Popia sira garing ini bila kulitnya rangup, terasa nikmat bila digigit. Tak puas makan seketul. Mahu berketul-ketul. Nak dapatkan kulit yang garing dan tak lembik bila disira sambal ada cara betulnya.
Kata Zurr Izaty Zolkepli rahsia buat popia sira garing ini bukan semua peniaga nak kongsi caranya. Jadi, anda yang nak belajar itu, hadamkan tipnya betul-betul.
CARA BUAT POPIA SIRA GARING KRUPP KRAPP SAMPAI PETANG!
Ada rahsia yang peniaga tak bagitau nak buat sambal sira bagi keras dan melekat pada popia bila dah sejuk, tanpa buatkan popia jadi lembik walaupun kita tambah air pada sambal.
BACA sampai habis ye. RAHSIA terpenting ada kat cara-cara tu.
Pertama : Bahan A
1 plastik kulit popia (50 keping)
Kedua : Bahan B Inti
RM 2 taugeh
2 batang lobak
Hiris panjang-panjang dan tapis bagi air tersejat
Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan. If korang masak, makin layu lah sayur tu bila goreng nanti.
Ketiga : Bahan C
Segenggam cili kering 668(pedas) atau,
Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik) atau nak campur kedua nya pun boleh.
Gunting dan blend dengan air.
*memang takde bawang. Jimat kos kalau nak meniaga ni.
Cara-cara Buat Popia Sira Garing:
1. Balut popia dengan inti sayur. Lipat je, macam lipat kain..
Buat gam dia, pakai air atau bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan air bagi LIKAT dah boleh jadi gam.
2. Then nak goreng popia tu, apinya sederhana je ye.. kekuningan tu okay dah.. Pastu tos minyak.
Ads
3. Pastu buat sambal dia pulak. Masak cili dulu dengan minyak, sampai betul pecah minyak. Lepastu masukkan 3 sudu besar GULA BATU dan 6 sudu besar Gula Pasir.. ha ni lahh RAHSANYA: gula batu.
Okay, kacau sampai berbuih-buih macam berbuih mulut korang nak suruh anak sidai tuala lepas mandi.
(Ikutlah korang nak tambah garam atau cuka setitik dua, akan buatkan sos sira lagi sedap sebab balance rasa masam, masin dan manis)
Ada yang kata, air penyebab popia jadi lembik.. ok sebenarnya tak.. Akak dah buat eksperimen.. Ada baki-baki sambal lepas dia mengeras atas kuali, akak tambah air dan dia akan LIKAT balik.. Bila akak gaul dengan popia tu, eh eh elok tak lembik pun popia tuu..
4. Bila dah berbuih, tutup api, masukkan je terus popia tu. Eh tak lembik ke popia tu kak masuk time panas-panas?
Ads
Tak lahhhh sebab akak dah eksperimen..
Tapi kalau nak masukkan popia masa sambal dah suam sikit pun boleh.. Cuma jangan masuk time sos sira sejuk, sebab sos sira akan mengeras nanti.. susah pulak nak salut kat popia.. errr faham ke ni..
5. Lepas gaul, tabur kan bijan..
6. Nak masukkan dalam bekas. Tunggu sejuk dulu ye, sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.
Ads
pastu ngapp lahh..
Rahsia yang sama juga digunakan untuk kuih KERIA, pakai gula batu ye.
Menjadi kebiasaan setiap kali membeli telur kita akan mencucinya dan terus susun dalam ‘tray’ pada bahagian rak pintu peti sejuk agar telur dapat bertahan lebih lama. Sebenarnya cara penyimpanan ini adalah kurang tepat.
Kurangkan Nutrisi
Menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Journal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
Telur yang disimpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
Simpan Telur Pada Suhu Normal
Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.
Namun, jika ingin menyimpan telur di dalam peti sejuk, pastikan tidak menggunakan ‘tray’ telur di bahagian pintu peti sejuk tersebut.
Ini kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama. Menyimpan telur di rak pintu peti sejuk menyebabkan suhu akan terjejas dan tidak seimbang kerana ia sering dibuka dan ditutup.
Oleh itu, simpan telur di bahagian lain seperti di dalam laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Daging goreng kunyit, resipi paling senang dan mudah. Inilah yang selalu mak-mak masak bila dapat pemberian daging daripada mereka yang melakukan ibadah korban.
Mungkin setiap negeri ada cara berbeza untuk masak daging goreng kunyit. Malah, bagi negeri pantai timur terutamanya kelantan, inilah cara masak yang paling simple tapi sedap. Cukup dengan lauk ini saja, makan dnegnan nasi panas.
Daging goreng kunyit ni masakan simple dan mudah je. Cuma yang ni cara orang kelantan yang buat. Lupa pula mana dapat resepi daging goreng kunyit kelantan style ni. Tapi saya dah cuba hari tu memang sedap dan lebih sedap dari cara biasa!
Daging pun lembut je dan tak liat. Caranya pun mudah sangat. Sesuai untuk isteri dan ibu yang berkerja.
Kali ni cuba saya tambah kacang buncis. Boleh pelbagaikan sayuran tu nak kacang panjang, carrot atau apa sahaja sayur yang sesuai. Dah siap satu hidangan lengkap kan. Cuma perlu masak nasi putih je.
Resepi
Bahan-bahan :
600 gm daging
2 – 3 inci kunyit hidup – tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
Half bawg besar holland
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah – hiris nipis atau buat mcm dania campak je cili padi tu
Minyak secukupnya
Garam
Serbuk perasa
.
Cara :
1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
.
3. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
4. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan pastikan api sentiasa dibuka. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam dn bahan perasa jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!
Mingguan Wanita : Memang sedap dan menyelerakan. Makan panas-panas dengan nasi putih.
Seronok bila buat roti ‘menjadi’.Hilang rasa penat uli adunan roti. Comel-comel sungguh roti burger mini yang dibuat oleh Puan Saya Lieynda. Nampak gebu dan lembut, elok menjadi naik rotinya!
Mak-mak yang suka buat roti tu, boleh cuba adunan resipi dan cara yang diajarkan ini. Menurut wanita ini, adunan tersebut boleh dapat 8 hingga 10 biji roti,bergantung besar kecil doh yang dibuat. Malah doh roti jika mahu tekstur yang lembut sampai ke petang, lagi lama uli lagi bagus.
Bahan-Bahan Roti:
250 gram tepung high protein / tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis Kering
1 biji telur (kecil) –(simpan sikit telur untuk buat gliss pada roti nanti)
2 sdb marjerin
100 ml susu segar
60 ml air suam
Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu
Cara Membuat:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2.Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.
3.Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka.
4.Atur roti yang telah disediakan kedalam acuan bulat yang dah disapu minyak. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger .
6.Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Daging:
Saya guna daging kisar ramly.Gaulkan daging bersama lada sulah,gula dan garam sedikit.
Saya bulat-bulat dan leperkan daging, bakar atas pan nonstick..letak majerin dulu sedikit sebelum bakar.
Sayur sayur lain sukahati nak letak apa.Akak tak de tomato,salad..letak kubis bawang besar & daun pak choy ja.
Siap!
Buat mak-mak yang nak buat roti burger sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ni. Pasti puas hati dan berbaloi bila buat sendiri. Malah lebih terjamin tahap kebersihannya serta bebas bahan pengawet.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...