Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis, Nasi 3 Pinggan Pun Tak Sedar, Sedap Sangat!

Share

Biasa kita dengar sambal gesek ayam yang memang menjadi kegemaran orang ramai. Rasa padu sambalnya tak boleh nak dikata, dengan rasa pedasnya. Paling penting cara nak buat pun tak adalah susah sangat.

Sambal gesek ikan bilis, salah satu hidangan yang wajib mak-mak cuba untuk hidangan di rumah. Lebih-lebih lagi kalau dah tak tahu nak masak apa. Inilah yang menjadi penambah selesa.

Boleh cuba sambal gesek ikan bilis yang dikongsikan oleh Ameera dalam postnya di group Masakan Berpuaka. Memang padu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi ‘Sup Darat’, Kalau Selesema, Tak Sihat Boleh Cuba Masak Ini, Rebus Saja!

Resipi NASI GORENG CINA Sedap, Simple Tak Pedas Anak-Anak Suka!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis

Sambal gesek ikan bilis rangup. Mudah sangat dan rasanya sangat padu.

1. Makan dengan nasi panas dengan ulam timun. Nak tambah telur dadar pun boleh.

2. Bahan utama. Sukatan ni anak-anak pun boleh makan sekali. Tak pedas sangat, boleh diratah lagi oleh anak anak.

1 biji bawang besar merah
4 biji bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 tangkai cili besar merah
7 tangkai cili padi 7 biji

3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tadi.

4. Masukkan 7-8 helai daun limau purut.

5. Apabila dah kelihatan kecut sedikit. Angkat dan masukkan ke dalam blender. Jangan letak air.

6. Pakai minyak tadi sahaja. Tuangkan dan tumis sehingga pecah minyak. Api dalam keadaan sederhana sahaja.

7. Masukkan gula 1 sudu makan. Pakai gula putih pun boleh.

8. Garam perasakan secukup rasa. Gaul rata

9. Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam sambal tadi.

10. Ikan bilis gorengkan dulu tau. Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis.

Nak ramas dulu ikan bilis tu pun boleh. Gaul rata bagi sebati.

11. Siap dah. Letakkan dalam bekas.

12. Sedia dimakan.

Mingguan Wanita : Padu sangat. Tak perlu lauk, ini pun dah cukup. Makan dengan nasi panas, bertambah-tambah nanti.

Sumber: Ameera (Masakan Berpuaka)

 

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN