Bila berada di rumah, mesti rasa nak makan memanjang. Apa lagi yang tak dibuat, semua dicuba. Kali ini, apa kata cuba resipi bebola kentang berkeju. Anak-anak pun mesti suka.
Perkongsian daripada Siti Nur Hanim ini, boleh dicuba oleh mak-mak. Bahan untuk membuat bebola kentang berkeju pun agak mudah dan senang di dapati. Paling penting, letak keju di tengahnya dan bila nak makan boleh tarik panjang-panjang.
Bila boring di rumah, dan tak tahu nak buat apa, mulalah fikir nak masak. Kaali ini saya kongsi respi buat bebola kentang berkeju.
Daripada tuan punya resipi asal, dia hanya guna 4 biji kentang tapi saya guna 5 biji kentang. Memang berlambak banyak. Makan panas-panas memang best. Cheese boleh ditarik tinggi.
Cara-caranya:
1. Ini adalah bebola yang siap digoreng.
2. Rebus 5 biji ubi kentang.
3. Kemudian, lecekkan ubi kentang tadi bersama sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam halus untuk tambah rasa.
Ads
4. Selepas itu, masukkan sedikit tepung jagung.
5. Manakala keju dipotong kiub kecil. Nak pakai jenama apa pun tak kisah. BOLEH BELI DI SINI
6. Bulat-bulatkan bebola kentang itu dan masukkan keju ditengahnya.
7. Salutkan dengan telur dan breadcrumb. Kena buat dua kali saluran. Dapatlah 2 tray untuk bebola ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Ads
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jika suka makan kacang kuda, pastikan direndam semalaman dahulu sebelum direbus.Namun jika selalu direbus biasa sahaja, boleh juga ditumis dengan cili dan daun kari. Rasanya lebih sedap.Bolehlah dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga ketika tengok tv nanti.
Kacang kuda (Rendam Semalaman)
Garam
Daun Kari
Butter / minyak
Bawang putih
Bawang Rose
Serbuk kunyit
Cili Kisar
Cara Membuat:
1.Kacang kuda rendam semalaman sebelum tidur.
2.Bangun pagi rebus letak secubit garam.
3.Letak butter atau minyak.
4.Tumis bawang putih dan bawang rose kecil (Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak).
5. Masukkan Daun kari dan Cili kering diblend. Tumis sehingga naik bau.
6. Cili tu masak elok, letak garam gula dan perasa (jika suka).
7. (Kak letak kunyit serbuk sikit) tak letak pun tak pa.
8. Buh kacang kuda yang direbus. Kacau-kacau dan angkat. Sangat sedap. Cuba la.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga kat rumah tu, boleh cuba resipi kacang kuda yang dikongsikan ini. Gerenti sedap dan tak muak.
Cantik dan cerianya Strawberry Swiss Tart yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajar Hashim ini. Merah berseri dengan filling strawberi. Menariknya guna acuan semperit je pun dah boleh jadi.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Berikut resipi yang wanita ini kongsikan;
“Strawberry Swiss Tart.Tapi tak pandai nak swiss..Guna acuan samperit ja. Ni resepi yang saya guna Biskut strawberry swiss tart”
1. Satukan butter, gula aising dengan esen vanila, kacau sebati. Saya guna senduk kayu ja.
2. Masukkan corn flakes hancur, diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.Adun hingga jadi doh.Jika doh masih lembik, boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.Akhir sekali, masukkan coklat rice. Gaul sebati.
3. Saya guna acuan samperit ja, tekan sikit di tengah biskut. Tekan guna jari ja, supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti.
4. Isi filling strawberry dalam piping bag. Gunting dibawahnya dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak.Guna api atas bawah pada suhu 180c. Suhu ni kena ikut oven masing-masing.
MW: Sedapnya dan nampak cantik sangat strawberry tart ni. Kumpul resipi siap-siap bila nak buah kuih masa raya atau teringin nak makan boleh cuba buat nanti.
Memang ada benarnya kuih-kuih lama orang dulu-dulu, kini payah nak jumpa orang jual. Bila tekak teringin rasa nak makan, kenalah buat sendiri, macam kuih Tepung Pasung atau juga dikenali Kuih Serunai ini. Namun sebenarnya bila buat sendiri kuih macam ni, lebih puas hati makan malah lebih jimat.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah ini sebagai panduan;
Alhamdulillah…Siap juga Kuih Tepung Pasung Kak Min panggil. Sepetang duk mengerjakan bahan-bahan untuk buat kuih nih.Bila rindu nak makan kuih-kuih dari kampung halaman.Duk merantau macam kak min terpaksa lah try buat sendiri kalau terasa nak makan. Kuih lama-lama nih payah nak jumpa orang buat jual kalau luar dari Pantai Timur.
Resepi kak min sertakan sekali.Mana yang teringin tu meh try buat.
Tepung pasung / kuih Serunai
Bahan-Bahan:
(Bahagian bawah)
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
(Bahagian atas)
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara Membuat:
1. Masak gula, gula pasir & daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan/ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus.Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Sudukan/paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.
6. Biar sejuk baru dihidangkan.
Siap! Selamat Mencuba.
Boleh guna pengukus comel dari La Gourmet Vintage Collection ini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5