Mudahnya buat Coklat Nestum Bar untuk anak-anak, hanya guna 2 bahan je tapi rasanya sebiji macam coklat KitKat. Bukan apa, bila kita buat sendiri coklat untuk anak-anak lebih jimat, berbaloi dan terjamin kebersihannya. Malah, kemanisan coklat pun kita boleh kawal.
Ikut resipi dan cara buat Coklat Nestum Bar sendiri seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida ini.
Buatkan Coklat Nestum bar untuk anak-anak, rasa nya sebiji macam Kit Kat. Hanya guna 2 bahan je Nestum dan coklat. Resepi sangat simple dan yang penting tak perlu nak bakar.
Mingguan Wanita: Mudah sangat nak buat coklat nestum bar untuk anak-anak ni tak perlu bakar dalam oven pun. Rasanya pula sebiji macam coklat KitKat. Boleh cuba nanti, lebih jimat.
Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!
Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.
8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sedapnya makan Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’ ini dengan nasi putih atau bubur panas-panas, memang membuka selera. Malah boleh dijadikan ‘lauk kecemasan’ kalau tak rajin nak masak dekat dapur. Mudah sangat!
Jika beli sambal kering ni memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah uniknya bila ada letak serbuk telur masin. Secukup rasa sambal kering ni rasa pedas manis masin. Nak buat jual pun boleh sangat, boleh tambah pendapatan. Yang penting ‘gerenti’ sedap.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar) agak-agak dalam 1-2 senduk.
Garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit nanti tak sedap sambal tu.
Kemudian guna hand blander atau blender kering rempah. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Dah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Bahan-bahan cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
4. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).Masa gaul sebati guna api kecil je. Sentiasa gaul dalam 5 minit gitu. Pastu tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
7. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi tau.. rasa manis masin pedas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sambal Garing ni makan dengan bubur atau nasi panas. Bukan apa menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Nahas Raya Aidiladha, lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Honda City.