranya.

Boleh cuba resipi simple Nasi Goreng Cina oleh Puan Har Ryea ini. Memang nampak sedap dan anak-anak pun mesti suka.

Simple je tapi tak pedas la. Anak-anak suka je.

Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:

Nasi secukupnya
5 ulas besar Bawang Putih (ketuk-ketuk dengan anak lesung pastu cincang halus.
2 atau 3 sudu besar Serbuk Maggi Cukup Rasa
1 atau 2 sudu besar Minyak Bijan
Udang Hidup
4 atau 5 biji Telur
1 mangkuk Sayur campur

(Bahan-bahan bergantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya, tambah jugak bahan-bahan yang lain)

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!3. Ketepikan udang, masukkan telur dan kecikkan api sikit untuk telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tu.

IKLAN

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!5. Pastu taburkan Maggi Cukup Rasa dan kacau sekejap.

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!6. Masukkn Minyak Bijan dan kacau lagi.

IKLAN

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!7. Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan ikut citarasa masing-masing.

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

Alhamdulillah siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
RPA Kongsi Resipi Nasi Goreng Mentega Berlada, Masak Guna ‘Kuali Legend’

Nasi Goreng Lejen Tak Guna Perencah Masakan, Resipi Mak-Mak Dulu Simple, Sedap!

IKLAN

Mingguan Wanita: Memang kegemaran anak-anak Nasi Goreng Cina ni. Tak pedas dan nak buat pun simple sangat.

Sumber: Har Ryea

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI