Solok lada frozen. Salah satu makanan penambah selera dan sering digandingkan dengan hidangan nasi kerabu tentulah solok lada. Malah, tak semua orang mahir untuk membuatnya dan pasti ia terkena di negeri Pantai Timur.
Biasanya kalau buat solok lada mesti dimakan pada hari yang sama. Barulah rasanhya lebih ‘fresh’ berbanding kalau dah simpan beberapa hari. Belum lagi kalau ia dah ‘basi’.
Bagi penggemar solok lada ini, jangan pening kepala, ada cara nak buat solok lada frozen dan disimpan dalam sejuk beku. Rasanya tetap segar seperti baru buat. Inilah cara yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar.
Rajinkan diri buat SOLOK FROZEN nak makan senang. Sedapnya sama dengan yang baru buat, tak perasan pun yang frozen. Kalau nak cepat, masuk santan dan kukus saja, terus siap.
RESiPI SOLOK LADA FROZEN
Bahan-bahan:
5-6 ekor ikan selayang/ ikan sardin
3 genggam kelapa parut putih
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
15 biji lada solok
1 cawan santan – diguna masa nak kukus semula lada solok
Cara Membuat:
Ads
1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
2. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang-bawang, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul sebati. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa pedas lada hitam.
Ads
4. Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok, biar padat-padat montel.
5. Kukus lada solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum di frozenkan. Siap.
Ads
Lepas Frozen:
~ Bila nak makan keluarkan solok dari freezer biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam periuk, curahkan santan atasnya dan kukus dalam masa 5 minit. Sebentar saja sebab ia dah masak.
Mingguan Wanita : Tak perlu na ktunggu makan dengan nasikerabu baru buat. Makan dengan lauk lain pun boleh.
Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”
Royal Pineapple Cheese Tart
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor
Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)
Cara Membuat:
1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.
**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!
Mesti ramai mak-mak yang dah ada periuk Noxxa pelbagai guna ni. Periuk ni pernah jadi trend, sampai ada yang sanggup buat grup ‘kutu’, bayar secara ansuran semata-mata untuk dapatkan periuk idaman ni.Tapi asyik guna untuk masak menu yang sama je, jemu juga, kan. Ke masih helok tersimpan dalam kotak? eh! Menerusi perkongsian Ina Noor Azlina, beliau tunjukkan cara nak buat sendiri pizza di rumah.Senang je rupanya. Guna periuk Noxxa tak perlu uli pun, 7 minit je dah siap! dah boleh makan panas-panas.Tak perlu susah-susah lagi.
Berikut antara perkongsiannya;
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh yeast kering
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan air
Topping (pilihan)
sosej
kiub nenas
capsicum
bawang holland
keju Mozarella
Sos Spageti Bolognese
Serbuk Pizza
Cara Membuat:
1.Masukkan 1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh yeast kering + 1 sudu teh baking powder ke dalam inner pot noxxa dan gaul rata.
2.Ratakan adunan ‘base’ tepung dengan spatula.Biar sekejap dalam 20 minit. (kekna kadang tak tunggu pun. 5 min je hehe).
masukkan air suam 3/4 cwn.kacau rata. pastikan guna senduk kayu ya.
3.Setelah itu, sapukan sos spagheti atau black pepper pun boleh.Kalau tiada guna sos tomato + sos tiram + serbuk oregano + garam sikit.
4.Taburlah segala bahan topping yang diingini. Akhir sekali, parutkan cheese dan tabur diatas.Selepas itu, taburkan serbuk pizza topping beli di tesco. Bila masak terus naik bau pizza macam kat Pizza Hut tu :D. Paling sedap guna Mozarella cheese, baru dapat efek bertali-tali bila potong.
5.Set mode steam 07 min.jangan risau dengar bunyi beep2. Normal tu hehe
ramai x tau mcmana nak kuar kan pizza dr inner pot.selamat menonton klip ni ya :)harap membantu.
Ramai suka makan laksa dan ada macam-macam jenis resipi laksa yang menjadi pilihan. Namun salah satu resipi laksa sedap yang mak-mak boleh cuba ialah Laksa Lemak Thailand yang cukup popular di sana. Ia seperti kuah lemak, menggunakan santan namun cukup rempahnya dan harum baunya dengan daun selasih serta daun limau purut.
Berikut perkongsian resipi Laksa Lemak Thailand oleh Ieja Mohamad Rejab sebagai panduan.
“Harini saya nak kongsi resepi Laksa Lemak Thailand versi orang Melayu.Dah 2-3 kali buat memang ramai suka sampai suruh saya meniaga laksa ni.”
Ok bahan-bahan yang diperlukan:
1kg Ikan Kembong/Selayang (Direbus dan diasingkan isinya pastu blend sampai halus)
2 sudu Cili giling/ cili kering yang dikisar
2-3 keping Asam keping
2-3 tangkai Daun selasih atau Thai Basil
2@3 helai Daun limau purut
3-4cawan Santan
Air secukupnya
1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
2.Dah panas masukkan bahan yang diblend tadi dan cili giling, kacau smpai naik bau.
3.Selepas tu masukkan isi ikan yang dikisar halus tadi, kacau sampai sebati.
4.Masukkan daun limau purut,daun pudina,asam keping dan selepas itu masukkan santan dan kacau.
5.Terus masukkan air secukupnya.Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Sedang-sedang, masukkan garam, gula secukup rasa.
5.Masak smpai mendidih sambil di kacau tau. Jangan tak kacau nanti berketol kuah laksa tu. Dah mendidih terus tutup api.
Info Ekstra!
1. Boleh hidangkan dengan ulam macam dalam gambar saya sertakan. Ulam tak tau nama tapi saya beli kat Siam.
2. Ulam jangan dipotong macam laksa biasa. Nak makan baru kita kutip sikit-sikit masuk dalam pinggan, sedap!
3. Laksa saya guna laksa halus siam jugak. Kalau tak da boleh ganti ulam lain dan laksa halus yang biasa.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak yang suka makan laksa, boleh cuba kelaianan masak Laksa Lemak Thailand yang dikongsikan ini.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...