Berita baik buat wanita. Amalkan atau biasakan makan coklat pada waktu pagi, mampu bantu membakar lemak dan dapatkan kurangkan berat badan.

Selalunya kalau nak kurangkan berat badan kena makan makanan yang kurang sedap, ini sebaliknya. Jadi tak perlu berlengah, bermula esok pagi sudah boleh makan coklat. Untung-untung lepas ni impian nak kurus jadi kenyataan.

Biasakan Makan Coklat Pada Waktu Pagi

Satu kajian baharu mendedahkan memakan coklat pada waktu pagi boleh membantu membakar lemak dalam badan, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Para saintis di Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat (AS), memberikan coklat susu kepada 19 wanita selepas sejam bangun dari tidur dan satu jam sebelum tidur selama dua minggu.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan coklat tidak memberi perbezaan dalam berat badan peserta dan malah sebenarnya mengurangkan berat badan.

Bantu Membakar Lemak & Kurangkan Berat Badan

Berdasarkan kesimpulan kajian, memakan coklat pada waktu pagi sebenarnya dapat membantu membakar lemak dan mengurangkan kadar glukosa dalam darah.

Ini mungkin disebabkan oleh flavanol, bahan kimia bermanfaat yang didapati secara semula jadi dalam koko meningkatkan pengoksidaan lemak.

IKLAN

Bagaimanapun, perbuatan memakan coklat pada waktu malam mendorong perubahan aturan pola tidur dan mengubah kadar metabolisme seseorang.

Sepanjang kajian, para peserta diizinkan untuk menikmati makanan lain termasuk hidangan manis selain daripada diet coklat susu mereka.

Baca Juga Di Sini:

Wanita, Jangan Rasa Bersalah Jika Makan Coklat, Ini 9 Kelebihannya Yang Ramai Tak Tahu!

IKLAN

Cara BETUL Makan & Nikmati Rasa Coklat, Buat Lebih Tenang, Bahagia!

 

Kesan Berbeza Ikut Waktu

Saintis Pakar Saraf, Frank AJL Scheer, berkata memakan coklat memberi kesan berbeza jika diambil dalam dua waktu berbeza iaitu pagi dan malam.

IKLAN

“Dua waktu memakan coklat memberi impak berbeza pada tahap kelaparan dan selera makan, pengoksidaan substrat, glukosa puasa, mikrobiota, pola tidur dan suhu badan.

“Penemuan kami membuktikan bahawa faktor yang memainkan peranan adalah bukan sahaja apa yang dimakan tetapi juga waktu ia dimakan dapat mempengaruhi mekanisme fisiologi yang terlibat dalam pengaturan berat badan,” jelas Scheer. – Agensi

Mingguan Wanita : Seronok juga makan coklat tetapi dalam masa boleh kurangkan berat badan. Paling penting dapat kurus dalam keadaan bahagia dan gembira.

Sumber: Kosmo Online

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI