Belimbing buluh yang banyak berbuah di pokok, jangan dibiarkan terbiar begitu saja. Sedap jika dijadikan kismis belimbing buluh.
Ini resepi unik yang dikongsikan Puan Zainun Haji Tun. Katanya, bila dah menjadi rasa dia sedap sekali.
“Alhamdulillah, percubaan pertama yang menjadi ‘kismis belimbing buloh”. Lepas ni tak usah biarkan belimbing terbuang macam tu saja, ambil buat ‘kismis’… sedap yakmat.
Sebab ramai yang minta resepinya, saya share di sini
Resepi Kismis Belimbing Buluh
2 kg belimbing buluh
1 kg gula putih (gula pasir)
1 sudu makan kapur sireh
1 liter air putih
Caranya :
Basuh belimbing, rendam dalam air kapur lebih kurang 2 jam. Basuh, buang tangkai dan toskan.
Masak 1/2 kg air gula, dah mendidih tuang belimbing dan biarkan sampai air gula agak pekat. Hati-hati masa kacau jangan sampai belimbing hancur dan gula tak hangus.
Masukkan 1/2 kg gula lagi (saya tambah gula sebab belimbing tu masih terasa masamnya), kacau perlahan dengan api yang kecil sampai air gula tu pekat. Tutup api, toskan belimbing, agak dah kering boleh jemur.
Ini versi saya, mungkin rakan lain ada cara tersendiri.
Ads
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudahkan cara nak buat kismis belimbing buluh ini. Haa.. bolehlah cuba ya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rupanya senang sangat nak buat resipi Scones guna 3 bahan je. Malah bila buat sendiri kos pun jimat tak sampai RM10 pun.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
SCONE 3 BAHAN. Tak payah pi Cameron Highlands dah.Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih..Hebat tak sangga la makan scone oii.Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan Strawberry Jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit esen vanila, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
*Jangan tiru jenama tu ye mak..sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing Tesco nanti.
1.TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK.
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.
2.TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
Bila dah berdua mesti kena tangkap basah.So kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye. Sebab depa ni tak bergaduh.
(Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3.TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM
So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiber.
4.TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5.TEKNIK SIAP SEDIA
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya.
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6.TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat.Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
7.TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover gittew. Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.
8.TEKNIK BERDANDAN
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung.
9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10. TEKNIK WEFIE
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
11. TEKNIK SPA
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.
12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN
Kita bagi depa ni chill-chill sat dulu. Lepas spa katanya. Mulus gittewwhhh.
14. TEKNIK OOTD
Beginilah hasilnya.Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat scone ni rupanya. Guna 3 bahan pun boleh jadi, kos pula tak sampai RM10. Sedap makan dengan whipped cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh sangat.
Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Biasanya Nasi Goreng Cina memang menjadi pilihan anak-anak, baik makan di rumah atau makan di kedai. Nak buat Nasi goreng cina ini pula memang mudah. Ia cukup simple dan tak pedas. Nak buat nasi goreng cina yang sedap lagi menyelerakan ada caranya.
Simple je tapi tak pedas la. Anak-anak suka je.
Nasi Goreng Cina
Nasi secukupnya
5 ulas besar Bawang Putih (ketuk-ketuk dengan anak lesung pastu cincang halus.
2 atau 3 sudu besar Serbuk Maggi Cukup Rasa
1 atau 2 sudu besar Minyak Bijan
Udang Hidup
4 atau 5 biji Telur
1 mangkuk Sayur campur
(Bahan-bahan bergantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya, tambah jugak bahan-bahan yang lain)
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3. Ketepikan udang, masukkan telur dan kecikkan api sikit untuk telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur tu.
4. Masukkan nasi dan sayur campur, gaul rata.
5. Pastu taburkan Maggi Cukup Rasa dan kacau sekejap.
6. Masukkn Minyak Bijan dan kacau lagi.
7. Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan ikut citarasa masing-masing.
Ditakdirkan kahwin tak sekufu, ini salah satu cabaran buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukan tidak mampu menolak awal-awal tetapi kalau sudah jodoh, lari macam mana pun tetap akan berjumpa