Makanan celup tepung, ini antara paling popular di Terengganu terutamanya bila pergi ke bahagian pantai. Rasanya bukan Terengganu saja tapi kebanyakakn negeri memang popular dengan makanan ini, nak-nak bila tinggal di tepi pantai.

Tidak sah kalau bercuti atau berkelah di tepi pantai tanpa mengadap makanan celup tepung ini. Ranggupnya dan serdak-serdak dari tepung goreng yang halus-halus itu sangat sedap. Terfikir juga, macam mana nak dapatkan sama seperti yang jual itu.

Ini belum lagi sos pencicahnya yang sedap dan serasi dengan celup tepung itu. Tak pelu fikir panjang, ada cara nak buat sendiri makanan celup tepung ini.

Puan Ariana Sofia Ahmad berkongsi resipi celup tepung yang ranggup bersama sos pencicahnya sekali. Memang layan buat minum petang-petang dengan keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Sambal Kicap Terlajak Sedap! Buat Stok, Tahan Sebulan Simpan Dalam Peti Ais

Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Celup Tepung Paling Sedap

Kali ini Ariana nak kongsi resepi celup tepung. Sangat ranggup & kerok pun halus.

Bahan Air Lada @ Sos

2 cawan @ 400ml air

2 keping kecil @ 140g nisan @ gula melaka

3 sudu besar pes asam jawa

8 sudu besar cili giling

2 sudu besar cuka

1/2 sudu kecil garam

Bahan Celup Tepung

2 biji telur

500gm tepung beras

1 sudu besar garam

2 1/2 sudu besar tepung jagung

1 1/2 sudu besar air kapur

IKLAN

1 sudu kecil serbuk kunyit

320ml air sejuk

Cara Membuatnya:

  1. Ini bahan untuk air lada. Saya guna nisan. Kemanisan nisan & gula melaka berbeza, boleh guna sikit dulu jika risau manis

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Mula-mula masak nisan hingga cair.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Biarkan ia mendidih.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Masukkan cili giling, elakkan guna cili kering yang pedas, masukkan cuka, garam & pes asam jawa, boleh juga guna air asam Jawa tapi letak lebih sikit. Manis & masam boleh adjust ikut citarasa. Boleh rasa dulu sebelum tambah.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Selagi ada terapung Warna merah lada maknanya air lada ni belum masak. Kena masak lama hingga pekat. Kalau masak sekejap air lada tak tahan lama dan mudah basi.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Sampailah jadi pekat macam ni. Terus tutup api dan biarkan sejuk. Permukaan atas pun dah tak ada warna merah lada.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Untuk bancuhan tepung, pukul telur hingga kembang

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Sampailah kembang macam ni.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Masukkan pula tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, garam, air sejuk & air kapur. Air kapur jangan pekat sangat nanti rasa pahit dan warna bancuhan tepung akan jadi oren pekat.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Warna tepung ni akan jadi warna kuning. Kacau hingga sebati.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Tepung akan jadi kuning macam ni. Kalau nak lagi kuning tambah saja serbuk kunyit. Sesuai untuk udang, sotong & ikan.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

IKLAN

 

  1. Sotong nak elakkan dari meletop kebabom, belah bahagian tengah.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

 

  1. Guna minyak banyak & betul-betul panas.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Nak goreng sotong pastikan sotong tenggelam dalam minyak & bancuhan tepung tak boleh cair, nanti sotong meletop.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Goreng seekor sebab sotong ni besar. Keroknya pun halus.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Ikan banyak tanda garis dan pastikan ikan ditos dulu lepas dibasuh, kalau tak bancuhan tepung akan jadi cair bila air ikan turun.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Ikan dan kekuningan baru terbalikkan,

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Tak sempat ambil gambar udang masa celup tepung tadi.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Halus-halus saja. Krup krap krup krap.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Ini air lada yang dah sejuk, tak suka pekat sangat, boleh masak cair sikit dan simpan simpan dalam peti ais jika banyak.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

  1. Sotong pun tak liat, tipnya jangan masak sotong terlampau lama, kekuningan je terus balikkan dan angkat.

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

Selamat mencuba.

IKLAN

 

Mingguan Wanita : Wow, sedapnya. Boleh cuba nanti.

 

Sumber: Ariana Sofia Ahmad

 

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita